Walaupun memegang status sebagai lidah
rasmi sebuah pertubuhan politik yang kononnya memperjuangkan Islam, itu tidak
bermakna mereka bebas untuk menipu pembaca dengan laporan yang boleh
dikategorikan sebagai laporan sampah.
Ini kerana demi untuk menunjukkan kononnya
himpunan #Guling yang diadakan di Dataran Merdeka malam tahun baru yang lalu
mendapat sokongan, mereka sanggup menipu para pembaca fanatik untuk percaya
dengan laporan berita yang disampaikan.
Isu ini berhubung gambar yang dimuatnaik
oleh portal Harakah Daily yang kononnya melaporkan lintas langsung perkara yang
berlaku semasa himpunan #Guling. Dengan menggunakan gambar tersebut, mereka
mendakwa seramai 500,000 peserta demonstrasi telah berhimpun di Dataran sambil
menyifatkan ia satu kejayaan besar terhadap program anak muda.
Namun apabila diselidiki, ternyata gambar
tersebut adalah PALSU!!!!. Ini kerana gambar tersebut memaparkan kehadiran
mereka yang hadir untuk program Gema Takbir Ambang 2014 bersama Azhar Idrus di
Pulau Pinang. Ia berdasarkan kepada laporan media dan blog pembangkang yang
melaporkan mengenai program tersebut.
Sudah mereka cuba menipu dengan melaporkan
gambar yang salah, mereka juga dengan sengaja memberikan maklumat palsu tentang
jumlah kehadiran. Menurut pemerhatian, pemantauan dan analisa yang dilakukan
bermula jam 6.00 petang anggaran kehadiran pada malam itu hanya sekitar 5,000 –
6,000 orang sahaja. Ia termasuklah mereka yang hadir bagi mengikuti acara
sambutan pada malam itu seperti konsert dan persembahan bunga api.
Tidak cukup dengan itu, Harakah turut
mendakwa himpunan yang diadakan itu telah diakhiri dengan nyanyian lagu
negaraku sebagai satu simbolik kononnya mereka yang hadir benar-benar cintakan
negara. Sedangkan secara realitinya, perkara tersebut langsung tidak berlaku
sama sekali.
Malah menurut anggota keselamatan yang
bertugas seperti polis dan penguat kuasa DBKL, para wartawan, pemerhati bebas,
dan sebagainya turut mengakui langsung tiada sebarang nyanyian lagu negaraku
yang berkumandang.
“Saya dan beberapa petugas (media) yang
lain telah diarahkan untuk memantau kawasan padang, tempat di mana Chegu Bard
dan beberapa wakil kumpulan pelajar berucap.
“Namun bermula dari jam 11.30
malam (masa ketika konsert dihentikan, ekoran balingan botol air dan beberapa
objek keras) sehinggalah jam 1.20 pagi (ketika, para peserta demo, mula
bersurai) langsung tidak kedengaran nyanyian lagu negaraku dari kumpulan
tersebut. Saya merasakan ia hanyalah merupakan laporan yang sengaja
diada-adakan”, menurut salah seorang wartawan yang ditemui.
Memang tidak dinafikan, mereka ada
menyanyikan beberapa buah lagu, namun kesemua lagu tersebut adalah merupakan
lagu gubahan sendiri yang mengutuk, menghina, mengecam perdana menteri dan
isterinya.
Kesimpulannya, ini bukanlah kali pertama
mereka menggunakan pendekatan seperti itu. Malah dalam beberapa siri
demonstrasi jalanan yang diadakan mereka turut dilihat dengan sengaja
memberikan angka yang besar berhubung jumlah kehadiran. Sungguh
mengecewakan!!!! Ini kerana sebagai sebuah portal yang kononnya ingin
memperjuangkan keadilan, telus dan bebas mereka secara diam-diam menipu pembaca
setia dengan laporan-laporan sampah.
Malah pendekatan ini juga turut digunakan
oleh jentera parti itu dalam siri kempen ketika pilihan raya kecil Dun Sungai
Limau tidak lama dahulu. Mereka dengan sengaja telah mengubah beberapa keping
gambar bagi menipu pengundi.
No comments:
Post a Comment