Seorang Peguam, Syahredzan Johan semalam
memberitahu Malaysian Insider bahawa persepsi pada hari ini ialah Majlis Fatwa
Kebangsaan merupakan alat kerajaan kerana dibiarkan membuat ‘undang-undang’
sendiri. Sedangkan, menurut
beliau, Majlis Fatwa tidak mempunyai kelayakan atau hak untuk menguatkuasakan
undang-undang terhadap rakyat. Kenyataan
ini adalah berikutan
serbuan JAIS ke atas Bible Society Malaysia (BSM) yang masih menjadi topik
hangat sehingga ke hari ini.
Menurut Syahredzan, ‘trend’ ini akan
menggugat kredibiliti Majlis Fatwa sebagai sebuah badan yang sah.
Majlis Fatwa Kebangsaan ditubuhkan pada 1970
dengan diwakili oleh Mufti dari semua negeri dan 10 Ulama yang dilantik. Majlis Fatwa perlu menyampaikan
pandangan mereka kepada Majlis Kebangsaan bagi Hal Ehwal Islam dan perlu
digazetkan bagi menjadikannya sebuah undang-undang yang mana hanya tertakluk ke
atas orang-orang Islam.
Majlis Kebangsaan secara dasarnya, bertindak
sebagai badan penasihat kepada Putrajaya. Oleh itu, sebarang nasihat Majlis ini
hasil dari pandangan Majlis Fatwa bukanlah satu undang-undang selagi tidak
digazetkan.
Fakta ini sekali gus menangkis hujah
Syahredzan kononnya tindakan JAIS adalah bertentangan dengan undang-undang dan
hanya berdasarkan fatwa yang dikeluarkan oleh Majlis Fatwa. Ini kerana isu kalimah Allah telah
selesai dengan merujuk kepada kes The Herald dan juga Enakmen 1998 Selangor yang
menyatakan bahawa kalimah ‘Allah’ merupakan antara perkataan Arab yang dilarang
digunakan oleh bukan Islam. Ia
bukanlah sekadar pandangan Majlis Fatwa atau nasihat Majlis Kebangsaan Hal
Ehwal Islam.
Oleh itu, kenyataan Syahredzan di atas,
dilihat sebagai usaha berterusan untuk mengelirukan di samping menghidupkan isu
kalimah ‘Allah’.
Untuk berlaku adil, Syahredzan mungkin berhak
mempersoalkan tindakan serbuan oleh JAIS yang dikatakan ‘kasar’ tetapi beliau
juga seharusnya berlaku adil dengan turut mengakui bahawa Enakmen 1998 itu
masih terus terpakai dan kes The Herald juga telah diputuskan.
Dengan itu, kedegilan pihak Kristian untuk
terus menggunakan kalimah Allah, dilihat sebagai sengaja mencabar undang-undang
bagi memanjangkan isu ini.
Motif pihak Kristian untuk terus
menghangatkan isu kalimah Allah kini semakin meragukan.
Jika Syahredzan bercakap tentang persepsi
rakyat (pihak Kristian yang berjumlah 9%) terhadap Majlis Fatwa sebagai
alat Putrajaya, maka beliau wajar turut mengambilkira persepsi rakyat dari
pihak majoriti Islam juga.
Untuk pengetahuan Syahredzan, persepsi
majoriti rakyat ialah pihak Kristian sengaja ingin mencetuskan
ketegangan. Objektif pihak
yang kononnya mewakili Kristian ini tidak sukar untuk dibaca apabila
pembangkang turut menjadi juara isu ini.
Sudah terang lagi bersuluh kini bahawa isu
kalimah Allah bukanlah berkenaan agama, tetapi sebenarnya adalah isu
politik. Hakikatnya, agama
Kristian kini menjadi alat kepada pembangkang untuk mencapai matlamat memecah
deposit tetap Barisan Nasional di Sabah dan Sarawak.
Nampaknya, pihak Kristian (baca: pembangkang)
langsung tidak peduli sekiranya tindakan mereka memperlekeh dan menghina
undang-undang serta penguatkuasa agama Islam mampu mencetuskan ketidakstabilan,
perbalahan ataupun rusuhan antara agama.
Semoga rakyat Malaysia, terutamanya di Sabah
dan Sarawak, mampu berfikir secara rasional dan tidak mudah terkeliru antara
isu agama dan isu politik.
1 comment:
Hi grreat reading your blog
Post a Comment