Tindakan pimpinan PKR yang mempermainkan
sistem demokrasi mendapat bantahan dan kecaman ramai pihak. Ramai yang melihat,
tindakan Adun Kajang yang sengaja meletakkan jawatan bagi membolehkan Anwar
bertanding sebagai satu pembaziran dan cuba memperbodoh-bodohkan rakyat.
Ahli Jawatankuasa Pas Pusat, Nasrudin
Hassan Tantawi, terkejut dengan ‘perancangan’ untuk mengadakan pilihan raya
kecil yang bukan disebabkan kematian atau keuzuran . Menurutnya keputusan
meletakkan jawatan untuk membolehkan pilihanraya kecil diadakan bagi
memberi laluan pada seseorang yang lain disifatkan sebagai main-main.
“Pilihanraya ni sebahagian dari
perjuangan. Bukan untuk melampias agenda peribadi atau kelompok tertentu. Bukan
juga tempat untuk test power atau test market dan bukan juga untuk test
drive. Jauh sekali menjadi papan catur untuk kick out rakan seperjuangan.
“Pilihanraya adalah medan rakyat memilih
pemimpin dan pemimpin telah dipilih dengan penuh pengorbanan dan kepercayaan.
Perbuatan sengaja meletakkan jawatan setelah mendapat mandat rakyat adalah satu
langkah khianat pada amanah. Sungguhpun tidak lompat parti ia adalah tidak
wajar . Kalau lompat parti, maka itu adalah dosa berganda,” katanya menerusi laman
Facebook sebentar tadi.
Nasrudin turut mengatakan tindakan bekas
Adun Kajang yang meletakkan jawatan itu telah mengabaikan amanah dan
mensia-siakan kepercayaan rakyat.
“Lebih malang kerana game ini dilihat cuba
untuk mengkangkungkan rakyat. Sudahlah rakyat berhempas pulas mengharungi musim
buka sekolah dengan kos sara hidup yang tinggi dan kenaikan harga barang yang
melambung, kini wang, masa dan tenaga mereka mahu dihabiskan pula untuk
pilihanraya kecil yang malang di Kajang.
“Roadshow GST, mobilisasi TURUN seperti
tiada makna bagi mereka. Saat rakyat marah isu kos hidup dan derita dengan isu
barang naik, mereka alih tumpuan yang menambah perit dan jerih rakyat. Momentum
hilang. Akhirnya rakyat berkata, kami bertarung untuk hidup. Kamu bertarung sesama
sendiri untuk merebut jawatan.
Bekas Ketua Pemuda Pas itu turut
mempertikaikan tindakan tersebut kerana mengetepikan prinsip muafakat yang
kononnya wujud di dalam pakatan pembangkang. Tambah parah apabila PKR langsung
tidak berunding dan berbincang dengan Pas dan Dap.
“Ia satu tindakan memudaratkan rakyat dan
mengkhianati amanah rakyat. Hukumnya haram bertindak begini.
Di dalam perkembangan yang sama, Pemuda
Pas Selangor juga mengambil pendirian yang sama dengan mengecam tindakan PKR
yang sengaja meletakan jawatan untuk memberi laluan kepada satu pilihan raya
kecil.
Ketua Pemuda PAS Selangor, Syarhan Humaizi
Abdul Halim menegaskan jika PKR gagal memberikan penjelasan yang munasabah
secara bertulis, mereka akan memboikot PRK DUN Kajang.
"Pemuda PAS Selangor sebulat suara bersetuju sekiranya PKR gagal berbuat demikian maka arahan akan dikeluarkan kepada seluruh jentera Pemuda PAS Selangor untuk tidak memberikan kerjasama dalam kempen Pilihan Raya Kecil DUN Kajang jika calon yang dikemukakan adalah daripada PKR," katanya dalam satu kenyataan media hari ini.
No comments:
Post a Comment