Hanya kerana kenyataan tidak prihatin terhadap
wanita hamil, Hannah Yeoh membuat aduan kepada rakyat bahawa beliau telah
diugut bunuh. Begitulah
terdesak dan murahnya politik Speaker DAP yang bergaji lebih tinggi dari
Perdana Menteri ini.
Taktik mewar-warkan berita menerima ugutan
bunuh apabila kehabisan modal membela diri merupakan strategi yang telah
terlalu sering digunakan oleh DAP.
Contohnya, Karpal Singh melaporkan menerima
peluru hidup pada Mei 2008 dan kemudiannya sekali lagi pada Februari
2009. Lim Guan Eng
juga pernah membuat laporan menerima ugutan bunuh pada September
2013.
Skrip ugut bunuh yang paling dramatik pula
tentunya dimenangi oleh Anwar Ibrahim di mana beliau terpaksa mengangkut
berbelas pengawal peribadi untuk ke beberapa majlis pada ketika tertentu. Bagaimanapun, di ketika lain, Anwar
begitu bebas ‘meninjau’ LRT dan juga ke seluruh pelusuk negeri dan negara tanpa
perlu bimbang terhadap keselamatan dirinya. Mungkin
ugutan bunuh terhadap Anwar hanya sah pada dan ketika tertentu sahaja.
Kononnya lagi, ugutan bunuh itu pernah
diperpanjangkan kepada anak dan isteri Anwar juga.
Namun, sehingga hari ini tiada siapapun di
antara mereka ini yang dibunuh.
Dalam kes Hannah, kurang jelas bagaimana
ugutan bunuh dilakukan kerana Hannah tidak membuat laporan polis dan sekadar
membuat laporan akhbar. Dalam
laporan itu pula, Hannah lebih banyak merengek menceritakan bagaimana beliau
dimarahi rakyat kerana tidak prihatin terhadap wanita hamil berbanding
menceritakan secara terperinci tentang ugutan tersebut.
Nampaknya Hannah juga telah ketandusan idea
dan terpaksa meraih simpati dengan mencari publisiti murah, sama seperti
tindakan ‘bos-bosnya’. Jelas,
Hannah tidak cukup bijak untuk memahami bahawa taktik ini sudah basi. Rakyat sudah mual mendengarnya.
Apa ke jadahnya Hannah diugut bunuh hanya
kerana satu kenyataan bodoh? Bukankah
lebih baik membiarkan Hannah hidup untuk dijadikan bahan ketawa?
Dan tindakan Hannah mengadu konon diugut bunuh
membuatkan kita ketawa lebih besar lagi.
Apa yang kita tahu, kerja-kerja mengugut ala
samseng ini adalah kerja DAP. DAP
yang paling galak membela samseng dan penjenayah. DAP yang paling giat menjana
perniagaan gelap yang berkaitan samseng dan penjenayah. Jika benar ada ugutan, maka ia
pastinya kerja dari dalam DAP sendiri. Kita
tidak pernah lupa bagaimana Teoh Beng Hock ‘terpaksa’ mati bagi menyelamatkan
pemimpin DAP.
Kita faham bahawa Hannah sebenarnya buntu
apabila semakin ramai yang memandang serong terhadap Ratu Kristian Evangelis
ini. Bermula dari kenaikan
gajinya yang begitu drastik dan sikapnya mempertahankan kenaikan itu, rakyat
mula meraguinya. Justeru, ramai yang tidak terkejut apabila Hannah
langsung tidak prihatin terhadap wanita hamil apatah lagi apabila yang terlibat
itu adalah Melayu.
Selama ini, seperti juga pemimpin pembangkang
yang lain, Hannah begitu lantang mengkritik kerajaan persekutuan terutama
isteri Perdana Menteri atas tuduhan ‘boros’. Laman
sosial Hannah juga tidak pernah kering dengan sindirian dan kecaman terhadap
kerajaan terutama mengenai ekonomi. Kononnya
kerajaan perlu berjimat cermat dan lebih prihatin terhadap peningkatan kos sara
hidup rakyat.
Namun, dalam keprihatinan Hannah terhadap
rakyat, dengan tidak semena-mena, gajinya pula yang meningkat. Peningkatan itu pula bukan sebanyak
10%-20% tetapi 268%! iaitu dari RM6109.29 kepada RM22,500!
Justeru, tidak hairanlah Hannah terpaksa
menggunakan taktik paling bodoh untuk meraih simpati dan publisiti tahap lelong
dengan mewar-warkan bahawa beliau telah menerima ugutan bunuh. Logiknya, tiada siapa yang perlu
mengugut Hannah kerana beliau langsung tidak signifikan dalam hidup rakyat
Malaysia.
Nasihat kita pada Hannah, carilah cara lain
untuk mencari publisiti kerana cara ini sudah basi.
No comments:
Post a Comment