Di saat hampir kesemua pimpinan pakatan rakyat dan kerajaan negeri Selangor
yang menyalahkan Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) di atas tindakan yang
dilakukan sebelum ini, Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) semalam tampil
membuat kenyataan mempertahankan tindakan itu.
Pengerusinya, Datuk Mohamad Adzib Mohd.
Isa berkata, tindakan JAIS itu bukan kerana Bible berkenaan dicetak dalam
bahasa Melayu tetapi atas dasar kalimah Allah digunakan dan perkara tersebut
mengundang kepada satu justifikasi siasatan bagi mengenal pasti sama ada
berlaku kesalahan di bawah Seksyen 9 Enakmen Agama Bukan Islam (Kawalan
Perkembangan di Kalangan Orang Islam) Selangor 1988.
Menteri Besar Selangor, Abdul Khalid
Ibrahim sebelum ini dilihat cuba menyalahkan tindakan itu yang disifatkan tidak
mengikut prosedur yang ditetapkan. Malah dia dalam kenyataan yang dikeluarkan
sebelum ini pernah berkata akan mengambil tindakan terhadap para pegawai
JAIS sekiranya mereka didapati gagal mematuhi prosedur operasi
standard (SOP) yang telah ditetapkan.
“Semakan bagi memastikan pegawai
penguatkuasa Jais mematuhi (prosedur) operasi standard yang telah ditetapkan
dan tindakan sewajarnya akan diambil jika terdapat pelanggaran peraturan atau
kecuaian semasa melakukan rampasan dan serbuan tersebut,” katanya.
Tidak cukup dengan itu, semalam Khalid
turut mengeluarkan arahan dan prosedur SOP yang baharu dengan
mewajibkan JAIS untuk mengadakan perbincangan terlebih dahulu dengan MAIS dan Exco
kerajaan negeri sebelum sebarang tindakan JAIS yang menyentuh sensitiviti
penganut agama lain dilakukan. kononnya untuk mengelakkan perkara yang
sama berulang kembali.
Menurut Mohamad Adzib arahan baharu
Khalid itu hanya akan mengganggu proses siasatan yang sedang dijalankan.
"JAIS juga tidak perlu memaklumkan
kepada mana-mana pihak untuk mengambil sesuatu tindakan pemeriksaan dan
penyiasatan kerana akan mengganggu proses yang hendak dilaksanakan,"
katanya dalam kenyataan di sini hari ini.
Menurutnya, JAIS mempunyai kuasa sama
seperti polis untuk memeriksa dan menyiasat orang bukan Islam mengikut Enakmen
Agama Bukan Islam (Kawalan Perkembangan di Kalangan Orang Islam) Selangor 1988.
Katanya, beliau kesal kerana pelbagai
pihak termasuk media dan Majlis Konsultatif Perpaduan Negara telah melaporkan
fakta tidak tepat sama sekali dan menggambarkan seolah-olah tindakan JAIS
semata-mata kerana cetakan Bible berkenaan dalam versi bahasa Melayu.
"Kenyataan pihak-pihak terbabit tanpa
menyemak fakta sebenar menyebabkan salah tanggapan masyarakat terhadap tindakan
JAIS.
"Tindakan JAIS dilakukan setelah MAIS
mengambil penegasan di dalam mesyuarat bulanan agar jabatan agama itu bertindak
terhadap aduan orang ramai berkaitan kesalahan-kesalahan di bawah Enakmen Agama
Bukan Islam (Kawalan Perkembangan di Kalangan Orang Islam) Selangor 1988 atau
menguatkuasakan undang-undang sedia ada di Selangor," katanya.
Menurut Mohamad Adzib lagi, tindakan JAIS
itu bukan bertujuan menyekat atau campur tangan terhadap kebebasan beragama
oleh penganut-penganut agama lain seperti mana peruntukan Perlembagaan
Persekutuan.
Ini kerana jelasnya, JAIS sekadar
menguatkuasakan undang-undang sedia ada yang telah digubal mengikut Perkara 11
(4) Perlembagaan Persekutuan.
"Oleh itu, tiada kena-mengena dengan
unsur-unsur menyekat kebebasan penganut agama lain daripada melaksanakan amalan
agama mereka. JAIS tidak langsung mengambil tindakan menyekat orang beragama
Kristian melaksanakan upacara keagamaan mereka seperti diperuntukkan dalam
Perlembagaan Persekutuan," ujarnya.
Kesimpulannya ialah, Khalid perlu sedar
walaupun dari segi politik dia memegang jawatan sebagai Menteri Besar dan perlu
memainkan peranan untuk menjaga hati dan perasaan orang bukan Islam khususnya DAP.
Namun di masa yang sama, dia tidak boleh dilihat seperti peguam, kerana isu
tersebut melibatkan kesucian agama Islam.
Tindakan dan sikapnya seperti ‘tunduk
kepada DAP’ berhubung isu ini, hanya akan menimbulkan masalah yang
lebih besar di kalangan masyarakat Islam iaitu murtad.
Ia bukanlah merupakan andaian atau dakwaan semata-mata, ini kerana perkara itu turut diakui sendiri oleh para mubaligh Kristian. Contohnya menurut John Hultvall seorang mubaligh Kristian ‘Mission Covenant Church of Sweden’, walaupun penggunaan kalimah ‘Allah’ dipersoalkan di kalangan penganut-penganut Kristian sendiri, namun mubaligh-mubaligh Kristian sentiasa menggunakannya dalam usaha mereka memurtadkan umat Islam.
Ia bukanlah merupakan andaian atau dakwaan semata-mata, ini kerana perkara itu turut diakui sendiri oleh para mubaligh Kristian. Contohnya menurut John Hultvall seorang mubaligh Kristian ‘Mission Covenant Church of Sweden’, walaupun penggunaan kalimah ‘Allah’ dipersoalkan di kalangan penganut-penganut Kristian sendiri, namun mubaligh-mubaligh Kristian sentiasa menggunakannya dalam usaha mereka memurtadkan umat Islam.
Seterusnya menurut Kevin Greeson, juga
seorang mubaligh Kristian telah menulis sebuah buku bertajuk The Camel:
How Muslims Are Coming to Faith in Christ!. Menurutnya kaedah ‘The
Camel’ telah digunakan untuk menyebarkan agama Kristian kepada orang
Islam dengan menggunakan kalimah ‘Allah’ bagi merujuk
kepada Tuhan agama Kristian.
Dengan kaedah yang terselindung ini, ia
mampu memberi manfaat kepada Kristian kerana penggunaan kalimah ‘Allah’ dapat
digunakan sebagai ‘jambatan’ untuk mendekati serta memurtadkan
umat Islam di seluruh dunia.
No comments:
Post a Comment