Polemik perbalahan antara Timbalan
Presiden PKR, Azmin Ali dan Menteri Besar Selangor, Abdul Khalid Ibrahim
seperti tiada penghujungnya. Terbaru Khalid memaklumkan isu pemecatan Azmin
sebagai ahli lembaga pengarah, Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) kekal
sehingga siasatan lanjutan mengenai diselesaikan.
Khalid melalui kenyataan medianya petang
semalam seperti cuba untuk ‘lepas tangan’ apabila mengatakan
pemecatan Azmin pada 8 Januari lalu telah dilakukan tanpa pengetahuannya.
Bagi menguatkan lagi dakwaan tersebut,
Khalid turut memaklumkan Pengurus Besar Datuk Othman Omar dan Setiausaha
Eksekutif PKNS Norita Mohd Sidek telah dipindahkan ke pejabat Setiausaha
Kerajaan Negeri, Datuk Mohamed Khusrin Munawi dengan serta-merta.
Tindakan itu diambil kononnya untuk
membolehkan siasatan dijalankan sekali gus mengelakkan wujud sebarang campur
tangan yang mungkin boleh mengganggu siasatan.
Paling menarik, Azmin sebelum ini ketika
menjawab tweet yang dihantar oleh salah seorang pengikutnya menyifatkan Khalid
sebagai ‘Mr U-Turn’.
“Hanya Mr. U Turn boleh kata begitu” jelas
Azmin ketika menjawab persoalan berhubung pemecatannya sebagai ahli lembaga
pengarah.
Malah apabila ada salah seorang pengikutnya
mengatakan “hanya di Selangor, Pengurus Besar boleh pecat ahli lembaga
pengarah” dia yang juga merupakan Pengerusi PKR Selangor dengan segera
menjawab “Mr U-turn”. Ia sekali gus menguatkan lagi andaian bahawa
pemecatan dari PKNS adalah merupakan sandiwara Khalid.
Tidak cukup dengan itu, Azmin turut
dilihat menyerang Khalid dengan melabelkan nya sebagai ‘orang tua’dan
bekas Setiausaha Politknya, Faekah Husin sebagai ‘anak dara tua’.
“Tapi ada orang tua yang suka andartu”
sindirnya pula.
Kesimpulannya, Azmin jelas tidak berpuas
hati dengan keputusan ‘suara-suara ghaib’ untuk
menyingkirkannya dari PKNS.
No comments:
Post a Comment