Ketua Pergerakan Pemuda Umno, Khairy
Jamaluddin menyelar tindakan Ketua Umum PKR, Anwar Ibrahim yang dilihat cuba
mempersendakan sistem demokrasi negara. Menurut Khairy, tindakan PKR yang
sengaja meletakkan jawatan bagi memberi laluan kepada Anwar bertanding adalah
merupakan pendekatan ‘lawak’ dan menyarankan Ketua Pembangkang menobatkan
dirinya sebagai Sultan Melaka.
“Apa punya lawak. Ada baiknya, tabalkan
diri kamu sebagai Sultan Melaka” ujar beliau di laman sosial Twitter.
Menteri Belia dan Sukan itu, sebelum ini
turut menyindir tindakan tersebut ketika merujuk tweet Timbalan Presiden PKR,
Azmin yang mengatakan “zaman kegilaan’. Menurut Khairy “Sekarang saya
benar-benar tahu apa maksudnya” sejurus selepas Menteri Besar Selangor, Abdul
Khalid Ibrahim mengumumkan Anwar telah dipilih untuk mewakili parti itu dalam
pilihan raya kecil (PRK) Dun Kajang.
Manakala bekas calon Timbalan Presiden
PKR, Zaid Ibrahim turut mengecam tindakan tersebut.
“Saya masih tidak jelas kenapa perlu
pilihan raya kecil. Anwar patut buat sesuatu yang berwibawa,” ujarnya.
Paling menarik apabila mantan mufti
Perlis, Datuk Dr Asri Zainul Abidin yang selama ini begitu cenderung mengkritik
kerajaan, turut menghantam pendekatan politik pakatan pembangkang itu. Dia
secara sinis mengatakan tindakan bekas Adun Kajang hanya bertujuan untuk
memberikan laluan kepada kawan-kawan dan menghabiskan duit rakyat.
“Tak ada mana-mana YB nak letak jawatan
lagi ke? Boleh bagi laluan (pada) kawan-kawan. Habiskan lagi duit rakyat.
Pilihan raya kat main-main saja,” tulisnya.
Disebabkan isu perletakan jawatan dan
pilihanraya kecil ini diumumkan, masyarakat turut merasakan ia bukanlah satu
tindakan yang bijak. Tambahan pula ia dilakukan kerana isu perbalahan dan
perebutan jawatan Menteri Besar Selangor yang sebelum ini hangat diperkatakan.
Berikut adalah antara pandangan masyarakat berhubung isu ini.
Mohd
Salihin Nadzari Lantik Anwar bertanding. Anwar ni dah jadi gila
macam Sultan Melaka. Eloklah tu Sultan Melaka lak kahwin dengan Nurul Izzah.
Nanti bolehlah bawa keturunan Sultan Melaka ke Kajang.
Harimau
Malaya II Kenapa
perlu letak jawatan? Kenapa tidak bagi laluan pada Adun Pas sebagai Menteri
besar Selangor? Yakinkah kalau Anwar Ibrahim menang dapat restu Sultan sebagai
Menteri Besar? Semalam Anwar menafikan bertanding di Dun Kajang, hari ini MB
Selangor umum Anwar bertanding. Hari ini Anwar nafikan hendak jadi MB Selangor,
nanti dah menang apa yang berlaku? Apa alasan ADUN Kajang letak jawatan? Sakit
nazak atau dah mati? Kenapa Anwar jadi calon? Tidak ada ke, anak Selangor yang
sesuai jadi calon Dun Kajang?
Harimau
Malaya II KALAU
ADE CALON BEBAS MACAM MANA ?? SALAH BN KA ??? KENAPA ADUN KAJANG LETAK JAWATAN
WALHAL X NAZAK,XSAKIT DAN X MATI ??? APA KENA MENGENA SELANGOR DAN PUTRAJAYA
???? KALAU BN BERTANDING PON BKN BN DPT RAMPAS SELANGOR .. KENAPA HALANG BN
BERTANDING WALHAL MALAYSIA AMALKAN DEMOKRASI ?? SIKIT2 DA NAMPAK
BELANG,KEBODOHAN DAN KETAMAKAN ANWAR ......RENUNGKAN
Triton
Hilux Tak
tahulah apa alasan yg kukuh utk letak jawatan, dulu rakyat dah mengundi dan
menyokong anda, jangan sampai rakyat hilang kepercayaan kepada PR (PKR)
Suzana Elani duk pompang bn
barang naik anwar pkr buat pembaziran hanya krn anwar nak jadi SEORANG ADUN
No comments:
Post a Comment