Thursday, January 2, 2014

Apa di Sebalik Angka 10,000 Peserta Dalam Himpunan Turun?


Himpunan Turun yang gagal dengan jayanya pada 31 Disember lalu kekal dalam lipatan sejarah sebagai satu lagi demonstrasi yang sia-sia. Selain seorang anggota keselamatan dilaporkan cedera, para peserta himpunan pulang dalam keletihan dan keterujaan yang tidak membawa apa-apa makna. Nasib baik kali ini tidak banyak harga awam yang musnah.  

Hasil dari himpunan tersebut hanyalah sampah sarap yang terpaksa dibersihkan oleh pekerja DBKL.   

SSM melaporkan kehadiran sehingga 50,000.  Malaysiakini pula melaporkan hanya 10,000 manakala KiniTV menyebut 7,000.  Pelik sekali apabila Malaysiakini tidak cuba memutarbelit angka menjadi ratusan atau jutaan ribu sepertimana yang sering dilakukan oleh portal itu sebelum ini. 

Bagaimanapun, angka rasmi pihak polis merekodkan 10,000 dengan jumlah sebenar peserta lebih kurang hanya 7,000.  Angka 3,000 lagi adalah termasuk pihak keselamatan, pihak risikan, pemerhati dan pengunjung yang terperangkap dalam himpunan selain para wartawan.   

Seperti biasa, bangsa Melayu mewakili 98% peserta himpunan.  Rata-rata mereka adalah dari golongan muda termasuk mahasiswa.  Topeng Guy Fawkes iaitu seorang pemberontak Kristian ekstrem serta sepanduk-sepanduk ‘bodoh’ seperti ‘turunkan harga, kami nak pakai superbike’ membuktikan betapa kroniknya kebodohan anak-anak muda ini.  Di celah-celah itu, kelihatan para peniaga berbangsa Cina sibuk meraih untung menjual T-Shirt dan topeng kepada para perusuh. 

Dari apa yang berlaku, mungkin tidak salah dikatakan bahawa bangsa inilah juga yang sedang mencatur negara ini dengan menggunakan kuasa ekonomi yang ada pada mereka. 

Oleh itu, kita tidak hairan apabila blog Lim Kit Siang langsung tidak berminat untuk menyentuh isu himpunan ini secara mendalam.  Mereka tahu bahawa sekiranya himpunan ini tidak berjaya menggoyahkan kerajaan, mereka tetap dapat meraih untung melalui perniagaan sampingan.  Sekiranya berjaya menggulingkan kerajaan pula, mereka akan dapat lebih untung apabila DAP menguasai negara melalui boneka mereka dalam PKR dan PAS. 

Apa yang pasti, mereka langsung tidak peduli tentang harga barang yang naik kerana kenaikan harga barang adalah keuntungan bagi peniaga yang majoritinya kaum Cina. 

Justeru, sekiranya kerajaan digulingkan sekali pun, harga barang tidak mungkin turun malah kemungkinan besar akan semakin meningkat apabila monopoli Cina diperkukuhkan melalui dasar kesamarataan total DAP. Namun, itupun jika orang Melayu tidak bangkit menentang DAP.

Tidak ada dalam sejarah moden mana-mana negara yang berjaya menggulingkan pemerintah mampu membina negara yang lebih baik dari sebelumnya.  Semua negara-negara yang telah berjaya menggulingkan pemerintah terus huru-hara atau musnah sama sekali.  

Malaysia juga pastinya akan mengalami nasib yang sama jika mengikut jejak langkah negara-negara itu. 

Hakikatnya, penggulingan kerajaan hanya akan menyebabkan pelabur dan pelancong menarik balik pelaburan dan membatalkan lawatan.  Ramai peniaga akan kerugian, pekerja akan kehilangan kerja dan pengangguran akan meningkat dalam sekelip mata. 

Berdasarkan hakikat ini, kita ingin bertanya kepada puak yang merusuh itu, apakah mereka benar-benar percaya yang harga barang akan dapat diturunkan jika mereka berjaya menggulingkan kerajaan? 

Kerajaan boleh terus memberi penjelasan tentang kenaikan harga barang dan perkembangan ekonomi dunia tetapi apakah budak-budak yang ‘ingin membeli superbike’ tadi mampu memahaminya?  Mereka nampaknya langsung tidak tahu akan tujuan hidup sendiri dan pastinya tidak punya apa-apa perancangan untuk hari esok, apatah lagi masa depan.  Maka, bolehkah kita mengharapkan mereka ini memahami apa-apa? 

Anak-anak muda ini memusuhi kerajaan atas alasan menentang dasar kapitalis. tetapi di masa yang sama, tidak menyedari bahawa merekalah balaci, alat, kuda tunggangan dan anjing kurap pihak kapitalis yang sebenar-benarnya. 

Oleh itu,  sekali lagi kita bertanya, selain sedikit upah, apa yang para perusuh itu dapat selepas berhimpun dan berasak-asak membodohkan diri di mata dunia?  Bangga?  Megah?  Gembira?  Puas hati?  Apa yang mereka banggakan?  Apakah mereka berjaya mencapai apa-apa untuk merasa puas hati? 

Jika masih punya sedikit akal untuk memahami apa yang berlaku, sekurang-kurangnya cubalah memahami angka 7,000 – 10,000 peserta berbanding sasaran 50,000 oleh pihak SSM.  Bandingkan pula angka itu dengan sasaran 1 juta dalam himpunan-himpunan tajaan pembangkang sebelum ini yang terus merosot secara konsisten, dengan jumlah keseluruhan rakyat Malaysia 28 juta.   Apakah maknanya angka-angka ini? 

Untuk pengetahuan para balaci perusuh jalanan sekalian, angka-angka ini membuktikan bahawa Himpunan Turun hanyalah satu lagi demonstrasi yang gagal oleh manusia yang gagal juga (losers)! 

No comments: