Selepas
pilihanraya ke 13, rakyat Malaysia menjadi marah akibat daripada tuduhan demi
tuduhan yang belum lagi terjawab. Walaubagaimanapun, hari demi hari, rakyat
Malaysia telah dikejutkan dengan realiti bahawa cerita fiksyen kononya“Rakyat
Malaysia akan hidup dengan lebih gembira jika Pakatan Rakyat menang” telah lama
hancur.
Sememangnya
kebenaran itu menyakitkan apabila segala macam propaganda dan terma demokrasi
telah digunakan di dalam alam maya untuk mewujudkan satu realiti yang
sememangnya tidak boleh diwujudkan jika Pakatan Rakyat memerintah Malaysia.
Walaupun banyak kelemahan, keinginan rakyat untuk melihat Barisan Nasional
menang di dalam pilihan raya umum adalah lebih selamat daripada Pakatan Rakyat
yang tiada siapa pun tahu keupayaannya.
Komponen
parti Pakatan Rakyat bersatu dan berpecah mengikut isu yang mereka terpaksa
hadapi. Mereka tidak konsisten di dalam perjuangan mereka, dan inilah yang
menjadi tanda aras kepada keupayaan mereka.
Dalam
kontroversi terbaru dimana Datuk Seri Anwar Ibrahim telah dihalang dari
memasuki Jepun, hanya Lim Kit Siang sahaja yang membuat kenyataan diatas
kapasiti beliau sebagai penasihat parti DAP. Parti komponen lain seperti PAS
dan DAP tidak mengeluarkan apa-apa kenyataan. Sehingga hari ini, Ketua
Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim masih enggan memohon maaf diatas tindakan
penyokong beliau yang telah memijak dan membakar bendera Jepun, ini adalah tindakan
yang sangat tidak baik untuk hubungan antarabangsa.
Pada 24 Januari 2013, akhbar nasional berbahasa Inggeris, The Star telah
melaporkan bahawa prinsip Pakatan Rakyat terhadap penggunaan kalimah “Allah”
masih tidak berubah walaupun Majlis Syura PAS telah mengambil keputusan bahawa
ianya tidak boleh digunakan oleh mana-mana penerbitan agama selain Islam.
Walaubagaimanapun, prinsip tersebut hanyalah untu gimik pra pilihanraya umum ke
13. Sungguhpun Pakatan Rakyat telah diberikan mandat untuk memerintah Negeri
Selangor Darul Ehsan, mereka telah menunjukkan sifat sebenar mereka pada awal
bulan Januari apabila mereka tidak mampu untuk menangani isu kalimah “Allah”.
Adakah
ini boleh dikira sebagai pemerintahan yang bertanggungjawab oleh Kerajaan
Negeri Selangor? Nampaknya mereka tidak dapat menjalankan tugas secara efektif
dan lebih mudah bagi mereka untuk menyalahkan orang lain dan mengharapkan
setiap isu yang timbul akan selesai dengan sendirinya. Jika Pakatan Rakyat
tidak mampu untuk menguruskan isu mudah seperti ini, bagaimana jika mereka
memerintah Malaysia?
Ramai yang tidak menyedari bahawa dengan mengundi Pakatan Rakyat pada pilihan
raya umum yang ke 12 dan 13, kini terdapat kekurangan wakil bangsa Cina, India
dan pelbagai lagi golongan etnik di dalam kerajaan. Kelemahan parti etnik yang
berlainan di dalam Barisan Nasional telah menyebabkan kejatuhan sokongan kepada
parti tersebut. Namun begitu, siapa yang benar-benar rugi di dalam perkara ini?
Sudah semestinya rakyat Malaysia. Mereka terlalu asyik untuk menundukkan
kerajaan persekutuan sehingga mereka lupa akan kehancuran yang mereka bawakan
untuk bangsa mereka sendiri.
Jika terdapat golongan yang bermasalah seperti pelajar dan sebagainya, siapakah
yang membantu mereka? Adakah Pakatan Rakyat yang mampu menolong golongan ini?
Dengan tidak memperolehi majority di dalam pilihanrayayang lepas mereka tidak
boleh membantu untuk membuat apa-apa pun. Bekas pemimpin BN yang kalah
bertanding juga tidak mampu membuat apa-apa kerana mandat telah diberikan kepada
Pakatan Rakyat, perkara ini terjadi terutamanya di negeri Pulau Pinang dan
Selangor. Terlalu ramai pemimpin di dalam Pakatan Rakyat yang sehingga kini
belum lagi membuktikan keupayaan mereka untuk menjadi pemimpin. Paling teruk
ialah, Pakatan Rakyat sendiri yang sibuk meniup api perkauman yang semakin lama
semakin memisahkan rakyat Malaysia.
Kepemimpinan Pakatan Rakyat telah mengadakan perjumpaan di Ibupejabat PAS di
Kuala Lumpur pada hari Rabu, 22 Januari 2014 untuk memberikan sokongan penuh
kepada Pakatan Rakyat Johor dalam objektif mereka untuk menjayakan Johor Dream
supaya Johor akan dijadikan negeri barisan hadapan apabila Pakatan Rakyat
bergerak untuk kempen pada PRU ke 14 akan datang. Mereka masih lagi mengimpikan
untuk menawan Putrajaya. Mereka masih belum lagi mencadangkan apa-apa proposal
yang konstruktif contohnya di dalam bidang pendidikan atau menyelesaikan isu
JAIS yang semakin meruncing di dalam negara ini. Apa yang mereka berjaya
lakukan adalah menipu dan terus menipu rakyat dalam usaha mereka menakluki
Putrajaya.
Sebelum PRU13, Anwar asyik bercakap tentang kabinet bayangan dan buku Jingga
yang menjadi kebangaan Pakatan Rakyat. Fakta sebenarnya, Pakatan Rakyat sendiri
tidak faham dan setuju dengan apa yang mereka katakan sebagai polisi pendidikan
mereka. Terlalu banyak isu utama yang mereka tidak selesaikan di dalam 5 tahun
yang lepas, adakah mereka rasa mereka sudah cukup mampu untuk memerintah negara
ini?
Barisan Nasional bukanlah sempurna dalam segala-galanya tetapi semua pemimpin
BN faham akan mekanisma pemerintahan yang baik. Semua pemimpin Barisan Nasional
adalah terdiri dari mereka yang berpengalaman dan ini juga dengan dibantu oleh
pegawai-pegawai kerajaan yang amat terlatih. Hakikatnya BN jauh lebih baik dari
Pakatan Rakyat. Apakah akan dilakukan oleh Pakatan Rakyat sekiranya mereka
memegang tampuk pemerintahan sekiranya mereka memenangi PRU-14 akan datang?
Masyarakat
Segera
Rakyat Malaysia adalah masyarakat segera. Mereka mahu Barisan Nasional
menyediakan penyelesaian segera apabila Barisan Nasional sudah menampilkan
sesuatu polisi. Mereka mahu segalanya segera. Tetapi mereka sanggup menutup
sebelah mata apabila sesuatu polisi yang dibuat oleh kerajaan negeri Pakatan
Rakyat mengubah-ubah pendirian mereka.
Dalam keadaan tidak stabil yang telah disebabkan oleh Pakatan Rakyat akibat
dari kelemahan mereka, tidak mustahil akan terjadi satu perubahan besar pada
PRU-14 akan datang. Kemungkinan Barisan Nasional akan menang dengan lebih besar
lagi. Rakyat Malaysia perlu mempraktikkan kebolehan akal fikiran mereka untuk
memilih satu kumpulan yang lebih baik iaitu Barisan Nasional daripada Pakatan
Rakyat. Adalah lebih baik untuk memilih syaitan yang dikenali (akibat daripada
fitnah Pakatan Rakyat) daripada jatuh kedalam lautan ketidakpastian apabila
Pakatan Rakyat memegang tampuk pemerintahan.
Apa yang pasti adalah, angin perubahan yang ditiupkan adalah tidak sama seperti
selalu. Ada angin yang menjadi taufan yang akhirnya akan menghancurkan, ada
pula angin sepoi-sepoi bahasa yang menyegarkan. Oleh itu rakyat Malaysia perlu
memilih angin mana yang bersesuaian dengan mereka, janganlah memilih angin yang
bakal menghancurkan apa yang selama ini telah dibina oleh nenek moyang kita.
Barisan
Nasional masih lagi pilihan untuk kestabilan, pembangunan dan perpaduan
sekalipun para musuh sedang bekerja keras ingin memastikan kejatuhan kerajaan
Barisan Nasional dan Perdana Menteri Malaysia. Tidak kira apapun penipuan yang
dijual oleh Pakatan Rakyat, kebenaran pasti akan menang.
Selepas
PRU-14, Perdana Menteri Malaysia akan menikmati pemerintahan yang gangguan
dimana ketika itu segala menifesto akan dijalankan dengan lancar. Malaysia
bukan sahaja sebuah masyarakat segera tetapi juga kurang sabar. Lagi radikal
sesuatu menifesto untuk perubahan yang tidak terancang, lagi kuat penolakkan
yang akan dapat kita lihat daripada rakyat Malaysia kepada Pakatan Rakyat.
Keputusannya adalah semakin positif kerana Perdana Menteri Malaysia mempunyai
keberanian untuk mengarahkan perubahan secara berperingkat untuk memajukan Malaysia.
Ini adalah lambang pemerintahan yang berjaya dan berani kerana walaupun disaat
beliau diserang hebat dengan isu-isu hebat dan juga remah (seperti isu
kangkung) beliau masih lagi boleh berdiri dan melakukan perkara yang benar.
Sudah tiba masanya rakyat malaysia memberikan sokongan penuh kepada Kerajaan
Malaysia dan bukannya menghina kerajaan dan pemimpinnya, jangan diikutkan
sangat permainan pembangkang. Dengan sokongan padu yang diberikan kepada
kerajaan persekutuan, perjalanan pemerintahan negara ini boleh diangkat dengan
penuh dedikasi dan kebijaksanaan oleh kita semua.
No comments:
Post a Comment