Masyarakat pada hari ini secara tiba-tiba
kecoh, memperkatakan mengenai sekeping gambar hiasan dalaman sebuah pesawat
yang dimuatnaik oleh bekas Mufti Perlis, Prof Madya Dato Dr Mohd Asri Zainul
Abidin di dalam laman facebook rasminya. Tidak cukup dengan itu, dia turut
mendakwa hiasan tersebut adalah merupakan gambaran di dalam pesawat baru
yang digunakan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.
"Cantik dan mewah hiasan dalam jet
baru Putrajaya, menurut laporan tahun 2012 kos perjalanan 'Putrajaya' lebih 180
juta... bersyukur negara kita mewah", menurutnya lagi.
Paling menarik, apabila para blogger Umno
membuktikan bahawa gambar tersebut adalah merupakan sekeping gambar palsu, Dr
Asri dengan segara membuat pusingan ‘u-turn’ dengan meletakkan
kesalahan tersebut kepada pengendali (admin) laman sosial beliau. Kononnya
tindakan tersebut dilakukan tanpa merujuk atau mendapat kelulusan dari pihak
beliau sendiri.
Berikut adalah kenyataan yang dikeluarkan
oleh laman sosial rasmi beliau berhubung perkara tersebut:
“ Pihak DrMAZA.com memohon maaf atas
gambar 'hiasan pesawat' kerajaan sebelum ini. Gambar itu sebenarnya dikeluarkan
oleh Malaysia Chronicle. Adapun kos 180 juta tahun 2012 memang laporan
kebanyakan media. Di samping bersyukur atas kekayaan negara, kita juga menunggu
gambar rasmi yang sebenar. Atas sikap adil DrMAZA.com telah menyiarkan jawapan
rasmi Pejabat PMO sebelum ini.”
“ [admin] Pihak Admin memohon maaf
kepada Prof Madya Dato' Dr MAZA (Dr Asri) dan followers page ini atas gambar
yang tidak tepat tentang Jet Putrajaya sebelum ini. Pihak Prof Madya Dato' Dr
MAZA telah mengarah admin menarik balik gambar tersebut dan sudah pun ditarik.
Ada jumlah 180 juta itu adalah bersumberkan laporan berasas. Sesiapa yang ada
gambar sebenar harap dapat bantu pihak admin.”
Di dalam kenyataan di atas, admin beliau
secara jelas menyatakan permohonan maaf terhadap Dr Asri di atas kesilapan yang
dilakukan itu. Dalam erti kata mudah, yang salah adalah admin page tersebut,
dan bukannya Dr Asri sendiri kerana telah dilakukan tanpa pengetahuan dirinya.
Tambah menarik, mungkin kerana ini menjaga
air muka atau maruah Dr Asri sebagai tokoh agamawan yang disegani ramai, dia
ingin mengatakan yang salah hanya gambar, tetapi kenyataan terhadap gambar
tersebut adalah merupakan fakta dari laporan yang berasas.
Sedangkan sekiranya dirujuk kepada
kenyataan media yang dikeluarkan oleh Pejabat Perdana Menteri sebelum ini,
sewaan terhadap pesawat ACJ A320 di antara 1 Februari - 31 Disember
2013 (mungkin itu yang beliau maksudkan dengan jet baru Putrajaya) adalah
disebabkan pesawat sedia terpaksa dihantar untuk urusan penyelenggaraan.
Dalam erti kata lain, sebagai langkah
berjimat-cermat kerajaan hanya menyelenggarakan pesawat-pesawat yang lama agar
boleh digunakan kembali, berbanding membeli pesawat baru bagi digunakan untuk
tugasan rasmi. Namun semua itu tidak dibangkitkan oleh Dr Asri walaupun beliau
merupakan seorang tokoh agama yang disegani.
Mungkin kerana telah dikritik oleh
pelbagai pihak atas tindakan tersebut, barulah pihak admin page tersebut
meletakan kenyataan rasmi dari Pejabat Perdana Menteri, itu pun setelah 2 jam
penyataan maaf itu dikeluarkan.
Namun apa yang mendukacitakan ialah,
sehingga artikel ini ditulis, langsung tiada sebarang permohonan maaf secara
rasmi dari pihak Dr Maza sendiri mahupun admin beliau terhadap Perdana Menteri
selaku orang yang dikaitkan secara langsung dengan fitnah tersebut.
Sedangkan disebabkan gambar tersebut,
pelbagai persepsi, cacian, sindiran dan sebagainya telah dilemparkan kepada
Perdana Menteri. Mereka menuduh kononnya kerajaan tidak prihatin, boros,
membazir dan tidak kurang juga yang mengeji dengan pelbagai kata-kata nista.
Oleh yang demikian, Dr Asri dan pihak
admin yang mengendalikan page tersebut perlu memikul tanggungjawab dengan
memohon maaf secara terbuka kepada Perdana Menteri atas tindakan tersebut dan
bukan hanya kepada followers page tersebut.
Ini kerana perkara tersebut melibatkan 3
pihak secara langsung iaitu, tuan empunya diri (Dr Asri), orang yang tertipu
(followers) dan yang paling penting Perdana Menteri selaku orang yang menerima
kesan terhadap fitnah tersebut.
No comments:
Post a Comment