berpendirian tetap itu mesti... bukan seperti lalang... perubahan ikut kesesuaian... teguran sentiasa ada... ikhlas itu penting...
Monday, March 31, 2014
Apa Motif Musa Hitam Menipu?
Nik Aziz Mengaku Bukan Maksum
Friday, March 28, 2014
#MH370: Pembangkang Sembunyikan Maklumat?
#MH370: Agenda Media Barat Dalam Menjatuhkan Imej Malaysia Di Mata Dunia.
Media barat yang berprestij seperti CNN, Al-Jazeerah, Fox News dan sebagainya selalu dikaitkan dengan laporan berintegriti dan benar. Mereka dijadikan rujukan bagi para pengkaji dan dianggap sebagai salah satu sumber maklumat yang penting kepada warga dunia.
Namun begitu, setelah dikaji dan diteliti semula, kebanyakkan maklumat yang dikeluarkan media barat tidak lah setepat yang kita sangka. Malah, ada diantara yang mereka keluarkan langsung tidak tepat dan di reka cipta atas agenda tertentu.
Tragedi MH370 merupakan salah satu insiden di mana media barat telah memainkan peranan untuk mensabotaj dan memalukan Malaysia. Walaupun dengan nama segah CNN, mereka sering menayangkan perkara-perkara yang negatif yang tidak tepat untuk tatapan seluruh dunia. Apa yang boleh dikatakan ialah, media barat seolah-olah mempunyai agenda tertentu agar pihak berkuasa di Malaysia nampak seperti tidak cekap dan gagal mengawal keadaan.
Contoh penipuan paling besar adalah siri wawancara yang disiarkan oleh Fox News yang sering mengetengahkan kononya tragedi MH370 itu adalah disebabkan oleh juruterbang yang beragama Islam. Pada pandangan Fox News jika seseorang itu tidak berkulit putih maka mereka adalah pengganas yang perlu dihapuskan. Tetapi disebabkan oleh kebebasan media tanpa sekatan Amerika Syarikat berita-berita rasis seperti ini masih lagi boleh disiarkan hanya kerana atas nama kebebasan bersuara.
Jika kebenaran yang dicari oleh agensi media barat, apakah kiranya mereka tidak terus memberikan sokongan dan melaporkan maklumat yang telah diberikan oleh Kerajaan Malaysia. Maklumat yang dikeluarkan oleh Kerajaan Malaysia bukanlah diambil dari satu sumber, tetapi ianya adalah hasil dari perkongsian data daripada 26 buah negara yang terlibat secara langsung dalam operasi dan menyelamat MH370.
Kerajaan Malaysia telah memberikan maklumat yang tepat dan lengkap untuk panduan bersama bagi seluruh penduduk dunia. Namun, tidak tahu dimana salahnya, media barat tetap memainkan isu konspirasi dan kegagalan pihak berkuasa Malaysia. Ini dijadikan modal oleh musuh dalaman dan luaran Malaysia untuk terus dijadikan modal bagi memfitnah pihak kerajaan persekutuan. Sungguhpun begitu pujian harus diberikan kepada pihak tentera negara lain yang sedang berusaha sedaya upaya untuk membantu dan menyelesaikan masalah ini.
Pihak media barat ternyata ingin mewujudkan sentimen negatif apabila menjemput pula Bekas Timbalan Perdana Menteri Malaysia, Anwar Ibrahim untuk memberikan komen tentang apa yang telah terjadi dengan penerbangan MH370 tersebut. Sudah tentu Anwar yang sudah lama berdendam dengan Kerajaan Persekutuan Malaysia akan memberikan pandangan sehabis buruk dengan situasi kini. Apa natijahnya pihak media barat memaparkan maklumat yang bercanggah dan hanya spekulasi? Adakah mereka berkhidmat untuk pihak tertentu yang ingin menjatuhkan kerajaan yang sedia ada?
Dengan kebanjiran pelbagai gossip dan cerita palsu, media barat tanpa segan silu menyebarkan tentang konspirasi, dan ianya lebih daripada apa sebenarnya yang telah dijumpai oleh para penyiasat antarabangsa. Kita sebagai rakyat Malaysia haruslah bersama menegakkan kebenaran dan memberikan sokongan penuh kepada Malaysia. Tidak kira fahaman politik, agama, bangsa dan taraf ekonomi perlu mempertahankan maruah dan imej Malaysia daripada di fitnah oleh konspirasi yang telah direkacipta untuk selera rakus kapitalis media barat.
Tuesday, March 25, 2014
Penipuan CNN dan Media Barat: Cubaan untuk mencemar imej Malaysia
Monday, March 24, 2014
Sokongan Merosot: Lee Chin Cheh Tidak Sepatutnya Letak Jawatan
Pilihanraya Kecil Kajang berakhir dengan keputusan yang telah dijangka, iaitu PKR menang. Namun, tiada siapa menjangka jumlah undi yang diperolehi oleh kedua-dua parti akan merosot berbanding PRU-13.
BN sejak dari awal tidak begitu teruja dengan pilihanraya kecil ini yang merupakan satu pembaziran wang rakyat kerana bekas ADUNnya, iaitu Lee Chin Cheh telah meletak jawatan tanpa sebab yang konkrit. Alasan PKR atas tindakan Chin Cheh ialah untuk memberi laluan kepada Anwar Ibrahim. Tindakan PKR jelas mempermainkan demokrasi serta kepercayaan rakyat terhadap Lee Chin Cheh.
Dalam PRU-13 yang lalu, kerusi Kajang ditandingi dari 6 penjuru iaitu PKR, MCA, Berjasa dan 3 calon Bebas. Chin Cheh dari PKR telah mendapat 19,571 undi dan menang dengan majoriti 6,824. Lawan terdekat Chin Cheh, iaitu Lee Bang Seng dari MCA, mendapat 12,747 undi.
Manakala Mohd Ismail dari Berjasa mendapat 1,041 undi. Ketiga-tiga calon Bebas iaitu Mohd Iwan Jefrey, Ong Yan Food an Mohd Khalid masing-masing mendapat 24, 85 dan 83 undi.
PRK Kajang yang diadakan khas untuk memberi laluan kepada Anwar bagaimanapun telah terpaksa meletakkan Wan Azizah sebagai calon galang ganti setelah Anwar didapati bersalah dalam kes liwat 2. Pencalonan Wan Azizah yang merupakan Presiden PKR, dijangka mampu meraih sokongan yang jauh lebih besar dari Chin Cheh.
Walaubagaimanapun, amatlah memalukan bagi PKR apabila Wan Azizah hanya mendapat 16,741 undi iaitu merosotan sehingga 2,830 undi dari PRU-13 berbanding yang diperolehi Chin Cheh. Calon MCA, Chew Mei Fun mendapat 11,362 undi menjadikan Wan Azizah menang dengan hanya 5,379 majoriti.
Chin Cheh bukanlah satu personaliti yang signifikan dalam PKR dan Wan Azizah pula adalah Presiden parti. Chin Cheh pula telah dicabar dari 5 penjuru manakala Wan Azizah pula hanya dicabar oleh MCA.
Justeru, kegagalan Wan Azizah menunjukkan prestasi yang lebih baik dari Chin Cheh tidak seharusnya dipandang ringan oleh PKR.
Kelebihan Wan Azizah dalam PRK Kajang bukan sahaja terletak pada jawatannya sebagai Presiden parti tetapi atas hakikat bahawa Anwar sendiri telah turun berkempen untuknya. Ditambah dengan kekalahan Anwar di mahkamah dan juga pelancaran Reformasi 2.0 yang dibuat selari dengan PRK Kajang, Wan Azizah seharusnya mampu menggandakan sokongan dan bukannya mengurangkannya.
Berdasarkan semua fakta ini, bagaimanakah PKR mentafsirkan makna undi yang berkurangan bagi seorang Presiden PKR, dalam satu PRK yang SENGAJA diada-adakan oleh PKR sendiri?
Bagi para pemerhati, tafsirannya mudah sahaja iaitu penyokong PKR di Kajang lebih percayakan Chin Cheh dari Wan Azizah sendiri dan Chin Cheh tak sepatutnya meletakkan jawatan.
Saturday, March 22, 2014
Pembangkang Tak Hargai Langsung Komitmen Petugas SAR MH370
Hari ini, genap 2 minggu MH370 hilang dan ini bermakna 2 minggu jugalah petugas misi mencari dan menyelamat (SAR) tidak berehat. Beberapa individu penting dalam misi ini pernah berhari-hari tidak pulang ke rumah. Makan minum mereka juga pastinya sudah tidak lagi teratur. Itu belum lagi diambilkira mereka yang terlibat secara langsung di lautan. Mereka ini tentulah lebih hebat lagi tekanannya.
Di celah-celah itu, petugas SAR juga terpaksa berhadapan dengan hakikat bahawa ‘tiada petunjuk langsung’ dalam kehilangan MH370. Namun, di masa yang sama, mereka perlu memberi laporan terkini hampir setiap jam. Bayangkan, apa yang dapat mereka laporkan jika tiada apa-apa perkembangan baru untuk diumumkan? Sedangkan seluruh dunia mengharapkan jawapan.
Biarpun mereka telah melakukan sebaik mungkin, mereka terus didesak dan didesak malah dicaci dan dimaki pula. Tidak cukup dengan itu, mereka difitnah kononnya menyembunyikan maklumat. Mereka diketawakan, dihina dan diperlekeh, dan yang paling dahsyat dijadikan bahan untuk melukis kartun dan disiarkan di media antarabangsa!
Apa yang pelik, pakar dan penyiasat dari negara asing yang turut membantu, tidak pula dicemuh kerana tidak mampu membantu Malaysia. Tiada pula timbul soalan atau rungutan seperti “kenapa pakar dan penyiasat dari ‘kuasa besar dunia’ juga tidak dapat memberi jawapannya?”.
Seolah-olah yang salah dan lembab di sini hanyalah Malaysia dan kepimpinannya.
Dan inilah yang dijaja oleh pembangkang di serata dunia, di setiap media dan setiap ceramah mereka sama ada di Kajang mahupun Balingian.
Sejak dari awal, pembangkang amat teruja dengan kehilangan MH370 namun tersentap sekejap kerana ia telah mengalih perhatian daripada kes liwat Anwar dan juga PRK Kajang dan Balingian.
Walaubagaimanapun, mereka berjaya mencari sudut yang sesuai untuk menjadikan MH370 sebagai modal berkempen pula. Justeru, ke hulu ke hilir di dalam setiap kempen dan juga tulisan di media mereka, MH370 menjadi topik utama.
Apa yang memualkan mengenai pembangkang ialah, mereka bukannya meluahkan rasa simpati atau prihatin mengenai MH370 dalam kempen dan media mereka, tetapi menghasut rakyat dengan kemarahan, kebencian dan fitnah terhadap kerajaan.
Tuduhan kerajaan lembab, menyembunyikan maklumat, dan kononnya ingin mengaitkan Anwar dengan kehilangan pesawat, menjadi hujah utama di setiap ceramah dan media pembangkang.
Kononnya, kerajaan terlalu takut dengan kebangkitan penyokong Anwar setelah Anwar didapati bersalah dalam rayuan kes liwat II dan memerlukan sesuatu untuk mengalih perhatian rakyat. Kenyataan ini, jika diteliti, kedengaran seolah-olah ingin menuduh kerajaan sengaja ‘menghilangkan’ MH370 pula.
Keghairahan pembangkang dengan MH370 telah menyebabkan mereka lupa sebab utama PRK diadakan. PRK adalah untuk memilih pemimpin yang mampu berkhidmat untuk masyarakat setempat. PRK adalah berkenaan nasib rakyat dan memajukan kawasan. PRK bukan pentas untuk mempromosi diri untuk menjadi Perdana Menteri atau untuk berlawan siapa yang paling pandai melayan media asing.
Hakikatnya, rakyat Kajang mahupun Balingian tidak perlukan pemimpin yang mampu bercakap dengan media asing. Mereka perlukan pemimpin yang mampu membuka peluang pendidikan dan meningkatkan ekonomi mereka. Mereka perlukan pemimpin yang mampu menangani masalah harian seperti jalanraya ataupun bekalan air. Itu saja.
Namun, pembangkang jelas tidak peduli langsung dengan apa yang rakyat perlukan, tetapi sibuk memenuhi keperluan publisiti Anwar Ibrahim.
Sedangkan, Anwar bukan calon PRK. Anwar juga bukan petugas SAR, bukan Ahli Lembaga Pengarah MAS, bukan Menteri Pengangkutan serta jauh sekali Perdana Menteri Malaysia.
Anwar tidak terlibat bertungkus lumus mencari MH370. Anwar boleh saja berehat dan bersantai di rumah selepas berkempen PRK. Anwar tidak perlu bersekang mata menunggu maklumat baru dari pasukan SAR. Anwar tidak perlu melayan karenah keluarga mangsa dari seluruh negara. Anwar tidak perlu mengeluarkan setitik peluh atau satu sen pun untuk mencari MH370.
Anwar tidur lena setiap malam, sebelum bangun menghentam kerajaan lagi keesokkannya.
Pendek kata, dalam memperkatakan mengenai MH370, apa yang sebenarnya berlaku ialah kewujudan pembangkang hanya memburukkan lagi keadaan. Jentera PRK serta media mereka pula sama saja dengan Anwar, iaitu langsung tidak berguna!
Friday, March 21, 2014
Antara Kajang, MH370 dan Kartun Zunar
Wednesday, March 19, 2014
#MH370 - Hishammuddin, Are You Protected ?
| ||||||||||