Saturday, May 28, 2011

Kenapa Menafikan?


Realitinya yang perjuangkan untuk orang-orang Melayu dan pertahankan agama Islam adalah dari kalangan orang-orang UMNO dan juga NGO yang sokong Kerajaan Malaysia. Dah lah susah nak bertungkus lumus nak senangkan rakyat, tetap dituduh menyusahkan rakyat. Aku pun macam tak faham dengan rakyat sekarang ni, dah dapat kemudahan pun masih tak puas lagi. Asyik minta, minta dan minta. Jauh sekali nak ucap terima kasih atas apa yang mereka dapat, malah menyalahkan lagi Kerajaan.

Rakyat di Malasyia ni terlalu manja. Kita tak boleh nafikan Kerajaan yang banyak bantu rakyat dari dulu hingga sekarang. Cuma ada sebahagian rakyat yang tidak mahu memandang budi Kerajaan, yang hanya nampak di mata mereka Kerajaan tidak penuhi apa yang mereka inginkan,  walhal mereka telah nikmati semenjak dilahirkan. Sepatutnya kita bersyukur kerana kita berada di bumi yang sama sekali tidak menindas rakyat. Malangnya ada suara-suara yang menjadi batu api melaga-lagakan rakyat dengan Kerajaan sehingga menutup segala kebaikan dan jasa Kerajaan terhadap rakyat.

Kerajaan yang macam mana lagi yang rakyat mahukan? Adakah Kerajaan yang dipimpin oleh pemimpin yang diragui ketelusan hati budinya untuk memimpin rakyat? Adakah Kerajaan yang diterajui oleh pemimpin yang hanya pentingkan suara sendiri dari suara rakyat dan 24 jam asyik bertikam lidah dalam hal politik tanpa bekerja untuk rakyat? Adakah Kerajaan yang dipimpin oleh pemimpin yang sekadar berpura-pura di depan rakyat, walhal di belakang menggap rakyat adalah bebannya? Adakah Kerajaan yang dipimpin oleh pemimpin yang hanya memberi bantuan sekadar untuk jangka masa pendek lalu meraih nama? Itukah yang kita mahu?

Monday, May 23, 2011

Sultan Selangor Melawat Mangsa Tanah Runtuh Rumah Anak-Anak Yatim dan Anak-Anak Hidayah Madrasah Al-Taqwa


Sultan Selangor Menyampaikan sumbangan RM 5,000.00 kepada Pn Jamiah Din ibu kepada Allahyarham Shahrul Nurimran Adnan - Gambar dari Bernama.
 
23.05.2011, Isnin - Pagi tadi Sultan Selangor, Duli Yang Maha Mulia Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhaj ibni Almarhum Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah Alhaj telah berkenan mengada lawatan ke Rumah Anak-Anak Yatim dan Anak-Anak Hidayah Madrasah Al-Taqwa, Jalan Sungai Semungkis, Kampung Gahal, Batu 14, Hulu Langat yang terlibat dengan trajedi tanah runtuh pada petang Sabtu lepas yang telah mengorbankan 16 nyawa dan 9 orang masih lagi mendapatkan rawatan di hospital.

Dalam lawatan ini Tuanku Sultan telah menyampaikan sumbangan kepada mangsa yang terlibat. Seramai 53 mangsa tanah runtuh dan Rumah Anak-Anak Yatim dan Anak-Anak Hidayah Madrasah Al-Taqwa menerima sumbangan berjumlah RM217,000.00. Daripada jumlah itu, sebanyak RM100,000.00 disalurkan kepada rumah kebajikan berkenaan manakala RM5,000.00 kepada 16 waris yang terkorban dan RM1,000.00 kepada 37 mangsa yang terselamat. Tuanku turut diberikan taklimat oleh Pengarah Kanan Cawangan Cerun, Ibu Pejabat Jabatan Kerja Raya Malaysia, Datuk Ir Ashaari Mohd.

Turut hadir dalam majlis ini adalah Ketua Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor, Dato' Mohd Khusrin Munawis dan Ketua Polis Selangor, Dato' Tun Ihsan Tun Hamzah. Takziah Syah ucapkan kepada keluarga 16 orang yang terkorban dalam trajedi ini dan berharap agar anda semua tabah menghadapi dugaan ini. Mereka yang terkorban adalah :-

  1. Mohd Kamarul Amizan, 11
  2. Nurahimi Rosdi, 14
  3. Dzahir Haziq M. Muin, 11
  4. Ahmad Lokman Hakim, 11
  5. Farid Ibrahim, 34
  6. Mohd Azret Azahari, 8
  7. Wan Ahmad Hasril Hazim, 11
  8. Zahid Assawal Zamri, 19
  9. Mohd Mustakim Mamat, 12
  10. Mohd Naerzein M. Nor,8
  11. Mohd Aiman Abdullah, 10
  12. Shahrul Nurimran Adnan, 9
  13. Mohd Zaid Azahari, 14
  14. Mohd Imal Fahad, 9
  15. Mohd Riezman Abdul Latif, 9
  16. Mohd Hazim Sapri, 10

Al-Fatihah kepada Mangsa-Mangsa Yang Terkorban. Semuga Roh Mereka DiTempatkan Bersama-Sama Orang-Orang Yang Beriman dan Beramal Solleh. AMIN.

Sunday, May 22, 2011

Tanah Runtuh Hulu Langat : Bukan semua penghuni adalah anak yatim.

 
PEKAN, 22 Mei (Bernama) — Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil berkata bukan semua penghuni Rumah Anak Yatim dan Anak Hidayah Madrasah At-Taqwa di Hulu Langat, lokasi kejadian tanah runtuh semalam yang meragut 16 nyawa, adalah anak yatim.
Katanya berdasarkan lawatannya ke lokasi kejadian runtuhan itu semalam, beliau mendapati rumah itu turut beroperasi sebagai tempat pengajian tahfiz dan kem motivasi.
Siasatan awal kementerian mendapati pusat berkenaan tidak berdaftar dengan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), katanya kepada pemberita selepas merasmikan persidangan perwakilan Wanita Umno Bahagian Pekan di sini Ahad.
Sehubungan itu, Shahrizat berkata beliau telah meminta kementerian dan agensi terlibat seperti Kementerian Pelajaran, JKM, dan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) melakukan siasatan segera untuk mengetahui status rumah terbabit dan kebajikan penghuni-penghuninya.
“Pihak tertentu mesti buat siasatan berhubung rumah itu sebab budak tahfiz dan anak yatim tinggal di situ, kem motivasi pun di situ, jadi kita tidak tahu asal-usul kediaman itu,” katanya sambil menyampaikan takziah daripada Wanita Umno kepada waris mangsa yang terkorban dalam bencana alam itu.
Beliau berkata daripada 47 penghuni yang terlibat dengan bencana yang berlaku pada pukul 2.30 petang semalam itu, 27 daripada mereka ditempatkan di pusat pemindahan sementara JKM di mana keluarga atau waris boleh menemui mereka di situ.
Shahrizat berkata sekiranya mana-mana penghuni terbabit disahkan sebagai anak yatim, pihak kementerian akan mengambil tindakan yang sesuai bagi memastikan kebajikan mereka terjaga.
 BERNAMA

---------
Al-Fatihah.

Saturday, May 21, 2011

Gempar! Lebih 20 Anak Yatim Tertimbus Bersama Rumah Dalam kejadian Tanah Runtuh Ulu Langat !

Kira-kira 20 kanak-kanak dikhuatiri tertimbus dalam kejadian tanah runtuh di Rumah Anak-anak Yatim dan Anak-anak Hidayah Madrasah Al-Taqwa di Jalan Sungai Semungkis, Kampung Gahal di Hulu Langat hari ini.

Setakat pukul 5.30 petang ini, lapan daripada mereka telah dikeluarkan daripada runtuhan itu oleh pasukan mencari dan menyelamat yang terdiri daripada Jabatan Bomba dan Penyelamat, polis dan Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM).

Seorang daripada mereka meninggal dunia dan dihantar ke Hospital Ampang untuk bedah siasat manakala tujuh lagi yang cedera dihantar ke Hospital Kajang untuk rawatan.

Difahamkan ketika kejadian kira-kira 2.30 petang tadi, semua kanak-kanak itu sedang berada di dewan makan rumah anak-anak yatim itu. - Bernama




Satu lagi mayat dikeluarkan

HULU LANGAT: Satu lagi mayat kanak-kanak penghuni Rumah Anak-anak Yatim dan Anak-anak Hidayah Madrasah Al-Taqwa di Jalan Sungai Semungkis, Kampung Gahal dikeluarkan dari tapak kejadian tanah runtuh kira-kira jam 6.15 petang tadi.

Walaupun dalam hujan lebat, kerja menyelamat oleh pihak berkuasa masih diteruskan bagi mengeluarkan 15 mangsa yang tertimbus termasuk empat kakitangan pengurusan rumah berkenaan.

Setakat ini, seramai 9 orang telah berjaya dikeluarkan dengan tiga kanak-kanak terkorban dan enam cedera.

Kesemua mangsa dihantar ke hospital untuk rawatan dan bedah siasat.


Berita Harian

Thursday, May 19, 2011

BABI DAN KEHIDUPAN SEHARIAN


Tahukah anda????


Setiap bahagian pada babi ada kegunaannya di dalam kehidupan harian manusia.Banyak produk yang di hasilkan daripada setiap bahagian babi dari bulu,kulit,daging,lemak,organ dalaman,darah,hidung,tulang dan segala-galanya tentang babi.Semuanya boleh digunakan semula untuk menghasilkan produk lain.Ini menjadikan babi adalah ternakan yang paling menguntungkan dengan kos pengurusan yang paling minimum.
Berikut disenaraikan bahagian babi yang digunakan untuk menghasilkan produk lain.


1.Uji kaji senjata kimia:Tisu manusia dan tisu babi mempunyai ciri-ciri yang hampir sama maka
ia sering digunakan sebagai bahan uji kaji untuk senjata kimia.

2.Ais krim:Digunakan untuk menghasilkan gelatin.Tambahan gelatin itu digunakan untuk
mengawal proses penghabluran gula dan melambatkan proses pencairan.

3.Baja:Dihasilkan dari bulu babi yang telah di proses.

4.Mentega rendah lemak:Gelatin di bahagian ini digunakan sebagai tekstur.

5.Bir:Gelatin di bahagian ini digunakan agen penjernih.Ia bertindak balas dengan bahan pahit
dan tanin untuk menyerap elemen yang menyebabkan waran air berkeladak dan
menghasilkan minuman yang jernih.

6.Pelembut pakaian:Asid lemak dari lemak tulang di bahagian ini menghasilkan warna.

7.Berus cat:Dihasilkan daripada bulu babi.

8.Jus buah-buahan:Gelatin digunakan untuk menyerap keladak air dan menghasilkan air yang
jernih.

9.Syampu:Asid lemak daripada lemak tulang digunakan menghasilkan warna syampu yang
berkilat seperti mutiara.

10.Lilin:Asid lemal daripada lemak tulang digunakan untuk mengeraskan lilin dan
mempercepatkannya menjadi cair.

11.Roti:Protein dari bulu babi digunakan untuk melembutkan doh roti.

12.Peluru:Gelatin tulang digunakan di dalam peluru.

13.Ubat berbentuk tablet:Gelatin digunakan sebagai lapisan luaran ubat tablet untuk
menjadikannya lebih keras.

14.Serbuk pencuci:Asid lemak daripada lemak tulang untuk menguatkan campuran bahan kimia.

15.Cat:Asid lemak daripada lemak tulang digunakan untuk menjadikan cat berkilat.

16.Tambourine:Dibuat daripada pundi kencing babi.

17.Arak:Gelatin digunakan sebagai campuran didalam arak untuk menjernihkan air.

18.Kertas:Gelati tulang digunakan untuk meningkatkan tahap kekerasan kertas dan
mengurangkan kelembapannya.

19.Heparin:Bahan yang digunakan untuk menghalang pembekuan darah,ia diambil dari mukus
yang terdapat didalam usus babi.

20.Sabun:Asid lemak daripada tulang babi digunakan sebagai agen pengeras dan pewarna.

21.Gabus:Gelatin tulang digunakan sebagai pembalut.

22.Insulin:Diambil daripada pankreas babi kerana ia mempunyai struktur kimia yang paling
hampir dengan manusia.

23.Yogurt:Kalsium daripada tulang babi digunakan di dalam seesetengah yogurt.

24.Rokok:Hemoglobin daripada darah babi digunakan sebagai filter atau penapis pada rokok
untuk bertindak sebagai paru-paru tiruan.Tujuan untuk menghalang bahan kimia berbahaya
daripada memudaratkan perokok.

25.Filem fotografi:Gelatin tulang babi digunakan sebagai agen pelekat di atas filem itu.

26.Makanan anjing:Hemoglobin digunakan sebagai agen pewarna merah.

27.Terapi Photdynamic:Hemoglobin darah babi digunakan di dalam ubat untuk merawat
kerosakan retina.Ubat itu diaktifkan dengan pancaran laser pada mata.

28.Pelembap:Asid lemak daripada lemak tulang digunakan sebagai campuran di dalam
pelembap.

29.Snek anjing:Dibuat daripada hidung babi yang digoreng.

30.Karyon:Asid lemak digunakan sebagai agen pengeras.

31.Kasut:Gam dari tulang babi digunakan untuk meningkatkan kualiti dan tekstur kulit.

32.Brek kereta api:Abu tulang babi digunakan dalam pembuatan brek itu.

33.Ubat gigi:Gliserin daripada lemak tulang babi digunakan untuk menghasilkan tekstur ubat
gigi yang halus.

34.Gam kayu:Gam yang kuat yang biasa digunakan di dalam industri berasakan kayu dihasilkan
daripada kolagen.

35.Topeng muka kosmetik:Diambil daripada kolagen babi untuk mengurangkan kedut.

36.Sumber tenaga alternatif:Bahan buangan daripada babi digunakan sebagai bahan bakar
untuk menghasilkan tenaga elektrik.

37.Makanan tenaga:Diolah daripada kolagen babi untuk memberikan sumber protein yang
murah kepada atlet bina badan.

38.Krim keju:Gelatin digunakan sebagai penstabil makanan.

39.Ktim putar:Gelatin digunakan untuk membentuk teksturnya.

40.Pemanis:Prosin gelatin babi digunakan sebagai agen pembalut dan mengegel dan untuk
memastikan ia menghasilkan tekstur yang dikehendaki pada liquorice,arak,gula dan gula
getah.



KOD "E"
Bahan-bahan yangmenggunakan gelatin dan lemak babi,mempunyai kod pengenalan tertentu.Jika Eropah bahan pewarna,penstabil,pemanis dan pemekat yang menggunakan sunber daripada babi ditandakan dengan E.Bahan-bahan itu lebih dikenali sebagai kod E yang disertai dengan turutan nombor untuk dikekaskan sebagai pewarna,penstabil,pemekat atau pemanis.
Berikut adalah beberapa bahan yang ditandakan dengan kod E,dikatakan bersumber dari babi.

E120,141,160(A),161,252,300,301,422,430,431,433,435,436,441,470,471,472(A,E),473,474,
475,476,477,481,482,483,491,494,542,570,572,631,635,920.


Menurut Penolong Pengurus,Technology Park Malaysia(TPM),Nor Amin Moh Noor,kebanyakan bahan yang bertanda kod E ini terdapat didalam ais krim,coklat dan makanan ringan yang mudah didapati di pasaran.


Pesannya lagi,bahan yang bertanda kod E ini dikhuatiri mengandungi campuran daripada lemak babi dan haram dimakan.Malah ada juga makanan ringan,coklat dan ais krim yang berjenama terkenal di pasaran mempunyai logo halal tetapi mengandungi bahan bertanda kod E.Berhati-hati ketika membeli makanan yang telah siap dibungkus di pasar raya dan pastikan bahawa ramuan utamanya tidak tercatat kod yang disebutkan di atas.Jika waswas,lebih baik jangan pilih makanan itu.


Sementara itu,menurut sumber JAKIM yang diambil dari portal halal,makanan yang mempunyai ramuan bertanda kod E merupakan kod yang di gunakan di Eropah.Antara bahan yang termasuk di dalam kod E adalah pengawet,penstabil,pemekat,perasa,pewarna dan pemanis.Bahan kod E dibahagikan kepada dua kategori iaitu kritikal dan tidak kritikal.


Bahan yang dikategorikan tidak kritikal adalah bersumber dari bahan kimia dan tumbuhan sebagai contohnya:E100,E110,E120,E140,E141,E210,E213,E214,E216,E234 dan E280.


Manakala bahan yang dikategorikan kritikal pula berkemungkinan besar daripada sumber yang tidak halal dan perlu dikaji asal sumbernya.Antaranya:E153:carbon black,E422:lecithin,E432:polysorbate 20,E433:polysorbate 80,E434:polysorbate 40,E435:polysorbate 60,E436:polysorbate 65,E470,E471,E472,E473,E474,E475, dan E476.



Bagi bahan-bahan kritikal tersebut akan melalui pemeriksaan JAKIM terlebih dahulu sebelum disahkan halal.Pengguna juga diingatkan supaya memilih makanan yang hanya mendapat pengesahan halal JAKIM.
sumber : http://solehahrumanasrar.blogspot.com/2010/11/babi-dan-kehidupan-seharian.html

---------

tu yang teresa kok beriya-iya sangat nak ternak babi tu... esh..esh..eshhh...

Monday, May 16, 2011

KES LIWAT ANWAR IBRAHIM


Ratusan penyokong aljub membanjiri kompleks mahkamah jalan duta, kuala lumpur pagi 16 mei 2011 untuk mendengar keputusan samada aljub  perlu membela diri terhadap tuduhan liwat.

court anwar trial 160511 police and crowd waiting for anwar exit

Kecoh tul bila pemuda PKR bertengkar dengan pihak polis yang membuat sekatan jalan ke perkarangan kompleks mahkamah. Ada antaranya menuntut supaya polis menghentikan sekatan dan mendakwa sebagai pembayar cukai serta berhak untuk masuk ke kawasan berkenaan dengan bebas.

Bila tak dapat masuk apa lagi. Buat bisinglah dengan nyanyian lagu 'ole ole' dengan lirik 'bebas, bebas, bebas, bebas, bebas Anwar, bebas Anwar'.

anwar sodomy trial 160511 support outside court 04
Keadaan semakin hangat apabila Hakim Datuk Mohamad Zabidin Mohd Diah memerintahkan Anwar membela diri terhadap pertuduhan meliwat bekas pembantunya, Mohd Saiful Bukhari Azlan selepas mendapati pihak pendakwaan berjaya membuktikan kes prima facie.

Disebabkan kecewa salah seorang penyokong menjerit kepada kumpulan wartawan TV3 dengan panggilan ‘TV3 suku balik’ dan ‘TV3 lucah’ merujuk kepada tindakan menyiarkan rakaman video seks pemimpin yang didakwa mirip aljub.

Dalam pada itu, pihak polis juga telah menahan seorang lelaki membawa tukul besi diperkarangan mahkamah tersebut, kata OPCD Sentul. Menurutnya lelaki tersebut berpakaian seragam pengawal keselamatan itu mencurigakan pihak berkuasa. Katanya, "Polis agak bimbang. Kejadian berlaku pada jam 9.15 pagi. Lelaki itu dibawa ke balai polis daerah Sentul”.

Penyokong aljub yang datang awal pagi tadi telah berkumpul di masjid kuala lumpur nak tunjukan sokongan mereka kepada ketua pembangkang itu. Mereka berserapan nasi lemak yang dibungkus dengan akhbar utusan malaysia sebgai protes simbolik mengenai peranan akhbar milik Umno yang didakwa menyiarkan pelbagai fitnah dan pembohongan terhadap PR.

court anwar trial 160511 eating nasi lemak 


Penyokong juga menunaikan solat hajat subuh sebelum beredar ke mahkamah. Ada yang datang sejauh dari kawasan kerusi parlimen Anwar di Permatang Pauh dan terdapat juga beberapa bas yang dari Gopeng, Perak.

Anwar, 63, dituduh meliwat bekas pembantunya Mohd Saiful Bukhari, 25, di kondominium Desa Damansara, Bukit Damansara antara pukul 3.01 petang dan 4.30 petang pada 26 Jun, 2008.

Pertuduhan mengikut Seksyen 377B Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara maksimum 20 tahun dan sebatan rotan jika sabit kesalahan.

sumber dari Malaysia Kini.
---------

Aku tak tau apa nak digelarkan lagi kepada penyokong aljub nih. Dia orang ni memang tak nampak apa yang sepatutnya dia orang nampak. Bukan melihat dengan mata tapi dengan mata hati. Kalau lah aljub ni jadi pemerintah alamat malaysia ni jadi negara yang penuh dengan maksiat dan menjadi negara  pengeluar maksiat yang terbesar di dunia.

Aku mohon sangat-sangatlah Allah Subhanahuwata’ala bagi petunjukan yang benar-benar jelas. Aku tak mahu bumi Malaysia ni ditimpa bencana gara-gara menyokong orang yang salah.

Wallahualam bisawab.

Wednesday, May 11, 2011

DAH NAMA MANUSIA, TAK LARI DARI BUAT KESALAHAN...

kita sebagai makhluk yang bernama manusia ini memang tidak lari dari membuat kesalahan ataupun kesilapan. di mana-mana pun pasti ada saja kekalutan yang berlaku yang diakibatkan oleh manusia. walau macamana baik sekalipun, alim atau pun warak memang tidak terlepas melakukan kesalahan tak kira sebesar manapun sekali pun kesalahan itu ianya tetap juga berlaku. adakalanya kesalahan atau kesilapan itu kita sendiri tidak nampak dan tidak sedar sehinggalah ditegur oleh samada keluarga kita, kawan-kawan, para sahabat mahu pun musuh. bukan semua kesalahan tidak boleh diperbetulkan, ianya bergantung kepada pelaku. kadang kala ada yang terlalu ego untuk mengaku kesalahan sendiri, dan liat juga untuk membetulkan kesalahan yang dilakukannya. susah sangat ke nak betulkan kesalahan atau kesilapan yang sudah dibuat tu? kenapa begitu? atau malu untuk mengaku? atau juga terlalu pentingkan diri? selalunya orang akan hormat pada yang sanggup mengaku kesalahan dan cuba untuk perbetulkannya. tak jatuh pun maruah kalau mengaku kesalahan dan sanggup mohon maaf serta cuba memperbetulkannya semula. pokok pangkalnya hati dan niat si pelaku.