Sepertimana yang telah dijanjikan oleh
kerajaan, harga kereta kini dijangka akan terus turun antara 20%-30% menjelang
2018. Penurunan ini
membabitkan kereta yang dipasang di dalam negara, sekali gus menggalakan
syarikat automotif membuka kilang pemasangan di negara ini.
Antara pengeluar yang terlibat dan telah
pun mengurangkan harga secara berperingkat ialah Honda Jazz iaitu penurunan
sehingga 17%, Nissan Sentra 13%, Proton Saga 12% dan Perodua Alza
12%. Bagi memastikan
usaha mengurangkan harga kereta berjaya dilaksanakan dengan lebih berkesan,
kerajaan bercadang untuk mengurangkan duti eksais dan juga membenarkan
pengeluar tempatan termasuk dari negara ASEAN, memohon rebat cukai.
Penurunan ini bukan sahaja bakal menjadikan
lebih ramai rakyat akan mampu memiliki kereta tetapi ia juga turut membuka
peluang pekerjaan dan juga perniagaan berkaitan automotif. Ia juga dilihat mampu membawa industri
otomotif negara ke tahap yang lebih tinggi melalui pemindahan teknologi dan
pengetahuan, khususnya dalam segmen Kenderaan Cekap Tenaga (EEV).
Seperti yang dijangka, langkah murni
kerajaan ini hanya dipandang sinis oleh pembangkang yang ‘perasan’ bahawa kerajaan telah menciplak idea
mereka.
Namun, tidak seperti saranan pembangkang,
langkah penurunan harga kereta oleh kerajaan dibuat dengan teliti setelah
mengkaji dari berbagai aspek terutama kesannya terhadap pengeluar kereta
nasional.
Oleh yang demikian, kerajaan bercadang
memastikan lesen pemasangan EEV hanya diberi kepada enjin berkapasiti 1800cc ke
atas dengan harga RM150,000 se-unit agar tidak ‘mengganggu’ pasaran kereta
nasional.
Jelas, kerajaan cukup berhati-hati dengan mengambil tindakan secara
berperingkat-peringkat bagi memastikan matlamat sebenar untuk memudahkan
pengguna dan menjana ekonomi negara tercapai.
Apa yang pasti, tindakan kerajaan
menurunkan harga kereta bukanlah satu tindakan politik untuk bersaing dengan
pembangkang, tetapi merupakan satu langkah yang memandang jauh ke hadapan serta
prihatin dengan realiti kehidupan rakyat.
No comments:
Post a Comment