Monday, September 30, 2013

Wujudkan Majlis Ulama UMNO

UMNO disaran mewujudkan majlis ulama UMNO yang peranannya setaraf dengan sayap parti itu atau menyediakan satu platform khas bagi golongan agamawan untuk membolehkan mereka bersuara dalam membantu perjuangan parti terbesar orang Melayu itu.

Pengerusi Badan Bertindak Agama Minda Pondok Kelantan, Mohd. Syamsul Mohd. Yusoff berpendapat, penubuhan majlis itu bagi memastikan perjuangan UMNO dalam menegakkan Islam berada di landasan betul.
Beliau berkata, ia juga dapat menangkis segala tuduhan dan tohmahan liar yang dilemparkan parti pembangkang khususnya Pas bahawa UMNO sentiasa meminggirkan golongan agama.

"Saya cukup yakin dengan penubuhan majlis ulama ini atau satu platform khas untuk golongan agamawan ini akan mewujudkan keseimbangan dan meyakinkan rakyat untuk kembali memilih UMNO serta mengekalkan parti itu pada pilihan raya umum akan datang," katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.

Beliau diminta mengulas kenyataan Pertubuhan Ilmuwan Malaysia yang menyokong penuh cadangan agar UMNO diberi lebih ruang serta peluang kepada golongan agama bagi bersama-sama parti itu demi masa depan Islam dan Melayu.

Penasikat Eksekutif pertubuhan itu, Dr. Fathul Bari Mat Jahya berkata, cadangan itu wajar diperhalusi dan dipertimbangkan kerana dilihat sejajar dengan agenda transformasi parti yang sedang diusahakan Presiden UMNO, Datuk Seri Najib Tun Razak.

Sebelum ini, Menteri Besar Kedah, Datuk Mukhriz Mahathir mencadangkan agar UMNO memberi ruang kepada golongan agama untuk bersama-sama menerajui parti itu.

Mengulas lanjut, Mohd. Syamsul yang menyokong kenyataan Fathul Bari itu berkata, penglibatan lebih serius golongan agama dalam UMNO turut diyakini dapat mengangkat imej parti tersebut dalam kalangan rakyat yang selama ini hanya melihat Pas yang menjuarai isu-isu agama.

"Sedangkan UMNO sendiri sudah memperjuangkan agama sebagaimana termaktub dalam perlembagaannya, cuma orang agama dilihat tidak diberi tempat sewajarnya dalam parti," katanya.

Sementara itu, aktivis Ikatan Cendekiawan Islam Kelantan (ICIK), Mohd. Zawawi Awang berpendapat, ketika ini golongan agama terutama ustaz-ustaz muda amat kurang diberi tempat dalam parti sama ada di peringkat bahagian mahupun negeri.

Justeru katanya, cadangan supaya golongan agama diberi peranan lebih besar dalam parti UMNO perlu dipertimbangkan kerana ia sebenarnya merupakan proses 'ulang kembali' peranan ulama dalam UMNO yang telah wujud sebelum ini tetapi 'diketepikan' sehingga membawa kepada penubuhan Pas.

"Saya menyokong golongan agama diberi ruang supaya transformasi UMNO benar-benar menguntungkan orang Melayu dan Islam. Selain itu, untuk meremajakan UMNO, maka parti kena sedia platform khas kepada golongan agama ini tanpa melibatkan pemilihan atau pertandingan," katanya.


~Utusan

Friday, September 27, 2013

PRK Sungai Limau : Peluang Mukhriz untuk buktikan kemampuannya

PULANGNYA Tan Sri Azizan Razak ke rahmatullah semalam, bermaksud berlakunya kekosongan bagi DUN Sungai Limau - kekosongan kedua sejak PRU13 berakhir, selepas DUN Kuala Besut yang kosong selepas kematiannya penyandangnya, berjaya dipertahankan BN Ogos lepas.

Menarik dalam PRK Sungai Limau nanti, Pengerusi Perhubungan BN Kedah yang baru, merangkap Menteri Besar, Datuk Mukhriz Mahathir akan turut memimpin BN buat pertama kalinya sebagai Jeneral dalam kempen pilihanraya kecil yang dijangka sengit itu nanti.

BN sudah pasti mahu melengkapkan penguasaan di Parlimen Jerai dengan merampas DUN Sungai Limau dari PAS setelah kawasan parlimen itu sendiri berjaya dirampas melalui calonnya Datuk Seri Jamil Khir Baharom dalam PRU13 yang lepas, selain BN berjaya mengekalkan 2 kerusi DUN yang lain (Gurun dan Guar Cempedak).

Kejayaan ataupun kegagalan BN dalam kempen tersebut nanti, pasti memberi kesan kepada peluang Mukhriz dalam persaingannya untuk merebut salah satu jawatan Naib Presiden UMNO dalam pemilihan parti yang bakal diadakan bulan depan.

Ini adalah hakikat yang tidak boleh dielak kerana, walaupun dilantik sebagai Menteri Besar sebaik BN diumumkan berjaya kembali berkuasa di Kedah Mei lepas, Mukhriz bukanlah yang mengetuai jentera kempen BN di Kedah pada waktu itu, sebaliknya Pengerusi Perhubungan BN sebelum beliau, Datuk Ahmad Bashah.

Walaupun dalam masa yang sama, tidak dapat dinafikan faktor pencalonan beliau sebagai Menteri Besar Kedah yang baru sebelum itu, turut memainkan peranan yang tidak kurang besar dalam mencapai kejayaan tersebut.

Tapi kali ini situasinya jelas berbeza,mahu tidak mahu Mukhriz perlu menerima hakikat bahawa corak pentadbirannya berbanding dengan yang lama sudah boleh dilihat dan dinilai rakyat Kedah amnya dan pengundi Sungai Limau khasnya.

Disamping itu, kali ini Mukhriz akan turut berhadapan dengan isu-isu nasional seperti kenaikan harga minyak baru-baru ini yang pasti akan dimanipulasi sehabis mungkin oleh pembangkang, seolah-olahnya kalau PAS berjaya mengekalkan kuasa di DUN Sungai Limau dalam kempen PRK itu nanti, harga minyak akan diturunkan serta merta seperti
mana janji Anwar Ibrahim dalam buku Jingga.

Tidak juga, tapi pembangkang peduli apa, yang penting pada mereka ialah menang pilihanraya dan mengekalkan kuasa.

Mungkin kalau ada yang boleh membantu sedikit sebanyak ialah sikap terpuji Mukhriz yang tidak menunjukkan sebarang tanda-tanda permusuhan dengan Allahyarham Azizan apabila sering kali kelihatan melawat bekas Menteri Besar tersebut sejak Allahyarham mula jatuh sakit.  Malah pentadbiran Mukhriz juga secara terbuka mengumumkan akan membantu Azizan sepanjang menjalani rawatan, sesuai dengan kedudukkannya sebagai bekas Menteri Besar.

Pendekatan mulia yang dipilih Mukhriz ini mungkin sedikit sebanyak boleh membantu kempen BN nanti, disamping faktor calon dan isu-isu nasional yang lain seperti yang dijelaskan di atas.

Justeru, yang nyata PRK Sungai Limau nanti pasti akan menjadi medan tempur politik yang menarik selepas PRU13. Kempen kali ini bukan setakat persaingan mencari pengganti Allahyarham sebagai ADUN, tapi juga untuk Mukhriz membuktikan kebolehannya sebagai pencatur politik yang berjaya dan tidak setakat bergantung kepada populariti bapanya, Tun Mahathir Mohamad semata-mata.

Pendek kata, Mukhriz ada terlalu banyak yang nak dibuktikan, kepada rakyat Kedah dan pengundi Sungai Limau terutamanya, selain ahli-ahli UMNO sendiri.


Laluan berliku Naib Presiden

JAWATAN Naib Presiden yang bakal diisi oleh tiga penyandang 19 Oktober depan adalah tiket laluan awal untuk parti, kerajaan dan rakyat mengukur potensi dan kewibawaan kepimpinan kanannya sebelum melangkah lebih jauh.

Apabila Tun Abdul Razak Hussein mengambil alih jawatan Perdana Menteri daripada Tunku Abdul Rahman, beliau memilih Tun Dr. Ismail Abdul Rahman yang ketika itu berada dalam kedudukan nombor tiga di barisan Naib Presiden, sebagai timbalannya. Apabila Dr. Ismail meninggal dunia, Tun Razak memilih Tun Hussein, juga Naib Presiden ketiga.

Tun Razak tidak pernah menduduki jawatan Naib Presiden. Begitu juga Almarhum Tunku Abdul Rahman yang terus menjadi Presiden UMNO kedua, menggantikan Datuk Onn Jaafar pada 1951 dengan meletakkan jawatan sebagai Timbalan Pendakwa Raya ketika itu. Tun Razak pula terus ke jawatan Timbalan Presiden (1951-1971) selepas memenanginya dengan menewaskan dua calon lain.

Pada era Tun Dr. Mahathir Mohamad menjadi Perdana Menteri dan Presiden UMNO, dua Naib Presiden yang paling kanan dan dua Naib Presiden nombor dua menjadi pilihannya untuk menyandang jawatan nombor dua. Ia meskipun sejarah sebelum itu membuktikan Naib Presiden nombor tiga termasuk Dr. Mahathir sendiri adalah mereka yang sentiasa bernasib baik.

Naib Presiden paling kanan yang dipilih Dr. Mahathir sebagai orang nombor dua ialah Tun Musa Hitam dan Datuk Seri Anwar Ibrahim. Tetapi kedua-duanya tersadai di situ. Apabila Tun Ghafar Baba dipilih sebagai Timbalan Perdana Menteri, beliau adalah Naib Presiden nombor dua selepas Tengku Razaleigh Hamzah dan nombor tiga ketika itu ialah Tan Sri Wan Mokhtar Ahmad, bekas Menteri Besar Terengganu.

Dr. Mahathir, juga merupakan Naib Presiden nombor tiga apabila dilantik oleh Tun Hussein sebagai Timbalan Perdana Menteri pada 5 Mac 1976 berikutan kematian mengejut Razak. Pada hal ketika itu, Naib Presiden UMNO paling kanan ialah Ghafar, diikuti Tengku Razaleigh Hamzah.

Pada 8 Januari 1999 pula, Dr Mahathir memilih Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi, juga nombor dua selepas Najib, sebagai Timbalan Perdana Menteri. Apabila tiba giliran Abdullah pula, beliau memilih Najib, Naib Presiden paling kanan sebagai timbalannya.

Pada 2009 itulah buat julung kali dalam sejarah UMNO, perwakilan menentukan sendiri siapa yang mereka mahu untuk menyandang jawatan nombor dua dalam parti. Ini bukan lagi secara tradisi dalam sejarah 63 tahun kewujudannya, apabila Presiden memilih timbalannya dalam kalangan tiga Naib Presiden tanpa mengira sama ada Naib Presiden paling kanan, kedua atau yang ketiga.

Pada ketika itu, Muhyiddin dari kerusi Naib Presiden menang menewaskan Datuk Seri Mohd. Ali Rustam.

Jawatan Timbalan Perdana Menteri mempunyai sejarah tersendiri dan sepanjang kewujudan jawatan itu, ia sudah disandang oleh sembilan pemimpin iaitu Tun Razak, Dr. Ismail, Tun Hussein, Dr Mahathir, Musa, Ghafar, Anwar, Abdullah dan Najib.

Namun, untuk rekod, antara Naib Presiden yang pernah menjadi Timbalan Presiden ialah Dr. Ismail, Tun Hussein, Dr. Mahathir, Musa Hitam, Ghafar, Anwar, Abdullah, Najib dan Muhyiddin. Antara mereka, cuma Tun Hussein, Dr. Mahathir, Abdullah dan Najib berjaya ke puncak dalam parti dan seterusnya menyandang jawatan Perdana Menteri.

Dr. Ismail yang dipilih Tun Razak sebagai timbalannya apabila dilantik sebagai Perdana Menteri kedua pada September 1970, bagaimanapun tidak sempat naik ke puncak kerana meninggal dunia disebabkan sakit jantung.

Laluan untuk Naib-naib Presiden sebelum ke puncak kuasa, penuh berliku.


~ Utusan

DAP Agungkan Chin Peng, lupakan Devan Nair

Sikap DAP dipersoalkan apabila seolah-olah seperti 'kacang lupakan kulit' dengan lebih mengagungkan pemimpin Parti Komunis Malaya (PKM) Chin Peng berbanding pengasas sebenar parti itu, bekas Presiden Singapura, CV Devan Nair.

Bekas Ahli Dewan Undangan Negeri Kota Alam Shah (DUN), M. Manoharan mendakwa, ini berikutan DAP sukar menerima kematian Chin Peng dengan dilihat begitu agresif mempertahankan ketua komunis itu berbanding pengasas DAP itu sendiri.

Malah, kata beliau, parti tersebut seolah-olah sudah 'memadamkan' Devan Nair yang juga merupakan bekas Setiausaha Agung parti itu.

Jelasnya, DAP tidak pernah memberi penghormatan dan penghargaan yang secukupnya kepada Devan Nair sehingga saat ini berbanding 'pemimpin' lain dalam parti.

"Layanan ini sungguh berlainan jika mahu dibandingkan dengan Chin Peng yang meninggal dunia baru-baru ini. Rata-rata pemimpin DAP menunjukkan sokongan terhadap perjuangannya, ada juga Ahli Parlimen DAP dan penyokong yang telah memberikan penghormatan terakhir di Thailand, blog juga penuh dengan cerita Chin Peng. Devan Nair langsung tiada.

"Apakah jenis jasa Chin Peng terhadap parti jika dibandingkan dengan Devan Nair? Penyokong parti juga ingin tahu mengapa Devan Nair seolah-olah sudah dilupakan, saya mohon DAP untuk segera betulkan keadaan ini," katanya kepada Utusan Malaysia.

Devan Nair merupakan satu-satunya pemimpin PAP yang berjaya memenangi kerusi Parlimen di negara ini dalam Pilihan Raya Umum Kedua pada 1964 iaitu semasa Singapura masih sebahagian daripada Malaysia.
Bekas Ahli Parlimen Bangsar itu seterusnya mengasaskan DAP setelah Singapura berpisah daripada Malaysia pada 7 Ogos 1965.

Beliau kemudian kembali ke Singapura dan dilantik sebagai Presiden republik itu mulai 23 Oktober 1981 hingga 27 Mac 1985.

Kata Manoharan lagi:

""Potret Devan Nair tidak pernah digantung di mana-mana, tidak pernah ada apa-apa program yang dibuat untuk memperingati hari lahir atau kematian beliau dalam parti, malah tidak ada maklumat atau biodata beliau dalam laman rasmi DAP atau Roketkini.

"Adakah ini adil dan sesuatu yang betul? Beliau adalah pengasas parti ini. Mengapa mahu dilupakan begitu sahaja? Tidak ramai yang tahu perjuangan dan pengorbanan Devan Nair, bukankah parti bertanggungjawab menjaga sejarah ini."

Manoharan turut memuji parti Gerakan yang meskipun didominasi oleh kaum Cina, namun masih tetap meletakkan potret pengasas dan Presidennya, Syed Hussein Alatas di pejabat parti itu.


~ Utusan

PRK Sungai Limau : Penentang Azizan jadi calon PAS

TIDAK ramai pemimpin utama Pakatan Rakyat yang hadir ke majlis pengebumian bekas Menteri Besar Kedah, Allahyarham Tan Sri Azizan Razak semalam.  Media rasmi PAS, Harakah  sendiri pun menyenaraikan lebih banyak nama pemimpin-pemimpin UMNO hadir bagi memberikan penghormatan terakhir berbanding pemimpin PAS, PKR dan DAP.

Seolah-olah ada boikot besar-besaran bagi menunjukkan rasa ketidak puasan hati masing-masing terhadap Azizan.

Bukanlah satu rahsia, majoriti pemimpin DAP dan PKR termasuk PAS sendiri, menyalahkan Azizan atas tumbangnya kerajaan Kedah pimpinan PAS dalam PRU13 yang lepas.  Sikap mesra yang ditunjukkan Azizan kepada semua orang tanpa mengira faham politik, termasuk tidak teragak-agak menyerahkan projek kerajaan negeri kepada pemimpin UMNO, dianggap sebagai kelemahan utama pentadbiran Azizan yang menerbitkan semua rasa tidak puas hati ini.

Cakap pasal DAP, tidak seorang pun pembesar DAP yang kelihatan, tak kiralah yang memang Cina, Cina atau yang Cina nama Melayu, bayang pun tak nampak, walaupun sarang mereka di Pulau Pinang, bersempadanan dengan Kedah.  Begitu juga pemimpin utama PKR macam Anwar Ibrahim dan Azmin Ali, turut tidak nampak bayang.

Sedangkan Chin Peng mati di Thailand pemimpin utama DAP & PKR boleh pergi melawat, takkanlah arwah Azizan yang menghembuskan nafas terakhir di Kedah, tidak boleh nak menjengok?  Sudah tentu ada yang tidak kena

Apa pun tinggalkanlah cerita itu dulu untuk perbincangan di lain masa.

Hari ini penulis nak menumpukan kepada kecoh-kecoh siapa yang bakal dicalonkan PAS Kedah untuk mengisi kekosongan yang ditinggal Allahyarham di DUN Sungai Limau dalam pilihanraya kecil yang bakal diadakan nanti.  Walaupun arwah baru sahaja dikebumikan semalam, itu tidak menghalang segelintir pemimpin PAS negeri dari membangkitkan soal tersebut tanpa rasa bersalah sedikit pun terhadap keluarga Allahyarham.

Ini sendiri pun satu tanda penghinaan ke atas Allahyarham juga, setanding dengan penghinaan serupa yang ditunjukkan pemimpin DAP dan PKR yang memboikot majlis pengebumian Allahyarham semalam.

Kalau ia pun kemaruk berpolitik, sekurang-kurangnya tunggulah sampai beberapa hari selepas Allahyarham selesai dikebumikan dulu. Ini  tidak, kubur baru siap gali, masing-masing dah sibuk-sibuk cerita pasal pilihanraya kecil, siap nama bakal calon yang akan diketengahkan pihak-pihak ini nanti.

Betul-betul mentaliti kelas ketiga.

Tapi kalau nak dibahaskan juga, nama bakal calon yang banyak disebut itu pulak, khabarnya ialah salah seorang pemimpin PAS negeri yang diketahui sangat tidak senang dengan Allahyarham sewaktu menjadi Menteri Besar dulu.

Pelik juga, kenapa nama orang yang semacam ini nak diketengahkan sedangkan DUN Sungai Limau bukan setakat kawasan yang diwakili Azizan sejak 1995, malah Allahyarham turut dilahir dan dibesarkan disini. 

Adakah ini usaha berterusan pihak-pihak tertentu dalam PAS Negeri yang mahu terus mencemarkan imej Allahyarham, walaupun setelah kematiannya dengan mencalonkan penentang Azizan sebagai calon di kawasan tersebut?

Memanglah dari segi peraturannya tidak salah, tapi politik bukan sekadar mengenai peraturan, tapi rasa hormat dan mengenang jasa bekas pemimpin.  Allahyarham mungkin faktor terbesar yang menjadi punca kekalahan PAS dalam PRU13 yang lepas, tapi jangan lupa, kerana beliau jugalah PAS menang buat pertama kali di Kedah pada 2008.

Kalau itu bukan jasa yang layak dikenang dan diberi penghormatan yang sewajarnya, penulis tidak tahu nak kata apa lagi.

Nampaknya benarlah kata Timbalan Presiden PAS, Mat Sabu semalam yang politik PAS semakin teruk berbanding semasa dia mula menyertai parti tersebut lebih 35 tahun dulu dan persoalan mengenai siapa yang bakal menggantikan Azizan di Sungai Limau - dibangkitkan ketika arwah belum pun dikebumikan semalam, hanya menguatkan lagi hakikat tersebut.



Wednesday, September 25, 2013

Ketua Puteri UMNO: Mas Ermiyanti DiJangka Menang Mudah


Dalam kemeriahan Pemilihan UMNO yang bakal menjelang, pertandingan bagi jawatan Ketua Puteri UMNO dilihat tidak sehangat pertandingan bagi jawatan-jawatan lain, selaras dengan personaliti calon-calonnya yang tidak kontroversi.   Tidak timbul soal ‘berebut’ atau ‘berdrama’ tetapi hanya satu pertandingan yang matang antara bakal pemimpin masa depan. 

Pertandingan dua penjuru yang memperlihatkan ketertiban puteri-puteri UMNO ini, wajar dipuji dan dicontohi.   Dua calon tersebut ialah Mas Ermiyanti Shamsudin dan juga Jamilah Hanim Othman. 

Mas Ermiyanti dilihat mempunyai kelebihan besar berbanding lawannya memandangkan pengalamannya selama 12 tahun bersama Puteri.  Kedudukan beliau sebagai Ahli Parlimen Masjid Tanah turut memainkan peranan besar dalam melebar dan memperkukuhkan pengaruhnya.   Dengan pengalaman dan kedudukan tersebut, beliau tidak perlu lagi membuktikan sifat kepimpinannya kepada sesiapa.

Sebagai ‘orang lama’ juga, Mas turut mempunyai jaringan hubungan yang baik di berbagai peringkat termasuk wakil-wakil rakyat.  Ini  tentu saja meletakkan kedudukan Mas lebih jauh di atas berbanding lawannya. 

Apatah lagi dengan hakikat bahawa lawannya, iaitu Jamilah Hanim Othman merupakan personaliti yang belum dikenali ramai.  Jamilah adalah Ketua Puteri UMNO Bahagian Petaling Jaya Selatan. 

Jika Mas Ermiyanti berazam untuk memastikan Puteri terus relevan dan dihargai dengan berbekalkan pengalaman, Jamilah pula membawa bekal semangat yang kuat untuk memantapkan pergerakan itu. 

Jelas, kedua-dua mereka bertanding atas tujuan yang murni demi kesinambungan dan keteguhan pergerakan Puteri UMNO. 

Walaubagaimanapun, tidak dapat dinafikan, pengalaman adalah sesuatu yang paling berharga dalam sesebuah kepimpinan.  Semangat tanpa pengalaman mampu membuatkan kita tersasar tanpa sebarang panduan. 

Justeru, walaupun kita menghargai kedua-duanya, kita menjangkakan Mas Ermiyanti akan menang mudah mengatasi Jamilah.  

Jamilah pula wajar menjadikan pertandingan ini sebagai pengalaman dan pendedahan yang berharga bagi mengatur langkah yang lebih yakin dalam perjuangannya. 


DAP CEC: DAP Do Not Trust Ambiga.

The DAP CEC election has been filled with controversy, to the extent that it has affected the party credibility. Now, the members are focusing fully on the re-election that will be held on the 29th of September.
However, the public believe that the DAP election will not be done transparently and without any fraud. The doubt originates from the current development that shows that the action of DAP leaders is truly mind boggling.
People are getting sick of the DAP leaders, some of the delegates shows that they are being left out of the special meeting that was allegedly held to discuss the re-election. This meeting was never before held in the history of DAP. DAP leaders chose specific people to be elected and this particular action angers most of the DAP members who are not included.
            What’s puzzling is that, even though the issue is getting bigger to the extent that they were forced to hold a re-election, the party did not even investigate why 753 delegates did not receive any notice for the previous meeting. DAP leaders are trying to justify the absence of 753 delegates in the early election. In other words, DAP leaders did not admit their mistakes.
            They are trying to lie to the people by saying that 500 delegates had already sent a note saying that they could not come to the meetings. The DAP has yet to show to the public any of the notes.
            DAP Vice Chairman for the constituency of Ladang Paroi, David Dass, has asked for an injunction from the court so that they can stop the election before it is held again for the second time.
            Clearly it shows that DAP members do not trust the DAP to held the re-election they are seen as fail to held a clean and fair election.
            Thus, many people suggested that the DAP must appoint BERSIH to look into the re-election. Ambiga Sreevanesan, who were obsessed with clean election have to be ready to lead the surveillances unit, plus, she must understand that those who were side-lined were from her own race.
Ambiga should make sure that there are no racist elements in the re-election in the DAP CEC.
Because of racism, DAP do not trust Ambiga to put her in a position where she can look into the CEC. DAP are willing to pay an international company (PKF Accountants and Business Advisers) to look into the CEC re-election process. The company is responsible to ensure that the counting of the votes for 2,576 delegates who are eligible to vote. The vote count will be made manually and also by a cross checking computer software.

The action of using an audit company is a drastic change for the party that is seen as a way to return the faith to the party among its members. However, it is seen as a desperate move and it is a sign that the DAP’s credibility has been destroyed completely.
Just imagine, to count 2,576 votes, the DAP party have been surveillances by an international audit firm. In the same time the DAP accused that the Malaysian government hold an unclean election. Ironically, DAP leaders who are not even trusted by its people are being celebrated for their roles in BERSIH.
It seems that, they do not trust each other even though they are always working side by side and seems to be in the same zone as one another. It is true what they say about liars, a liar knows another liar, and they could not bear to trust their comrades even when they are in the same boat.


Tuesday, September 24, 2013

Bos TV3 Tidur: Nurul Izzah Dapat Interview Eksklusif

Penulis baru sahaja ‘terserempak’ dengan sebuah rakaman youtube program 3R yang memaparkan temubual eksklusif dengan pemimpin pembangkang, Nurul Izzah Anwar.   Seperti yang kita tahu, apabila seseorang ahli politik dijemput ke program televisyen - biar apa pun programnya dan topik perbincangannya, ia secara automatik memberi publisiti atau keuntungan politik kepadanya. 

Apatah lagi apabila program itu merupakan temubual santai lagi mesra dengan pengacara memuji dan menyanjungnya, maka semakin tinggilah ‘saham’ ahli politik tersebut.  Dan inilah yang berlaku dalam program 3R itu di mana pengacara menjulang dan memuji-muji Nurul Izzah, termasuklah ibunya, Wan Azizah, sebagai tokoh yang dipandang tinggi oleh ‘rakyat Malaysia’.   

Tidak kira apa alasan penerbit program ini, objektifnya adalah jelas iaitu untuk memberi publisiti kepada pemimpin pembangkang dan parti pembangkang sekali gus. 

Mungkin ada yang ingin berhujah bahawa tindakan TV3 adalah wajar bagi menepati prinsip keterbukaan dan kebebasan media.  Namun, inilah diingatkan bahawa TV3 adalah media arus perdana dan bertanggungjawab membawa aspirasi kerajaan.  Oleh itu, TV3 tidak boleh sewenang-wenang memberi ruang publisiti kepada pihak yang menentang kerajaan.  

Alasan kebebasan dan keterbukaan tidak boleh diterima sama sekali kerana mana mungkin media yang menjadi lidah kerajaan mempromosi kehebatan musuh?  Contohnya, apakah tidak salah jika TV3 mempromosi dan menonjolkan Sultan Sulu yang ingin menceroboh negara sebagai baik, atas alasan kebebasan dan keterbukaan?   Tentu saja ini tidak boleh diterima sama sekali. 

Kegagalan TV3 untuk memikul tanggungjawab sebagai media arus perdana membuktikan sikap tidak professional, kalau pun bukan pengkhianatan, stesyen televisyen itu.   

Dengan itu, kita ingin bertanya, apakah prosedur untuk menjemput dan meluluskan satu-satu personaliti untuk muncul dalam mana-mana program di dalam TV3?  Apakah tiada pemantauan? Apakah seseorang Penerbit diberi kebebasan penuh untuk menjemput siapa saja mengikut suka hatinya termasuk personaliti yang mampu membawa kontroversi? 

Setakat ini penulis tidak pasti sama ada rakaman tersebut telah tersiar di televisyen, tetapi hakikat bahawa ia telah tersebar di youtube sudah cukup untuk kita mempersoalkan niat dan prinsip TV3. 

Tidak mungkin TV3 melakukannya atas dasar ‘naif’.  Jika benar naïf dan jujur, kenapa tidak diberi ruang terlebih dahulu kepada Datin Seri Rosmah untuk mempertahankan dirinya di sebalik  segala fitnah pembangkang?   Kenapa mesti diberi ruang kepada anak seorang peliwat yang saban hari memburukkan Malaysia kepada dunia luar?  Apakah pemimpin begini dianggap contoh yang baik kepada anak muda Malaysia?   

Jangan lupa bahawa bapa Nurul Izzah telah pun disabitkan kesalahan dan hanya dibebaskan atas dasar teknikal dan bukan kerana tidak bersalah.  Justeru, Nurul Izzah adalah seorang penipu dengan mempertahankan bahawa bapanya sebagai tidak bersalah. 

Lebih dari itu, boleh dikatakakan seluruh keluarga Nurul Izzah kerjanya adalah memburukkan dan cuba menghuru-harakan negara.  Nurul Izzah sendiri telah beberapa kali mengeluarkan kenyataan bodoh seperti menyangka pasukan Cawangan Khas hanya bertanggungjawab mencari orang hilang serta tidak tahu menahu sejarah dan susunatur pasukan keselamatan negara.  

Walaupun berpenampilan bertudung, Nurul Izzah juga yang meletakkan murtad sebagai hak asasi.  Dan bukan rahsia lagi bahawa Nurul Izzah turut ‘mesra’ dengan idea-idea mengenai hak LGBT berdasarkan penglibatan partinya dan juga ‘rangkaian-rangkaian’ agen mereka yang berselindung di bawah nama NGO bagi hak asasi. 

Sebagai seorang Ahli Parlimen, Nurul Izzah telah gagal.  Beliau tidak pernah dikenali kerana jasanya di kawasannya.  Malah, beliau lebih banyak merupakan ‘masalah’ dan bukan penyelesai masalah rakyat, sepertimana yang berlaku dalam kes rumah pangsa di Kampung Kerinchi. 

Oleh itu, jika pemimpin beginilah yang dianggap contoh oleh 3R, maka janganlah kita terkejut jika anak-anak muda hari ini tidak lagi patriotik, bermasalah moral serta hipokrit.  


TAHALUF SIYASI PAS BAWA KERETAKAN PAKATAN PEMBANGKANG

Polemik tahaluf siyasi yang membelenggu Pas kebelakangan ini semakin panas san menandakan parti itu akan melalui tempoh yang bergelora  dalam masa terdekat.

Tahaluf siyasi atau kerjasama politik adalah pendekatan pas menjalinkan ikatan politik bersama PKR dan Dap pasca Pilihan Raya Umum 2008 di dalam gabungan Pakatan Rakyat.

Kerjasama politik itu dimantapkan lagi setelah pakatan pembangkang berjaya mengurangkan kerusi yang diperolehi Barisan Nasional daripada 148 pada PRU12 kepada 133 pada PRU lalu.

Kalau dahulunya Pas, PKR dan Dap berjaya menafikan BN majoriti dua pertiganya di dalam Dewan Rakyat apabila merangkul 82 kerusi kini pembangkang menambah jumlah kerusi Parlimen kepada 89.

Daripada jumlah ini Dap mendapat habuan terbesar dengan 38 kerusi manakala Pas dan PKR masing-masing 21 dan 30.

Dalam PRU13 lalu, Dap bertanding 53 kerusi Parlimen, sementara Pas pula bertanding di 73 kawasan dan PKR di 99 kawasan.

Daripada statistik ini boleh dirumuskan Dap memenamgi majoriti kerusi yang ditandinginya berbanding Pas dan PKR.

Ini bermakna kerjasama antara ketiga parti dalam pakatan pembangkang lebih menguntungkan Dap yang berjaya mendapat undi Melayu daripada Pas dan PKR.

Pas dan PKR pula tidak berjaya mengatasi jumlah kerusi Parlimen yang dimenangi berbanding Dap kerana majoriti pengunbdi Melayu masih menyokong dan mempunyai keyakinan terhadap BN.

Ini juga bermakna pihak yang rugi di dalam gabungan pembangkang adalah Pas dan PKR.

Mungkin inilah sebabnya Ketua Dewan Ulama Pas, Datuk Harun Taib mengesyorkan supaya pendekatan tahaluf siyasi ang digunapakai parti itu dikaji semula.

Pelbagai pandangan sama ada pro atau kontra di lontarkan oleh pimpinan Pas berhubung isu ini.

Apa pun jelas polar atau trend penghujahan sama ada daripada pihak yang menyokong kaedah politik ini atau sebaliknya, memperlihatkan kewujudan dua kem yang ketara di dalam parti itu.

Sekiranya Pas tidak berjaya mengawal atau pimpinannya tidak mampu menghalusi keberkesanan dan impak tahaluf siyasi ke atas prestasi parti di masa depan, ia akan memberi kesan kepada polar pemilihan pada Muktamar Pas ke 59 bermula 22 November depan.

Kalau dulu pertelagahan dan percanggahan pendapat antara kumpulan ulama yang diketuai oleh pemimpin seperti Presiden Datuk Seri Abdul Hadi Awang, Harun, serta Datuk Dr Harun Din dan kumpulan Erdogan atau Anwarinas berputar disekeliling isu kerajaan perpaduan, kini polemik antara kedua kem sudah merebak kepada isu sama ada Pas kekal di dalam Pakatan Rakyat atau tidak.

Setakat ini Abdul Hadi berkata Pas akan kekal bersama PKR dan Dap dan ini disokong oleh Mursidul Am, Datuk Nik Aziz Nik Mat dan pimpinan lain.

Kem Anwarinas juga memberikan hujah bahawa tahaluf siyasi telah menguntungkan Pas di Selangor.
Hujah ini kurang tepat kerana Pas dan Dap masing-masing merangkul 15 kerusi Dewan Undangan Negeri berbanding 14 bagi PKR.

Oleh kerana jawatan Menteri Besar sepatutnya diisi oleh calon Melayu, maka Pas lah yang selayaknya mendapat jawatan tersebut kerana jumlah kerusi DUN yang lebih besar.

Bagaimana sebaliknya yang berlaku di mana Menteri Besar terus disandang oleh Tan Sri Khalid Ibrahim daripada PKR.

Jawatan kanan seperti Speaker di berikan kepada Dap pula PKR mengisi Timbalan Speaker.

Sebenarnya Pas telah dipermainkan oleh Dap dan PKR di Selangor dan ini telah menimbulkan rasa tidak puas di kalangan ahli di peringkat akar umbi.

Selain isu tahaluf siyasi yang semakin bercelaru, kem ulama dan juga Anwarinas berentap mengenai calon timbalan presiden.

Abdul Hadi mahukan calon daripada kumpulan ulama manakala kem liberal di dalam Pas mahukan calon daripada kalangan mereka.

Sesetengah pemerhati dan para analisis politik berpendapat Pas akan berdepan dengan risiko perpecahan di masa terdekat kerana gelombang untuk membawa parti itu keluar daripada Pakatan Rakyat semakin kuat.


Pas dilihat akan menjadi bertambah berpengaruh dan mengembalikan kekuatan politiknya sekiranya bersendirian dan menjalin tahaluf siyasi dengan UMNO pula.

KRISIS DALAMAN SERIUS BAKAL HANCURKAN PAKATAN PEMBANGKANG

Keadaan pakatan pembangkang sekarang berkecamuk pasca Pilihan Raya Umum ke-13 kerana perbalahan antara Pas, PKR dan Dap semakin ketara.

Ini timbul kerana walaupun pembangkang mampu mengurangkan lagi kerusi Parlimen Barisan Nasional, pergolakan berlaku nerana sifat tamak dan haloba antara ketiga-tiga parti.

Sementara BN menerima cabaran dan keputusan rakyat dengan tenang dan mengatur langkah untuk memperbaiki semua kelemahan, pakatan pembangkang pula semakin bongkak dan hilang arah.

Kemenangan besar mereka seolah-olah tidak membawa apa-apa makna kepada penyokong kerana pemimpin-pemimpin pembangkang lebih gemar berpolitik dan berpolemik daripada mengubal dasar serta program yang benar-benar memberi manfaat kepada rakyat di negeri di bawah pentadbiran mereka.

Dari masa sebelum, semasa dan selepas PRU13, tugas utama  mereka nampakna hanya untuk tersu menyerang dan memfitnah kerajaan.

Kekecewaan Anwar Ibrahim tidak mampu menjadi perdana menteri begitu terserlah dalam sikap yang diambil oleh parti-parti pembangkang.

Bertambah parah pula, masing-masing juga mempunyai dalaman serius yang harus ditangani segera.
Dap umpamanya bergelut dengan mada depan dan hidup mati parti itu berhubung isu penyelewengan dalam pemilihan Jawatankuasa Eksekutif Pusat parti itu.

Pelbagai alasan diberikan kepada pihak Jabatan Pendaftaran Peertubuhan (ROS) untuk mengelakkan parti itu dikenakan tindakan undang-undang namun semakin lama krisis tersebut berpanjangan semakin bertambah serius pula jadinya.

Keadaan dap kini macam mengorek lubang untuk menutup lubang yang dikorek sebelumnya tetapi semakin banyak lubang dikorek semakin besar pula lubang baru yang baru digali.

Nasib dap tidak ada penyelesaian walaupun pemilihan baru di adakan semua pada Disember depan kerana masalah adakah mengenai penipuan dalam proses pemilihan bukannya dari segi teknikal.

Di Selangor pula, pergelutan kuasa antara kem Azmin Ali dan Menteri Besar Khalid Ibrahim tidak kesudahan.

Usaha untuk mengenepikan dua wanita yang berkuasa disekeliling Khalid, Faekah Husin dan Arfaeza Aziz nampaknya tidak mendatangkan hasil.

Walaupun Saifuddin Nasution dilantik Anwar sebagai pegawai politik di pejabat menteri besar, masalah tidak juga selesai.

Saifuddin semacam melukut ditepi gantang sementara Faekah khabarnya bertambah berkuasa.
Apatah lagi tindakan Khalid mengadakan mesyuarat exco di Bangkok baru-baru ini menimbulkan persoalan pembaziran kewangan negeri.

PKR memutuskan dalam mesyuarat biro politiknya untuk mengadakan dialog dengan BN dalam isu tatakelola tetapi parti itu seharusnya melihat dan menyelesaikan isu salahguna kuasa oleh menteri besar di Selangor terlebih dahulu.

Pas pula berada di dalam dilema mengenai isu tahlul siyasi yang menyebabkan wujudnya dua kem pendapat dalam parti itu menjelang muktamarnya ke 59 November depan.

Perbalahan antara kumpulan ulama dan kumpulan yang mengikut rentak politik Anwar yang dikenali sebagai Anwarinas atau Erdogan semakain jelas.

Ada ura-ura di belakang tabir untuk menghapuskan elemen-elemen Anwarinas daripada Pas pada pemilihan akan datang.

Golongan ulama melihat kumpulan Erdogan sudah lari daripada landasan perjuangan parti kerana lebih condong untuk membawa pengaruh Anwar yang liberal dan tidak mementingkan perjuangan Islam.

Demi kelangsungan Pas sebagai sebuah wadah perjuangan Islam, golongan Anwarinas harus disingkir sebelum keadaan dalaman parti bertambah parah.

Apapun hakikatnya, pakatan pembangkang bukanlah berada di dalam suasana yang aman atau kuat sebagaimana yang digembar-gemburkan kepada rakyat.

Krisis yang dihadapi oleh Pas, PKR dan Dap adalah amat serius yang bakal mengugat dan meleraikan ikatan dalam kerjasama rapuh mereka selama ini.


Sebanyak mana pun mereka mengatakan pakatan pembangkang mendakwa mereka bersatu hati, realitinya mereka hanya menipu diri sendiri termasuk penyokong dan rakyat yang terpengaruh dengan sandiwara pada PRU13 lalu.

Monday, September 23, 2013

UMNO Vs PKR: Who is losing their edge?

PKR Deputy President, N Surendran was urged to look into a mirror before making such claim regarding UMNO. He made a statement saying that UMNO has lost their edge and the lack of credible leaders seems reflecting to him and his own PKR party.

Surendran said that in the current BN condition, after suffering a significant decline on the amount of votes and failed to recapture Selangor in the last 13th General Election, UMNO seems to be in a daze as they are heading towards a much more humiliating defeat in the next general election. More over when everyone in UMNO are refusing to admit that the weakness comes because of their inability to challenge the top post in UMNO today.

According to Surendran, this is the prove that UMNO is lacking credible leaders to replace the weak leadership of the current administration.

Surendran forgets that BN maybe in its worst state in the GE ever, but for UMNO, the increase of votes is certainly something worth noting. Thus, it is not fair to put the blame on what had happened in the last General Election is because of UMNO leaders. What is happening in the last PRU, is because of the racial slurs that is played too often by irresponsible parties which made 100% of the Chinese opposes Barisan Nasional.

As the leader of all of BN component parties, an UMNO leader holds dearly in the spirit of friendship and responsibility to safeguard the harmony of the people. Because of that, UMNO leaders cannot promise any special treatment with any race without taking into account the benefits of the other.

However, this is what the opposition are promising the country, the Chinese Supremacy for Chinese community, without taking into consideration the effect to this country and its diverse races. It is not shocking to see if almost all of the Chinese voted for the opposition in the last general election.

The truth is, any promise that has been brought on the table by the opposition is irresponsible because it only move us towards instability and maybe even destruction.

For Pakatan Rakyat leaders, to promise something that will eventually bring destruction to the nation, and this proves they are not even good citizen how come they can be a good leader of this country. PR also does not have a new generation of leaders that they can hope for in the future. All of PR members are copycats of their predecessor.

PR is actually having problems regarding the extinction of good leaders. The problem starts from the extreme nepotism that they practice. Father, mother, sons, daughters, in-laws and close friends are those who are eligible to gain access to high position in both of the parties. The results, Pakatan Rakyat are not moving forward and they cannot change even if they have existed a few decades now.

Different from UMNO, a leader come and goes. Leaders can be criticized by any of their members. Some were prosecuted and some were found guilty. Plus when there are party leaders who looks weak, even though at the helm of the party, is not excluded from being forced to leave their post.

This only happens because UMNO is strong enough so that the leadership can be changed anytime. It also proves that UMNO never had any problem to find a successor.

The same thing cannot be seen in Pakatan Rakyat. PKR is not the same without Anwar Ibrahim, DAP will be hollowed without or PAS with the absence of Nik Aziz and Hadi Awang. In short, these parties cannot change without destroying their identities.

Thus, the lack of new leaders is suffered by Pakatan Rakyat and not UMNO. Surendran must look into the mirror first before telling lies to the people of Malaysia.


Benarkah PAS Tidak Pernah Tabur Duit Masa PRU?

Pemimpin PAS nampaknya masih tidak sedar-sedar tentang kenapa orang Melayu menolak parti itu dalam PRU yang lalu.  Penolakan orang Melayu bukan sahaja kerana PAS bekerjasama dengan harbi dan pluralis, tetapi juga kerana sikap PAS itu sendiri yang terlalu takbur dan riak dalam agama.  Sedangkan hakikatnya, PAS tidak pernah menyumbang apa-apa kepada umat Islam negara ini selain membawa perpecahan.

Malah, sehingga ke hari ini juga, PAS masih tegar membawa strategi mengkafirkan UMNO dan mengangkat diri sendiri sebagai maksum.  Lebih dahsyat, PAS juga membawa kesesatan dengan bersekongkol dengan parti yang memperjuangkan kristian dan juga LGBT. 

Tanpa mempelajari apa-apa dari keputusan PRU-13 yang lalu, PAS terus menuduh UMNO menang secara tidak adil.  Memandangkan isu 40,000 pengundi hantu sudah dapat dipatahkan dan isu blackout juga sudah terkantoi, maka PAS memaksakan isu baru bagi menafikan kekalahan mereka. 

Kali ini, akhbar Harakah menuduh UMNO menyogok dan mengugut pengundi bagi memastikan kemenangan pada PRU lalu.  

PAS boleh terus menuduh apa saja tanpa mampu membuktikan apa-apa tetapi PAS juga tidak boleh menafikan yang parti itu turut menggunakan wang bagi membeli undi.  Semua orang tahu bahawa PAS turut memberi wang kepada pengundi luar untuk pulang mengundi.  Malah, PAS turut memasukkan wang melalui bank terlebih dahulu untuk memastian pengundi tersebut pulang mengundi pada pilihanraya. 

Semua ini telah pun didedahkan berkali-kali dan diakui oleh orang-orang PAS sendiri.  Justeru, bagi PAS untuk mendabik dada sebagai bersih dan tidak bermain politik wang merupakan satu pembohongan dan kemunafikan yang jelas sekali. 

Lagipun, tiada siapa yang akan lupakan gambar Nik Aziz yang tersebar ketika mengagihkan wang kepada orang asli bagi di ambang pilihanraya.  Gambar tersebut akan kekal dalam ingatan dan sejarah politik negara.  Apa yang menarik, Nik Aziz juga tidak menafikan bahawa itu adalah dirinya tetapi hanya mengelak dengan berkata bahawa wang tersebut adalah sedekah dan bukan rasuah. 

Soalnya, kenapakah sedekah diberi kepada satu kawasan yang kontroversi di ambang pilihanraya dan diberi pula kepada kumpulan masyarakat yang tidak begitu terdesak memerlukannya?  Sedangkan begitu ramai lagi rakyat Kelantan yang memerlukan sedekah berbanding mereka itu? 

Jawabnya, kerana PAS adalah parti yang busuk sebusuk-busuknya.  Parti ini menggunakan agama untuk berbohong, memfitnah dan juga untuk merasuah.  Selagi PAS terus membawa pendekatan ini dalam politik, semakin ramailah pengundi yang akan meninggalkan PAS dalam PRU nanti.