Thursday, February 28, 2013

Manifesto: Hudud Gugur, Perjuangan PAS Sudah Tidak Bernilai!


Manifesto PR bertemakan 'Pakatan Harapan Rakyat' telah pun dilancarkan secara rasmi pada 25 Februari 2013 yang lepas sempena Konvensyen Pakatan Rakyat Kali Ke-4 yang dilangsungkan di Shah Alam Convention Centre (SACC).

Manifesto itu dirangka bersandarkan empat tonggak utama iaitu Rakyat Bersaudara, Ekonomi Rakyat, Kesejahteraan Rakyat dan Kerajaan Rakyat mendapat pengesahan dan perakuan rasmi ketiga-ketiga pemimpin utama PR dari DAP, PKR dan PAS.

Satu perkara menarik, kandungan manifesto itu langsung tidak menyentuh sebarang komitmen PR untuk merintis perlaksanaan hukum Hudud sekiranya berjaya mengambil alih Kerajaan Pusat. Dari muka surat satu hingga akhir walau sepatah ayat pun mengenai perlaksanaan hukum hudud tidak kelihatan.

Keadaan ini menunjukkan PR langsung tidak berhajat untuk melaksanakannya sekalipun umum mengetahui janji perlaksanaan hukum hudud amat sinonim dengan PAS sejak hampir tiga dekad lalu.

Ia mengejutkan ramai pemerhati politik kerana dengan gugurnya isu perlaksanaan hudud dari Manifesto PR membawa maksud akar kekuatan PAS telah dicabut keluar, meletakkan parti yang sekian lama memperalatkan Islam sebagai jenama parti itu semakin tergadai prinsip juangnya.

PAS kelihatan seperti ketiadaan pengaruh dan tidak berkemampuan mendesak agendanya dijadikan prioriti dalam Manifesto PR, dengan ini meletakkan perjuangan PAS dalam isu perlaksanaan hudud sudah tidak bernilai kerana dianggap tidak membawa sebarang manfaat kepada PR.

Akibatnya sebahagian besar ahli dan penyokong PAS hanya mampu terkebil-kebil dan mati kutu dibuatnya kerana ia jelas mengulangi kegagalan PAS sebelum ini dalam isu pengguguran Negara Islam dari kamus perjuangan PAS untuk digantikan dengan Negara Berkebajikan.

Dari satu sudut pengguguran isu hudud ini boleh dianggap satu kejayaan besar bagi Anwar Ibrahim kerana Ketua Umum PKR itu pernah berjanji dan memberi jaminan kepada sekumpulan pemimpin masyarakat Cina pro DAP dan PKR di Subang Jaya, Selangor bahawa hudud tidak akan mendapat tempat dalam PR.

Dan Anwar terbukti berjaya merealisasikan janji dan jaminan itu sekaligus senario ini juga mengesahkan kedudukan PAS dalam PR hanya setaraf kasta rendah yang hanya sekadar menjadi pak turut kepada DAP dan PKR.

Manifesto PR Mengkafirkan Orang Islam!!!



BUKAN sedikit, tapi ramai yang terkejut dengan ketiadaan perkataan ‘hudud’, ‘negara Islam’, ‘hukum Islam’ dan seumpama dengannya di dalam Manifesto Rakyat yang dilancarkan Pakatan Rakyat kelmarin.

Bukan itu sahaja, isu royalti yang setengah mati diperjuangkan puak-puak ini di Kelantan, turut tidak mendapat tempat di dalam Manifesto tersebut.  Takkan Rafizi tertinggal kot.  Khabarnya dia tidur dalam pejabat demi nak menyiapkan manifesto ni,  itupun boleh tertinggal juga?

Macam tak logik.

Bagaimanapun, isu itu (royalti tertinggal) adalah perkara lain yang akan dibincangkan di masa yang lain juga.  Hari ini, Beruang lebih nak menumpukan kepada perkataan-perkataan Islamik seperti disebutkan di atas yang tercicir (atau sengaja dicicirkan) dari Manifesto ini.

Suka atau tidak, kebelakangan ini, semua perlu menerima hakikat bahawa PAS sudah kembali kepada perjuangan asalnya, iaitu menegakkan Negara Islam dan melaksanakan hudud.  Walaupun Muktamar 2011 sudah membuat ketetapan untuk menerima Negara Berkebajikan sebagai asas perjuangan yang baru, tapi sama ada kita semua sedar atau tidak, PAS tidak pernah mengatakan perjuangan negara Islam dan hudud ini digugurkan.

Ada?  Confirm tidak ada.  

Suka juga nak disebutkan, negara Islam dan hudud ini juga adalah 2 jenama politik PAS yang berkait rapat dengan Amanat Haji Hadi tahun 1981.  Dalam amanat tersebut, UMNO dituduh kafir kerana menolak perundangan Islam (hudud) dan mengamalkan politik suku, agama suku.  Ini boleh baca sendirilah dalam internet, tak perlu nak cerita panjang lebar.

Jadi, apa natijahnya bila sekarang PAS sendiri menerima manifesto yang di dalamnya tidak langsung menyebut tentang hudud dan Negara Islam?  Yang kering air liur menuduh UMNO kafir kerana kononnya menolak Islam dulu, dah kemana hilang, bila perlembagaan ‘Lord Reid’ ini juga yang dipertahankan Pakatan Rakyat dalam manifestonya?

Ingat, Amanat Hadi memang dilancarkan tahun 1981, tapi falsafah itu dipegang hingga kini – 32 tahun selepas ianya mula disebut.  Buktinya, kalau sesiapa tanya Nik Aziz sekarang, kenapa tolak UMNO, jawapannya ialah UMNO tolak Islam.  Sudah tentu ‘Islam’ yang dimaksudkan Nik Aziz ialah perundangan Islam (hudud).

Kalau Beruang katakan penerimaan PAS terhadap Manifesto Rakyat yang mempertahankan perlembagaan sedia ada ini sebagai mengkafirkan orang Islam, agak-agak PAS setuju tak?  Kalau tak setuju, kenapa?  Bukankah ia tak selari dengan tafsiran PAS mengenai perlembagaan ini dulu?

Kononnya, perlembagaan Negara sedia ada ni kan perlembagaan kafir, penjajah, Lord Reid yang buat kata PAS.  Tapi siapa sangka ya, kemudiannya dia juga bersama-sama dengan DAP dan PKR pertahankan (secara bertulis lagi) perlembagaan sedia ada!!

Inilah padahnya kalau mempolitikkan agama.  Sampai satu masa Tuhan nak tunjuk, habis bercanggah dengan apa yang dia juga cakap dan buat dulu.

Kesimpulannya, dengan perkembangan sekarang, semua ahli PAS perlu bertaubat dan mengucap 2 kalimah syahadah semula.  Mana yang dah meninggal dunia kerana percayakan perlembagaan Negara kafir seperti yang didakwa Hadi dan PAS, dosanya akan ditanggung oleh sesiapa yang terlibat.

Ini sesuai dengan sabda Nabi Muhammad saw  “..sesiapa yang membuat (mengajarkan) perkara baik, baginya ganjaran dan ganjaran orang yang mengikutnya sedangkan tidak dikurangkan sedikitpun ganjaran orang yang mengikutnya. Dan barang siapa yang membuat (mengajarkan) perkara keburukan, baginya dosa dan dosa orang yang mengikutnya sedangkan tidak dikurangkan sedikitpun dosa orang yang mengikutnya.." [Riwayat Muslim dalam kitabnya, Sahih muslim]

ASLI Ramal BN Terus Berkuasa


Pilihan Raya Ke-13 (PRU 13) yang akan berlangsung bila-bila masa dari sekarang adalah yang paling sengit dalam sejarah dengan kebanyakan kawasan DUN dan Parlimen yang dipertandingkan akan menyaksikan pertembungan dua penjuru antara Barisan Nasional (BN) dengan Pakatan Rakyat (PR).

Namun demikian, rata-rata kajian dan analisis oleh pelbagai pihak yang disokong oleh senario semasa jelas menunjukkan BN akan kekal berkuasa di samping menawan semula beberapa negeri yang sebelumnya jatuh ke tangan PR.
 
Terbaru, badan pemikir bukan kerajaan, Asian Strategy and Leadership Institute (ASLI) turut meramalkan PRU 13 akan menyaksikan BN kembali menerajui Kerajaan Pusat berikutan kembalinya sokongan kuat majoriti pengundi Melayu Islam ke pangkuan BN.

Hasil kedapatan dari kajian ASLI itu hampir sama dengan laporan kajian oleh Economist Intelligence Unit (EIU), badan pemikir terkenal di London yang baru-baru ini turut meramalkan BN akan muncul sebagai juara dalam PRU 13.

Dalam pada itu, ASLI melalui laporan analisisnya menjangkakan sekurang-kurangnya 123 hingga 135 kerusi Parlimen sudah pasti menjadi milik BN, manakala Kedah dan Selangor juga akan turut dikuasai BN. 

Jika kena gaya percaturannya, angka tersebut akan melonjak mencecah 150 kerusi Parlimen bergantung pada keupayaan Perdana Menteri, Dato' Seri Najib Tun Razak memikat lebih ramai pengundi India di samping mengembalikan kepercayaan sebahagian besar pengundi Cina yang berada atas pagar untuk mengundi BN.

Di Sarawak juga ASLI menjangkakan parti komponen utama BN Negeri iaitu PBB yang menjadi tonggak Kerajaan Negeri akan meneruskan tradisi menang di semua kerusi yang dipertandingkan, sementara di Sabah pula BN akan terus menjadi Kerajaan Negeri.

Menurut badan pemikir itu lagi senario di Kelantan dan Pulau Pinang masih memihak kepada PR, bagaimana pun Pulau Pinang berkemungkinan masih berpeluang dikuasai BN seandainya UMNO berupaya meraih sokongan mantap dari pengundi Melayu Islam.

Kecuali Kelantan, hampir semua yang dijangkakan oleh ASLI ada banyak persamaan dengan kajian intensif terkini yang dilakukan oleh BN di semua peringkat cuma sedikit sebanyak ada perbezaan dari segi jumlah kerusi yang bakal dimenangi BN di peringkat Parlimen.

Berdasarkan kajian intensif  BN itu, pada PRU 13 nanti BN dijangkakan menang di 160 kerusi Parlimen manakala di Kelantan akan menyaksikan peralihan Kerajaan Negeri dengan jangkaan minima 25 kerusi DUN pasti milik UMNO, manakala PAS pula hanya selesa di 17 kerusi yang lain. Baki 3 kerusi DUN lagi bergantung pada strategi saat akhir kedua-dua pihak.

Pastinya semua kenyataan ini agak pahit untuk diterima PR, namun tidaklah sepahit mana jika mereka menyedari kejayaan PR dalam PRU 12 2008 dulu hakikatnya adalah hasil sumbangan undi protes oleh sejumlah besar pengundi-pengundi BN.

Walau apa pun, para pemimpin BN dan jenteranya tetap tidak boleh mengambil mudah dengan trend semasa yang semakin memihak kepada BN sekarang. Senario boleh berubah sekiranya sesaat sahaja BN terleka, justeru itu terus gandakan usaha supaya matlamat kemenangan dua pertiga dapat direalisasikan.

Bala Kembali Untuk Tipu Rakyat!


Bekas penyiasat persendirian P. Balasubramaniam (PI Bala) mungkin merasa sedikit hampa apabila sambutan kepulangannya di KLIA tempohari hanya menarik perhatian kira-kira 50 orang pemimpin dan penyokong PKR sahaja, berkali ganda kurang dari jangkaan awalnya.

Ia satu permulaan yang kurang baik sementelah lagi di saat PKR begitu terdesak memerlukan penampilan PI Bala untuk digandingkan dengan penjual karpet, Deepak Jaikishan bagi menjayakan kesinambungan ceritera fiksyen mengenai kematian model Mongolia, Altantuya Shariibuu.

Walaupun begitu, PI Bala masih boleh berbangga kerana kepulangannya tetap juga diberi sambutan ala-ala pemimpin parti, jauh lebih baik berbanding Helmi Malik yang terpaksa menanggung malu sendirian selepas kantoi menggunakan kad pengenalan palsu di Indonesia.

Bagi pembaca yang tidak mengenali siapa Helmi Malik, bolehlah membuat carian di Google mengenai berita dan gambar Exco Kerajaan PKR Selangor, Elizabeth Wong yang terkangkang bersama hutan belukarnya.

Paling penting sekembalinya PI Bala ke tanahair sudah ada kerjaya yang menanti, walaupun bukan lagi sebagai penyiasat persendirian, tapi setidak-tidaknya dengan menjadi penceramah untuk kempen politik PKR tentunya banyak habuan menanti setiap kali selesai berceramah.

Lagi pun inilah masanya untuk PI Bala membalas jasa PKR yang sejak lebih kurang 5 tahun lalu telah menanggung segala kos sara hidupnya di India. Tambahan pula bukan payah mana sangat pun untuk berceramah di depan khalayak, yang penting bijak memutar belit fakta yang diadun dengan temberang nescaya mendapat tepukan gemuruh dari penyokong pembangkang.

Ramai pemimpin PKR tahu gandingan PI Bala dengan Deepak kelak tidak mampu membawa pertambahan sokongan kepada parti itu memandangkan terlampau banyak keraguan umum terhadap kredibiliti kedua-duanya berikutan banyak versi cerita yang bertukar ganti fakta dan fiksyennya.

Ditambah pula dengan kes songlap RM50,000 wang milik Razak baginda yang sepatutnya diserahkan oleh PI Bala kepada Altantuya Shariibuu, lagilah membukit keraguan ramai terhadap apa sahaja kata-kata yang bakal diucapkan oleh PI bala semasa di pentas ceramah atau ketika temu bual dengan media.

Jika PI Bala tidak menggelapkan wang tersebut yang diterimanya di Hotel Malaya, tentunya Altantuya tidak perlu susah-susah datang ke Malaysia untuk menuntut wang dengan Razak Baginda malah tak mustahil kes kematiannya juga tidak berlaku.

Kasihan Altantuya dek kerana wang yang dituntut gagal diperolehnya manakala  disebabkan kesilapan Azilah dan Sirul salah faham dengan arahan Razak Baginda, akhirnya nyawa wanita malang itu berakhir dan mayatnya berkecai diletupkan dengan C4. 

PI Bala pula berseronok dengan wang yang disonglap dan tergamak mereka-reka cerita mengikut skrip garapan Anwar Ibrahim dan pemimpin PKR lain melalui Akuan Bersumpah Pertama (SD1) demi habuan tambahan semata-mata untuk mengaitkan kejadian pembunuhan Altantuya dengan Perdana Menteri, Dato Seri Najib Tun Razak.

Apa pun, PI Bala sudah membuktikan dirinya memang kebal dari perasaan malu atau bersalah, selepas SD2 yang menceritakan kebenaran sekaligus membatalkan SD1 yang penuh penipuan, kini PI Bala tiba-tiba kembali semula demi untuk menyambung penipuan SD1 selepas dijanjikan imbuhan baru.

Bimbang didesak kenapa tidak melakukan SD3 atau seterusnya bagi membatalkan SD1, maka kitab Hindu Bhagavad Gita dijadikan sandaran. 

PI Bala mungkin bangga kehebatan dalam memutar belit cerita dan mampu pula merekayasa pelbagai versi berbeza, namun berapa ramai yang sanggup terus ditipu olehnya? Ada memang ada, tapi tiba masanya kelak kebenaran hakiki akan menimbus kebatilan. Itu semestinya. 

Masa Untuk Orang Cina Beralih Kepada BN


Tsunami politik yang melanda negara semasa PRU 12 2008 memang diakui besar impaknya sehingga mengakibatkan Barisan Nasional (BN) buat pertama kalinya hilang serentak penguasaan di lima buah negeri - Perak, Selangor, Kelantan, Kedah dan Selangor.

Serentak dengan itu juga BN kehilangan majoriti dua pertiga manakala undi popular yang menyebelahi BN hanya kira-kira 51% sahaja dari keseluruhan jumlah pengundi yang keluar mengundi.

Disingkap kembali keadaan serba mengejutkan tika itu memang menyebabkan ramai pemimpin BN terbeliak biji mata sukar mempercayainya. Kiranya SPR selaku pengendali pilihanraya benar-benar bias menyebelahi BN sebagaimana tohmahan oleh pemimpin PR, tentunya keadaan sedemikian tidak berlaku.

Mujurlah di sebalik kejutan tsunami itu tidak menyebabkan pemimpin BN patah semangat, masing-masing cuba berlapang dada bermuhasabah diri dan ternyata langkah itu tepat dalam membantu BN membuat anjakan paradigma.

Kini senario telah banyak berubah terutama sekali semenjak peralihan kepimpinan negara daripada Tun Abdullah Ahmad Badawi kepada Dato' Seri Najib Tun Razak. Satu demi satu transformasi dilakukan manakala segala kelemahan lalu diperbaiki dan diperbetulkan.

Lantaran itu, tidak menghairankan apabila ramai penganalisis politik serta ekonomi dalam dan luar negara menjangkakan PRU 13 kelak sudah pasti menjadi milik BN termasuklah mempunyai peluang cerah untuk BN menguasai kembali negeri-negeri yang kini dijajah oleh PR.

Biduk sudah berlalu, kiambang bertaut semula apabila trend mutakhir ini jelas menunjukkan majoriti pengundi orang Melayu Islam dan India sudah kembali mendukung perjuangan BN. Demikian halnya dengan kaum Bumiputera Bukan Melayu sama ada di Semenanjung, Sabah mahupun Sarawak juga semakin solid bersama BN.

Mereka sedar, undi protes yang dilakukan semasa PRU 12 dulu yang membolehkan PR memerintah di beberapa negeri jelas sekali tidak layak dijadikan contoh ikutan. Lebih banyak mudarat berbanding manfaat.

PAS yang menjadi harapan PR untuk meraih sebanyak mungkin undi Melayu Islam kini semakin kehilangan sokongan. PKR pula hanya didukung segelitir sahaja pengundi Melayu Islam manakala masyarakat India juga semakin menjauhkan diri dari parti kroni anak beranak itu.

Angan-angan PR untuk memegang tampuk pemerintahan negara dan menambah koleksi pemerintahan di negeri lain semakin kelam. Semakin jauh panggang dari api.

Persoalan sekarang ke arah mana haluan pengundi Cina menjelang PRU 13 nanti? Adakah mereka akan beralih semula kepada BN seperti mana rakan-rakan lain dari kalangan masyarakat Melayu dan India yang majoritinya sudah nekad mengundi BN?

Dilihat dari perkembangan terkini memang sudah wujud sedikit sebanyak peralihan sokongan pengundi Cina dari PR kepada BN, namun masih dilihat belum cukup besar. Barangkali sebahagian besar yang lain masih teruja dengan janji manis PR, ada kemungkinan.

Atau mungkinkah para pengundi keturunan Cina sudah nekad untuk mengiakan segala propaganda PR bahawa masyarakat Cina akan terus utuh dengan pendirian untuk cuba merealisasikan hasrat PR menjajah Putrajaya? Malang sekali jika benar demikian.

Menurut kajian badan pemikir Asian Strategy and Leadership Institute (ASLI), jika pengundi Cina solid menyokong PR maka senario selepas PRU 13 ialah Kerajaan Pusat dikuasai sepenuhnya orang Melayu, India & Bumiputera lain, manakala DAP yang disokong pengundi Cina kekal sebagai pembangkang.

Jika senario itu menjadi realiti, masyarakat Cina diambang kerugian kerana wakilnya dalam Kerajaan Pusat pimpinan BN kelak semakin mengecil. Bila itu berlaku, siapa yang mahu dipersalahkan?

Justeru itu, para pengundi dari kalangan masyarakat Cina perlu berfikir sedalam-dalamnya kerana waktu sudah semakin suntuk. Kini masanya untuk mereka beramai-ramai beralih arah dengan kembali menyokong BN yang tentunya memberi manfaat untuk kebaikan bersama.


Wednesday, February 27, 2013

'Haiwankah Aku', Hanya Kerana Wang Ulil Amri

ADAKAH wajar penerima bantuan kewangan dari Kerajaan Pusat yang diterajui Barisan Nasional (BN) dianggap sebagai haiwan yang memakan hampas. Sepatutnya isu ini tidak timbul jika kita sebagai umat Islam memahami konsep bersyukur terhadap rezeki yang diberikan oleh Allah SWT.

Jika kita hidup susah tetapi hendak mengharapkan kerajaan yang papa kedana pun tidak ada gunanya juga. Soalnya Kerajaan Pusat mampu memberi dan kita tidak kufur nikmat sanggup menerima maka mengapa dipersoalkan sama ada memberi duit sebagai memberi ikan dan bukan memberi pendidikan.

Bercakap soal memberi ikan dan bukan belajar cara menangkap ikan oleh Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang, cuba lihat apa yang dilakukan oleh kerajaan Terengganu di bawah Menteri Besarnya, Datuk Seri Ahmad Said berbanding apa yang telah dilakukan oleh Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim dan Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Azizan Razak dengan pendidikan anak-anak negeri masing-masing.

Sehingga kini di Kedah krisis dalaman Kolej Universiti Insaniah (Kuin) masih belum selesai. Pihak Menteri Besar sanggup pula mengatakan kemelut yang berlaku dalam kolej tersebut direncanakan oleh pihak UMNO sedangkan institusi tersebut dalam genggamannya. Jika masalah balak di Tasik Pedu dan bukit ditarah untuk ditanam buah boleh diuruskan, mengapa KUIN dianaktirikan hingga pihak lain dibabit sama.

Sepatutnya kerajaan Kedah mencontohi Kerajaan Terengganu yang menggunakan peruntukan dana Kerajaan Pusat dengan bijak hingga negeri tersebut menjadi negeri yang terbaik aspek pendidikan sekolah dan universitinya. Dahulu Universiti Sultan Zainal Abidin (Unisza) di Gong Badak, hanyalah kolej kini sudah meningkat dan menjadi gedung ilmu yang cukup gah kerana menghasilkan graduan Islam yang berkualiti.

Di Selangor sendiri kemelut dalam Kolej Universiti Islam Selangor (Kuis) dan Universiti Industri Selangor (Unisel) ibarat retak menanti belah akibat masalah pengurusan dan kewangan yang memerlukan perhatian yang khusus oleh Menteri Besar dan exconya. Namun negeri terkaya di Malaysia masih mengambil sikap mengutamakan perkara lain berbanding aspek mengajar orang menangkap ikan yang dinyatakan oleh Presiden Pas.

Rakyat Malaysia berasa amat terguris dan menderita minda dengan pandangan Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat yang menganggap mereka seperti haiwan memakan hampas. Jika begitu ada baiknya Tok Guru melupakan niat meminta royalti minyak daripada Kerajaan Pusat. Takut nanti dicop meminta hampas pula. Mungkin beliau akan berkata, kalau minta banyak tak mengapa kerana boleh beli banyak isi. Namun apa beza duit sedikit dengan duit yang banyak jika ia diberi terus oleh Kerajaan Pusat.

Sebaik-baiknya royalti minyak diberi terus oleh Kerajaan Pusat kepada rakyat Kelantan tanpa melalui kerajaan negeri yang tidak pernah tahu bersyukur dengan bantuan daripada Kerajaan Pusat selama ini. Jika mereka yang mengagihkan kelak ditakuti mereka akan menganggap rakyat sebagai ayam mahupun lembu.

Sepatutnya berfikir dahulu sebelum bercakap, bukannya berfikir kemudian selepas bercakap sesuatu perkara kerana terlampau takut tewas pada Pilihan Raya Umum Ke-13 akan datang.

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak sendiri tidak pernah menganggap rakyat seperti yang dianggap oleh Nik Aziz sebelum memberi pelbagai bantuan untuk mereka. Semua golongan mendapat bantuan daripada budak sekolah, orang bujang, pelajar universiti, peniaga, orang sakit dan lain-lain lagi.

Adakah mereka sekolah lembu, orang muda tahi kuda, pelajar universiti ayam atau orang sakit sebab terkena sampar ayam. 'Haiwankah aku?' Itu kata rakyat hari ini sebagaimana C.N.Al-Afghani bertanya kepada pemimpin Pas, 'Kafirkah Aku?'

Sebaik-baiknya Tok Guru bertanya diri sendiri adakah membantu anak yatim dan janda ahli-ahli Pas yang meninggal dunia dalam Peristiwa Memali sebagai bantuan kepada makhluk yang beliau maksudkan.

Adakah nasib mereka terbela, ke mana perginya wang tabung Memali yang dikhabarkan lesap tanpa diaudit. Sebaik-baiknya perkara ini menjadi perhatian Tok Guru dan pemimpin pakatan pembangkang yang semakin galak membuat janji-janji manifesto baru ibarat gula-gula paling beracun menanti rakyat untuk mengulumnya.

Jika saya susah dan tidak berwang adakah salah saya dibantu. Haiwankah aku? Kerana terpaksa menerima wang daripada Ulil Amri. Kerana kalau diminta daripada Kerajaan PKR Selangor mereka akan bertanya, tunjukkan bukti awak memangkah kami, baru kami beri apa kami janji. Siapa yang lebih haiwan sifatnya?

ANWAR IS IN DEEP TROUBLE AS HE SEES HIS AMBITION TO BE PM FLYING SLOWLY AWAY


So Anwar Ibrahim is not interested to become Prime Minister? Or he is ‘shy’ to say that he wanted the post badly? Or he would quietly tell his people in PAS to continue ‘rubbing’ members of the party’s Syura Council to review its stand on the post.


Anwar told a press conference at PR’s convention that the matter was a non-issue…the position that he has been aiming for since the 90s when he was a Deputy Prime Minister to then Tun Dr Mahathir Mohamad.
He had been very impatient and very vicious in his ways to become the PM and after he was out of Umno and BN, he organized street demonstrations just to topple Tun Dr Mahathir, no conscience and no mercy.

Ruthless and willing to sell his soul to the highest bidder as long as he gets what he want, Anwar suddenly today said the subject matter was a non-issue, while the whole country waits for him to put his foot down and say he would be the PM.

FEAR struck him because he cannot control his partner, an Islamic party whose leaders know him well and know what he is like if he becomes PM.

PAS is now the strongest party that can help him to win the Malay Muslims voters as his own party PKR is considered as ‘dead wood’, used by DAP only to bark – meaning exposing make-believed allegations – main aim is to destabilize and make the Malay government and institutions lose their credibility.

The main target is of course, Prime Minister Najib Tun Razak who is successful in fulfilling the needs and desires of the population as well as fulfilling the pledges and promises made during last general election.

So now Anwar is finding it more difficult to achieve his ambition because PAS is not with him and DAP is just using him and will make him his ‘tool’ as the party leaders have got ‘by the balls’ as the saying goes.

The situation is not good for Anwar as without PAS support, he would not get to be the PM as PAS still wants Abdul Hadi Awang to be PM, PAS know who Anwar was and still is.

With Najib going on an onslaught and not just Anwar and DAP feeling the heat, PAS is in worse position due to Nik Aziz NIk Mat’s statement that whoever accepts the BR1M were animals, a statement that went right into the hearts and minds of PAS grass-roots because they were the ones who took the aid, a sincere aid from the government to uplift their burden.

Thus, the situation is truly bad for Anwar and probably, he sees his ambition flying out the political window because even with carpet seller Deepak Jaikishan’s help, the support for him is still decreasing, especially among the Malays.


Tuesday, February 26, 2013

Sekali Lagi Pakatan Keluarkan Janji-Janji Palsu – Versi Baru Yo!


MANIFESTO BUKAN JANJI!
Manifesto Pakatan RakyatManifesto Pakatan RakyatManifesto Pakatan Rakyat
Manifesto Pakatan RakyatManifesto Pakatan RakyatManifesto Pakatan Rakyat
Manifesto PR

1) Rakyat Bersaudara

- Menghapus diskriminasi
- Mengiktiraf sumbangan wanita dan warga emas
- Merangkum semua aliran pendidikan
- Mengembalikan hak Sabah Sarawak seperti Perjanjian 1963
- Hak tanah dan kebajikan Orang Asli dipelihara
- Kehormatan amalan agama

2) Ekonomi Rakyat

- 1 juta peluang pekerjaan untuk rakyat
- Perkongsian produktiviti yang adil melalui gaji minimum
- 1 juta tenaga kemahiran terlatih dari kalangan lepasan sekolah
- Reformasi pendidikan merangsang ekonomi
- Membudayakan perkongsian bijak kesatuan sekerja, majikan dan kerajaan
- IKS dan inovasi teras ekonomi negara
- Pelarasan percukaian rakyat demi kesaksamaan
- Ekonomi lestari
- Membela ekonomi dan kebajikan prajurit
- Memberdayakan usahawan teksi
- Pelaburan R&D mencecah 5 peratus dari KDNK
- Pengangkutan awam nadi ekonomi negara
- Memecah monopoli merancakkan persaingan
 

3) Kesejahteraan rakyat
- Mengurangkan bebanan kos sara hidup rakyat dengan menurunkan harga dan menghapuskan monopoli
- Merombak dasar automotif untuk mengurangkan bebanan rakyat
- Perumahan selesa dan mampu milik untuk semua
- Pendidikan percuma untuk semua, hapus PTPTN
- Hapus AES, batal saman AES
- Keadilan untuk warga Felda
- Keselamatan rakyat
- Kemudahan kesihatan asas percuma dijamin
- Membina jaringan keselamatan sosial rakyat

4) Kerajaan rakyat
- Reformasi institusi Islam dan keagamaan
- Pakej pengajian dan perkhidmatan baru penjawat awam
- Pilihan raya yang bersih, adil dan telus
- Reformasi institusi kehakiman, Pejabat Peguam Negara, SPRM dan PDRM
- Reformasi Parlimen
- Kebebasan media dan mengembalikan amanah kepada pengamal media
- Memansuhkan Auku dan menjamin kebebasan akademik
- Memansuhkan semua undang-undang antirakyat
- Dasar Banteras Rasuah Negara (DEBARAN)

HUTANG LAMA BILA MAU LANGSAI???
"INI MANIFESTO JE BUKAN JANJI. CUMA HIASAN UNTUK TARIK PERHATIAN PENGUNDI. HABIS PRU SEMUANYA DAH TAK BOLAH PAKAI DAH. MANIFESTO YANG LAMA PUN BELUM LANGSAI NI BUAT YANG BARU BOLEH PERCAYA KE MAU LANGSAI?! JANGAN KENA TIPU LAGI LA...!" ~BB

Deretan Kegagalan Pentadbiran Kerajaan Selangor...



SEJAK mengambil alih Selangor pada Mac 2008, kerajaan negeri Parti Keadilan Rakyat (PKR) tidak pernah serius dalam menunaikan janji-janji dalam manifestonya.


Apabila Gabungan Prihatin Rakyat Selangor (GPRS) yang pertama sekali tampil mempersoalkan janji-janji yang dimungkiri kerajaan negeri serta memulakan tindakan saman, keprihatinan NGO itu disambut remeh pula oleh Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.

Malah, Abdul Khalid mencabar pula sesiapa sahaja termasuk GPRS menyaman kerajaan negerinya. Lebih teruk lagi, boleh dijawabnya: "Manifesto itu bukan janji."

Membangkitkan isu ini, Pengerusi GPRS, Datuk Sohaimi Shahadan mengingatkan Abdul Khalid supaya jangan bertindak seolah-olah mahu berperang dengan NGO dan rakyat Selangor yang mempersoalkan kejujurannya.

"Jangan cuba kelirukan rakyat Selangor. Jangan asyik berpolitik sepanjang masa. Saya percaya pelbagai kumpulan rakyat sudah buka mata dengan melihat tembelang kerajaan PKR memerintah Selangor.

"Mereka ini kumpulan silence majority yang memberontak dan tak meluahkannya kepada media. Tetapi mereka inilah yang akan beri satu pengajaran berguna kepada kerajaan negeri yang berjanji kosong ini pada pilihan raya umum nanti," kata Sohaimi kepada Utusan Malaysia Jumaat lalu.

Sohaimi, 44, menggariskan isu-isu berikut yang menyaksikan kegagalan pentadbiran kerajaan PKR atau pakatan pembangkang Selangor dari 2008 hingga hari ini.


1. ISU PASIR

- Kerajaan PKR Selangor gagal menunaikan janji untuk mengutip hasil pasir negeri bernilai RM150 juta tahun 2009.

* Janji sasaran kutipan RM150 juta hasil pasir ini jelas disebutkan dalam ucapan Bajet 2009 Menteri Besar.

* Namun ketika bentang Bajet 2010 pada November 2009, Abdul Khalid menyatakan sehingga 21 Oktober 2009, hasil daripada royalti pasir yang diperoleh hanya RM4,678,021.84.

* Ini hanya 3 peratus sahaja dari jumlah sasaran. Ia tersasar jauh, bagai langit dengan bumi.



2. ISU HUTANG TALAM

- Kerajaan Selangor tidak beretika kerana 'membeli' hutang daripada syarikat korporat Talam Corporation menggunakan wang kerajaan/duit rakyat.

* Dewan Undangan Negeri telah meluluskan bajet tambahan berjumlah RM392 juta untuk membeli hutang Talam Corp.

* Secara prinsipnya adalah tidak bermoral dan tidak beretika menggunakan duit kerajaan/'duit rakyat' untuk membeli mengambil alih hutang sebuah syarikat swasta.

* Strategi pengambialihan hutang ini menggunakan kaedah round-tripping iaitu "syarikat menjual aset yang tidak digunakan kepada syarikat lain dan pada masa sama setuju untuk membeli kembali aset yang sama atau yang bersamaan nilainya pada harga yang sama"

* Memetik kata-kata mantan Setiausaha Agung PKR, Datuk Salahuddin Hashim yang mengkritik pembelian mekanisme round-tripping ini sebagai: "Ini adalah muslihat lama yang digunakan oleh penyangak penyangak di dalam sektor korporat".

3. YAYASAN BASMI KEMISKINAN (YBK)
- Kerajaan negeri berdendam, berniat jahat, zalim dan menindas organisasi Yayasan Basmi Kemiskinan (YBK) yang berjuang membasmi kemiskinan di Selangor

* Abdul Khalid menggugut untuk tidak meluluskan Pembangunan Kampus Cawangan UiTM di Serendah jika permintaan melantik Menteri Besar sebagai Pengerusi dan memberi tiga kerusi Lembaga Pemegang Amanah tidak dipenuhi.

* Akibat penolakan itu, Menteri Besar menyalahgunakan kuasa dengan merampas aset tanah YBK dan memulangkan bayaran tunggakan cukai RM5.7 juta walaupun telah dilunaskan oleh Yayasan Melaka dengan persetujuan Bendahari Negeri Selangor sebelumnya.

* Tindakan ini nyata luar biasa, zalim dan tiada berbudi bicara kerana Akta Kanun Tanah Negara membenarkan 4 pihak termasuk bukan pemilik tanah untuk membayar apa-apa cukai bagi pihak pemilik tanah.

* Keseluruhan jumlah cukai dipulangkan RM6.9 juta (RM 5.7 juta + RM 1.2 juta) RM 1.2 juta adalah cukai yang telah dibayar dan diterima oleh kerajaan negeri sebelum ini.

* Ini adalah salah guna kuasa dan menyalahi amanah kerana sebagai sebuah kerajaan. Mengutip cukai adalah tanggungjawab dan cukai yang telah dikutip adalah wang rakyat. Kenapa ia dipulangkan sedangkan ia boleh digunakan untuk manfaat rakyat.


4. ISU AGAMA

i) Penggunaan Dana Islam Untuk Pembangunan.

* Abdul Khalid ada mengusulkan agar wang zakat atau tabung seumpama Baitulmal digunakan bagi tujuan pentadbiran dan pembangunan negeri kerana kerajaan kekurangan dana.

* Kata beliau di persidangan DUN: "Semua rakyat Selangor membayar cukai …membayar zakat baitulmal perniagaan. Yang dikhaskan dalam satu baitulmal. Satu baitulmal…yang mana dimasuk…. Dan duit tu..akan 100% diamanahkan untuk pembangunan..negeri Selangor."

* Dalam konteks zaman kegemilangan Islam dahulu, dana baitulmal memang digunakan untuk pelbagai tujuan pentadbiran dan pembangunan di mana bukan Islam turut membayar dalam bentuk cukai kepala.

* Tetapi Baitulmal dalam konteks sekarang adalah dana umat Islam sahaja.

ii) Duit Zakat Untuk Bukan Islam?

* Dalam persidangan DUN 2008, Dr. Mohd Nasir Hashim, wakil Kota Damansara ada mengusulkan agar wang zakat diagih kepada orang bukan Islam. Katanya - "Kita dapat banyak duit zakat. Adakah peruntukan untuk memberi mereka yang bukan Islam, yang miskin kerana mereka juga adalah makhluk Allah juga. Kerana kalau duit banyak tu kita share sikitlah".

* Ini menunjukkan ketidakfahaman seorang pemimpin Melayu yang seharusnya tahu wang zakat hanya untuk orang Islam dalam lingkungan asnaf yang lapan.


5. ISU EKONOMI /KEWANGAN

a. Pakej Rangsangan Ekonomi Negeri Tidak Realistik

* Kerajaan negeri mengumumkan Pakej Rangsangan Ekonomi Negeri meliputi lima projek dengan jangkaan perbelanjaan melebihi RM50 bilion melalui inisiatif pembiayaan swasta

* Jumlah pelaburan itu tinggal anggaran dan lima inisiatif tersebut tinggal perancangan tanpa ada kepastian bagaimana kerajaan negeri hendak mencapainya kerana sehingga kini tidak ada sebarang angka yang pasti berapa jumlah wang yang sudah dapat.

b. Kerajaan negeri wujudkan Monopoli Dalam Industri Pasir

* Pewujudan syarikat tunggal Kumpulan Semesta Sdn. Bhd. (KSSB) menguruskan pasir dari tanah-tanah kerajaan menjadi KSSB tidak kompetitif, tidak telus dan tidak bertanggungjawab.

* KSSB tidak takut hilang perniagaan kerana mereka tidak mempunyai pesaing dalam industri ini.

* Lebih memburukkan, KSSB turut mengawal kutipan doket pasir yang dahulu dibuat oleh pejabat tanah daerah. Pihak swasta telah ambil alih peranan kerajaan. Ini lebih mendedahkan pada amalan rasuah dan penyelewengan

c. 'Industri Babi' Hadiah Pertama Untuk Rakyat Selangor

* Baharu sahaja berkuasa, kerajaan PKR Selangor melalui Teresa Kok mengumumkan kelulusan pembinaan kandang babi moden dengan bajet RM100 juta.

l Ia menjadi hadiah pertama mereka untuk rakyat.



6. ISU SAMPAH

1. Bukti jelas kerajaan pakatan Selangor gagal mengurus negeri dengan baik. Mereka menamatkan khidmat Alam Flora dan menyerahkan kepada PBT kononnya bagi menjimatkan kos. Namun, hakikatnya yang berlaku hari ini Selangor menjadi negeri 'Darul Sampah'.

2. Perlu diingat bahawa pembersihan dan sisa pepejal menerima peruntukan daripada Kerajaan Pusat. PBT dan Kerajaan negeri Selangor menerima peruntukan melebihi RM500 juta setiap tahun. Jumlah tersebut cukup banyak dan peluang pakatan pembangkang untuk menukar peruntukan tersebut sebagai dana pilihan raya dan aktiviti Pakatan di Selangor sangat besar.



7. ISU PERIBADI

* Exco Selangor Tidak Bermoral?

* Selangor gempar dengan penyebaran gambar-gambar lucah melibatkan EXCO Selangor, Elizabeth Wong di internet.

• Walaup telah menghantar surat untuk meletak jawatan sebagai ADUN dan EXCO Selangor sebagai tanda orang bersalah, namun diminta oleh parti agar berehat dan berfikir kembali. Alasannya - hak dan ruang peribadi beliau telah dicerobohi.

• Akhirnya beliau kembali bertugas atas sokongan rakan. Nampaknya persoalan moral dipinggirkan oleh mereka di mana kuasa mengatasi segala-galanya.


8. ISU RUMAH URUT DAN HIBURAN

Pusat Hiburan Semakin Bertambah

l Dr. Halimah Ali (Pas), Exco Pendidikan Selangor pernah menggelarkan Selangor sewaktu pemerintahan Barisan Nasional sebagai Darul Maksiat dan Darul Mungkar kerana masalah sosial dengan merujuk pada data masalah sosial.

* Tetapi kini mengikut Majlis Keselamatan Negara (MKN) terdapat 5,911 (2009) tempat judi, hiburan dan spa termasuk yang beroperasi secara haram sejak Kerajaan PKR Selangor memerintah. Tahun 2008 berjumlah 3,600 lebih.

* Sedangkan sewaktu BN - lesen pusat hiburan, judi dan spa dihadkan kepada 700 sahaja.