Suka atau tidak ramai menjangkakan
pilihanraya kecil DUN Sungai Limau bakal menyaksikan satu persaingan yang
sengit di antara UMNO / Barisan Nasional dan Pas. Bagi pihak UMNO/BN, peluang
ini sudah tentu merupakan satu peluang keemasan bagi merampas kerusi Sungai
Limau bagi mengukuhkan kuasa politik di Kedah.
Manakala bagi Pas, ia adalah merupakan
kerusi yang WAJIB di pertahankan kerana ia adalah maruah buat
parti itu yang kebelakangan ini dilihat semakin hilang pengaruh di kalangan
orang Melayu Islam.
Tambahan pula, Pas secara jelas mengatakan
pendirian parti itu untuk membenarkan orang bukan Islam menggunakan kalimah
Allah. Sedangkan isu tersebut dilihat penting kerana mereka sedar antara sebab
utama Kristian mahu menggunakan kalimah Allah di dalam Bible ialah untuk
mengelirukan masyarakat.
Dari satu sudut pula, ramai di kalangan
pengikut Pas merasakan ia adalah merupakan antara peluang keemasan untuk ‘membunuh’ sekali
gus menyingkirkan terus pengaruh politik Timbalan Presiden Pas, Mohamad Sabu di
Kedah.
Ini kerana rata-rata di kalangan mereka
mengetahui pendirian Mat Sabu terhadap ajaran sesat Syiah. Malah ia juga adalah
merupakan sebab utama pemimpin no 2 Pas itu kecundang di Pendang pada pilihan
raya umum yang lalu.
Walaupun Mat Sabu berulang kali cuba
menafikan, bahawa dirinya adalah bukan merupakan penganut agama sesat Syiah.
Namun isu tersebut dilihat telah menyebabkan parti yang kononnya memperjuangkan
Islam itu semakin ditolak oleh masyarakat Islam khususnya di Kedah yang
berpegang kuat kepada fahaman Ahli Sunah Wal Jemaah.
Tambahan pula, ada di kalangan pemimpin
dan ahli Pas sendiri yang pernah mendedahkan penglibatan secara langsung Mat
Sabu dengan agama sesat Syiah.
Lebih mengejutkan, menurut sumber dalaman
parti itu sudah ada desas-desus yang mengatakan Pas bakal kecundang di PRK
Sungai Limau. Ini kerana menurut sumber tersebut, ada beberapa jentera di
peringkat negeri yang telah memberikan pelbagai alasan untuk mengelak dan
menyatakan hasrat untuk tidak terlibat bagi membantu jentera Pas Kedah dalam
PRK kali ini
Antaranya Kelantan, Terengganu dan Pahang.
Sebagai contohnya jentera Kelantan mengatakan mereka lebih berminat untuk
mempromosikan Menteri Besar Kelantan yang baru, kerana dikatakan telah menjadi
sasaran serangan pihak yang tidak bertanggungjawab.
Tambahan pula, Timbalan Menteri Besar
Kelantan, Datuk Mohd. Amar Abdullah dikatakan bakal menawarkan diri untuk
bertanding merebut jawatan tertinggi Pas dalam pemilihan parti itu yang kini
disandang oleh Mat Sabu.
Jentera Terengganu pula dikatakan sangat membenci Mat Sabu kerana sering dikaitkan dengan Syiah. Manakala jentera Pahang dikatakan enggan memberikan sokongan kerana tidak mahu melihat Mat Sabu terus mendominasi Pas sekali gus membawa parti itu ke arah kehancuran.
Mereka dikatakan lebih berhasrat untuk
mengangkat Ketua Penerangan Pas, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man yang dilihat lebih
layak digandingkan dengan Presiden Pas bagi memimpin parti itu ke landasan
Islam yang sebenarnya.
Pada pemilihan parti yang lalu, Mat Sabu
berjaya merampas jawatan Timbalan Presiden apabila undi golongan ulama berpecah
selepas persaingan turut menyaksikan 'pertembungan' dua ulama iaitu
Nasharudin Mat Isa dan Tuan Ibrahim Tuan Man.
Kesimpulannya PRK Sungai Limau ini adalah
merupakan medan yang terbaik untuk menyingkirkan Mat Sabu dari saf kepimpinan
parti. Atau dalam bahasa mudah, calon Pas, Sungai Limau terpaksa di
korbankan bagi ‘menguburkan’ karier politik
pengikut SYIAH TEGAR.
No comments:
Post a Comment