Panik dengan tindakan para pengikutnya
Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK), Shamsul Iskandar Mohd Akin segera
mengeluarkan kenyataan bagi menyalahkan pihak media kononnya insiden pijak dan
bakar bendar Jepun semalam, bukan dilakukan oleh pihaknya.
Menurutnya kehadiran AMK semalam hanya
untuk menghantar memorandum bantahan kepada pihak kedutaan Jepun sekali
gus meminta penjelasan berhubung keputusan jabatan imigresen negara itu yang
menghalau Ketua Pembangkang, Anwar Ibrahim pulang.
Pegawai imigresen yang bertugas di
Lapangan Terbang Narita sebelum ini telah meminta Anwar agar membatalkan hasrat
untuk memasuki negara Jepun sekali gus mengarahkannya untuk segera meninggalkan
negara itu dengan mengambil penerbangan pertama atau ‘dipaksa’ untuk
dihantar balik.
Mungkin kerana ini membodek Anwar, ahli
parlimen Bukit Katil itu telah menganjurkan satu demonstrasi jalanan yang
dihadiri tidak kurang dari 15 orang. Namun disebabkan demonstrasi yang diadakan
itu tidak mendapat sambutan seperti yang diharapkan, mereka mula bertindak di
luar batasan dengan memijak dan membakar bendera negara Jepun sebagai tanda
protes.
Malangnya tindakan itu akhirnya telah
memakan diri, apabila media Jepun memberikan laporan yang meluas sekali gus
boleh merosakkan hubungan dua hala antara negara.
Ini kerana tindakan tersebut jelas
membuktikan tahap kebodohan Shamsul yang cuba menyalahkan kerajaan Jepun yang
kononnya telah tunduk atas desakan kerajaan Malaysia untuk memalukan Anwar yang
disifatkan sebagai setaraf dengan Perdana Menteri.
Sebagai tindak balas, jurucakap kedutaan
Jepun di Malaysia Tomoko Nagai telah mengeluarkan kenyataan bagi
menerangkan perkara yang sebenar. Menurutnya kegagalan Anwar untuk memasuki
negara matahari itu berpunca dari kesilapannya sendiri kerana tidak
mengemukakan permohonan visa.
Ini kerana, Anwar masih perlu memohon visa
kerana rekod jenayahnya yang lalu walaupun kerajaan Jepun sebelum ini telah
memberi kelonggaran kepada rakyat negara ini supaya tidak lagi menggunakan visa
untuk memasuki negara tersebut.
Tomoko turut menjelaskan, pelepasan yang
diberikan kepada Anwar sebelum ini untuk memasuki Jepun pada 2011 dan 2012
adalah melalui kebenaran khas dan kedatangannya baru-baru ini tidak melalui
proses tersebut.
“Sesiapa yang pernah dipenjarakan sebelum
ini sama ada di Jepun atau negara lain selama setahun atau lebih akan dinafikan
memasuki Jepun.
Berbalik kepada isu pijak dan bendera,
tindakan Shamsul yang juga dikenali sebagai Sam Ketot itu jelas membuktikan
bahawa dia telah bertindak secara melulu dan membabi buta.
Paling menarik, apabila ramai di kalangan
penyokong dan ahli pembangkang yang turut mengecam tindakan bodoh Shamsul itu.
Berikut adalah antara kritikan yang diterimanya.
Gin Marvel · GM "AMAT
TAK BERSETUJU" cara AMK memijak & bakar poster mirip bendera Jepun.
Ini memalukan PKR & PR secara khususnya. Hantar Memorandum Bantahan, YA GM
setuju, tapi jika ini caranya, ia adalah amat memalukan & tak seharusnya
terjadi. Shamsul Iskandar Mohd Akin, sila kembangkan OTAK anda dari badan
anda... Again, kejadian ini amat mendukacitakan....
Mohd
Halim A Rahim ·
Tindakan AMK ini merupakan ketandusan idea Ketuanya, Shamsul Iskandar Mohd
Akin. Sebagai Ahli Parlimen dan Peguam beliau sepatutnya membawa 'isu' ini ke
Parlimen. Kunjungilah Kedutaan Jepun dengan berhemah dan budi bahasa menyatakan
ingin tahu butir terperinci mengapa Anwar dilarang menjejaki bumi Jepun walhal
sebelum ini tiada sebarang larangan.
Tiba-tiba pula kempen jangan beli barangan Jepun. Sungguh tidak wajar dan mengarut sama sekali. Mungkin, tindakan begini menjadi tindakan berani kali terakhir Mohd Shamsul sebelum meninggalkan gelanggang kepemimpinan AMK.
Mohd
Rejab Ahmad ·
Kerja bodoh. Nak hantar memo,hantarlah.Ini sampai pijak-pijak pula bendera
negara orang lain, apa ke jadahnya. Cuba check balik, budak-budak upahan mana
yang dibawa oleh AMK ini. Kalau budak budak hidu gum pun tak akan berkelakuan
macam ini.
Mikami
Angelo Krakov ·
Ini bukanlah cara yang sepatutnya untuk meluahkan ketidak puashati terhadap
tindakan kerajaan Jepun menidakkan Anwar memasuki negara berkenaan. Janganlah
gara2 negara maju, matang dan terbuka seperti Korea Selatan pun memboikot tak
puas hati dengan Jepun dengan main pijak2 dan bakar karikatur pemimpin mereka,
kita di sini pun merasakan itulah tindakan terbaik. Sebab last2 yang rugi
adalah kita dalam keluarga PR juga.. start malam ini sehinggalah bila2 pun, isu
inilah yang akan dimomokan dalam TV3 suku, BernamaBUK, & Utusex..
Apain Soriun · Yang ini saya
amat tak setuju kerana perilaku seperti ini tiada bezanya dengan puak-puak UMNO
dan PERKASA. Gunalah saluran yang betul dan siasat dulu apa puncanya DSAI
dihalang masuk ke Jepun. Apa pun hal ini kena siasat betul-betul kerana mungkin
ada pihak lain yang ambil kesempatan untuk memburuk burukkan parti lawan.
Kesimpulannya Sam Ketot akhirnya sedar
tindakannya untuk membodek Anwar akhirnya telah memakan diri sendiri. Sudahlah
kehadiran peserta amat memalukan, kini dia turut menerima kecaman dan kritikan
dari penyokong sendiri.
No comments:
Post a Comment