Seorang peguam, Edmund Bon,
semalam, telah membuat kenyataan di portal Malaysian Insider bahawa bukan Islam
tidak perlu patuh kepada Yang di-Pertuan Agong. Alasan beliau, titah Yang
di-Pertuan Agong mengenai kalimah ‘Allah’ merupakan hak ekslusif umat Islam,
adalah sebuah fatwa, yang mana hanya terpakai ke atas orang-orang Islam serta
tidak melibatkan bukan Islam.
Kita ingin membantah hujah
Edmund Bon yang amat dangkal lagi tidak berpijak di bumi nyata.
Yang di-Pertuan Agong
sebenarnya telah bertitah atas kapasiti baginda sebagai Ketua Negara dan
bukannya Ketua Agama Islam semata-mata. Sebuah
fatwa perlu melalui Majlis Fatwa dan ianya haruslah berkaitan amal ibadah atau
hal-ehwal perundangan syariah yang melibatkan umat Islam.
Berdasarkan hakikat ini, maka
titah Yang di-Pertuan Agong tersebut ternyata bukanlah berkenaan hal ehwal
ibadah umat Islam semata-mata tetapi berkenaan sekalian rakyat serta
bersandarkan undang-undang dan juga keprihatinan baginda terhadap kesejahteraan
negara.
Justeru, adalah salah
menyatakan bahawa titah baginda adalah fatwa. Sebaliknya, ia adalah perintah kepada
seluruh rakyat jelata agar akur dengan undang-undang negeri yang menetapkan
bahawa bukan Islam tidak boleh menggunakan kalimah Allah.
Tindakan Edmund Bon
mempertikai dan merendah-rendahkan titah murni Yang di-Pertuan Agong adalah
jelas berupa hasutan di mana beliau dilihat sengaja membangkitkan rasa tidak
hormat kepada Institusi diRaja negara ini.
Edmund Bon cuba meletakkan
garis pemisah antara orang-orang Melayu dengan bukan Melayu dengan
menggambarkan seolah-olah bukan Melayu tidak perlu hormat kepada Sultan dan
Raja-raja mahupun Yang di-Pertuan Agong. Dalam kata lain, Edmund Bon
memberitahu warga bukan Melayu bahawa mereka tidak terikat dengan sistem
pemerintahan Raja Berpelembagaan yang digunapakai di negara ini.
Sekiranya Edmund Bon merupakan
seorang warga Thailand yang menghina Raja mereka, tentu sekali beliau akan
dikenakan hukuman berat. Namun,
di Malaysia nampaknya undang-undang kita begitu longgar kerana sehingga kini
Edmund masih bebas berkeliaran menghasut rakyat jelata agar tidak menghormati
Sultan.
Tindakan Edmund Bon bukan
sahaja derhaka, tetapi juga merbahaya selain melanggar undang-undang di bawah
Akta Hasutan.
Selama ini, warganegara
Malaysia dari kalangan bukan Melayu sering menepis tuduhan orang-orang Melayu
bahawa mereka tidak setia pada negara ini.
Namun, apa yang dilakukan oleh
Edmund Bon memberikan asas dan alasan kukuh kepada orang-orang Melayu untuk
terus mempertikai kesetiaan kaum bukan Melayu terhadap negara. Terserlah kini bahawa sememangnya
ramai di kalangan kaum bukan Melayu yang enggan menerima dan menghayati
aspirasi negara serta sentiasa menentang sistem dan perlembagaannya.
Bagi mereka ini, apa yang
tertulis dalam Rukunegara iaitu ‘Kesetiaan Kepada Raja dan Negara’ langsung
tidak bermakna apa-apa. Malah,
tidak mustahil mereka langsung tidak tahu apa itu Rukunegara. Ini dengan sendirinya
menunjukkan betapa lemahnya struktur negara
ini.
Rakyat yang tidak berpegang
kepada Rukunegara tidak layak mengaku sebagai warganegara. Seharusnya Edmund Bon dan sesiapa
sahaja yang setuju dengan beliau, dilucutkan saja kewarganegaraan. Sudah sampai masanya orang seperti
Edmund Bon dikenakan tindakan.
Malaysia tidak memerlukan
rakyat yang derhaka dan tidak setia. Negara
ini pastinya sukar untuk dimajukan selagi penghasut dan penderhaka ini wujud
dan bebas menentang dan mempertikai undang-undang dan titah baginda
Sultan.
Rakyat Malaysia perlu dididik
agar kembali kepada Rukunegara sebelum kita mampu bangun menjadi negara dunia
pertama sepertimana yang dicita-citakan. Rakyat
perlu disatukan di bawah payung dan aspirasi yang sama, dengan semangat
patriotisme yang jitu sebelum kita mampu mengorak langkah pasti ke destinasi
yang diinginkan.
Jika tidak, percayalah bahawa
Malaysia tidak akan ke mana-mana dan hampir pasti akan hancur jua.
No comments:
Post a Comment