Dalam desakan dan tuntutan penganut Kristian untuk menggunakan
kalimah ‘Allah’ dalam Injil berbahasa Melayu, mereka memakai hujah bahawa semua agama menyembah Tuhan yang
SATU. Oleh itu, kata
mereka, apapun nama rujukan terhadap Tuhan tidak sepatutnya menjadi isu.
Justeru, kita pun tertanya-tanya, kenapa tidak namakan saja Tuhan Kristian sebagai Gautama
Buddha atau Ramayana atau Lim Guan Eng? Bukankah
nama-nama ini lebih relevan dan lebih dekat dengan penganut-penganut Kristian
di Malaysia?
Kalaupun ingin sangat berbunyi Melayu, kenapa tidak diberi nama
Ali atau Abu sahaja? Atau
nama-nama Iban? Atau
cipta saja nama baru. Kenapa
mesti berdegil ingin menggunakan nama yang mampu mencetuskan krisis?
Bukankah mereka juga yang berkata bahawa nama Tuhan bukan satu
isu?
Hujah bahawa semua agama merujuk kepada Tuhan yang satu membawa
maksud penganut Kristian kini percaya bahawa Tuhan itu adalah sama dalam semua
agama, termasuk agama Islam yang menyembah ‘Allah SWT’.
Untuk pengetahuan penganut Kristian, Allah SWT yang disembah oleh
umat Islam adalah tidak beranak dan tidak diperanakkan.
Oleh itu, jika benar Kristian menyembah Tuhan yang sama, maka
mereka secara automatik telah menggugurkan kepercayaan yang menyatakan bahawa
Jesus adalah anak Tuhan.
Nampaknya pihak Kristian perlu mengambil tindakan segera untuk
memperbetulkan kitab Injil mereka yang menyatakan bahawa Jesus adalah anak
Tuhan bagi menepati hujah bahawa mereka turut menyembah Tuhan umat Islam.
Ini kerana mengikut logik, mana mungkin Tuhan yang sama mempunyai
sifat yang berlainan?
Dengan ini, kita mendesak semua padri dan pendakwah Kristian di
Malaysia agar membuat pengumuman rasmi bagi menafikan bahawa Jesus itu adalah
‘Allah’ yang disembah mereka.
Hanya inilah saja jalan penyelesaian bagi memastikan penggunaan
nama Allah dalam kitab Injil Kristian tidak menimbulkan konflik dengan hujah
mereka sendiri dan tidak menimbulkan ketegangan dengan umat Islam.
1 comment:
Thank you for thhis
Post a Comment