Menteri Besar Selangor, Abdul Khalid
Ibrahim akhirnya terpaksa mengakui tiada sebarang kepastian untuknya terus
kekal menerajui kepimpinan negeri sekiranya Anwar Ibrahim berjaya memenangi
kerusi Dun Kajang kelak. Dia yang berkata ketika diwawancara oleh salah sebuah
portal pembangkang hanya mampu mengatakan 50-50.
"Dia (Anwar) boleh cakap 'Saya
perlukan awak' atau 'saya tak perlukan awak,” katanya seperti yang dilaporkan
oleh portal tersebut.
Walau bagaimanapun menurut Khalid ia
bergantung pada keputusan Sultan Selangor sama ada berkenan untuk menerima
sebarang cadangan untuk menukar Menteri Besar atau mengekalkan yang lama. Ini
kerana perlembagaan Selangor menyatakan Sultan mempunyai kuasa istimewa untuk
memilih calon sendiri walaupun calon yang dicadangkan mendapat sokongan Dewan
Undangan Negeri (DUN).
Dalam erti kata sebenarnya memang wujud
cadangan untuk melantik Anwar sebagai Menteri Besar yang baru sekiranya PKR
berjaya mempertahankan kerusi Dun Kajang. Namun sama ada Anwar mampu
merealisasikan impian tersebut atau tidak bergantung pada perkenan Sultan.
Persoalannya ialah sampai bila rakyat
ingin terus diperbodohkan dan ditipu oleh makhluk yang bernama Anwar Ibrahim
ini?
Ini kerana dia yang juga merupakan Ketua
Umum PKR sebelum ini menafikan akan dilantik sebagai Menteri Besar Selangor
yang baru. Menurutnya, segala dakwaan mengenainya adalah spekulasi semata-mata.
"Ianya spekulasi semata-mata dan perkara ini telah berlarutan semenjak tahun 2008," katanya sebelum ini.
Persoalannya ialah, sekiranya benar ia
hanyalah spekulasi semata-mata, apa rasionalnya bekas Adun Kajang, Lee Chin
Cheh meletakkan jawatan? Untuk apa Anwar dipilih untuk bertanding sebagai Adun
di kawasan tersebut? Dan yang paling penting, mengapakah Khalid sendiri seperti
tidak pasti sama ada meneruskan tugasnya sebagai MB atau sebaliknya?
Kesimpulannya, Anwar sudah berada di satu
tahap yang selesa sehingga menyebabkan dia mula merasakan rakyat adalah bodoh
dan mudah terpedaya dengan segala kata yang keluar dari mulutnya. Apa sahaja
yang dilakukan olehnya tidak menjadi hal, kerana yang penting sebaik sahaja dia
membuka mulut semua akan ternganga dan memilih untuk mempercayainya secara
bulat-bulat.
Walaupun dengan menjadikan sistem
demokrasi negara ini seperti ‘sarkis’ Anwar yakin rakyat akan
tetap memilih untuk percaya atau dalam bahasa mudah dikenali sebagai MACAI
(Mempercayai Apasaja Cakap Anwar Ibrahim). Namun apa yang mereka tidak tahu
ialah, Anwar sebenarnya layak di angkat sebagai haiwan politik
(political animal) kerana sering berubah-ubah demi cita-citanya untuk
menjadi orang yang paling berkuasa di negara ini. Seperti kata orang, tak dapat
jadi Perdana Menteri, tapi dapat jadi Menteri Besar pun jadilah.
Berikut adalah di antara penipuan demi
penipuan yang pernah dilakukan oleh makhluk yang bernama Anwar Ibrahim ini:
18.08.2012 – Saya akan bersara sekiranya
Pakatan Rakyat kalah dalam pilihanraya umum dan menumpukan perhatian untuk
menjadi profesor.
07.05.13 – Saya tidak bersara. Pakatan
Rakyat kalah hanya disebabkan oleh bangla (pengundi hantu) dan blackouts.
20.11.2013 – Saya tidak sebut adanya
pengundi dari Bangladesh, itu semua adalah fitnah jahat Umno
27.01.2014 – Saya tidak akan menjadi calon
untuk kerusi Dun Kajang
28.01.2014 – Khalid akan kekal sebagai
Menteri Besar. Saya tidak akan ambil alih jawatan MB.
x.x.2014 – (rasanya ramai yang sudah dapat
meneka ungkapan yang bakal Anwar sebutkan nanti, selepas berjaya menang di Dun
Kajang)
No comments:
Post a Comment