Baru-baru
ini, Ketua Penerangan PAS pusat, Tuan Ibrahim Tuan Man telah membuat satu
kenyataan berbaur penghinaan terhadap kaum ibu. Kenyataan yang dibuat semasa
Muktamar Tahunan Dewan Muslimat PAS Pahang yang ke 25 itu benar-benar
meletakkan kesalahan dikalangan kaum ibu sahaja di dalam mendidik anak di dalam
keluarga.
“Pentingnya peranan muslimat ialah
mengambil berat tentang ibu-ibu tunggal. Ingat, kebiasaannya anak-anak akan
dipengaruhi ibu. Umpamanya isteri Nabi Nuh tidak beriman, anaknya juga tidak
beriman. Begitu juga dengan isteri Nabi Lut yang tak beriman, dituruti oleh
anaknya.”-Tuan Ibrahim Tuan Man (Ketua Penerangan PAS Pusat).
Seolah-olah meletakkan segala tanggungjawab diatas
bahu gologan ibu, Tuan Ibrahim nampaknya terlupa bahwa institusi kekeluargaan
itu harus dicorakkan oleh kesemua ahli keluarga dan tidak tertakluk kepada ibu
sahaja. Lantas kenyataan yang dikeluarkan oleh Tuan Ibrahim itu bertentangan
dengan prinsip kekeluargaan di dalam Islam. Bukannya kesemua tanggungjawab
diletakkan dibahu ibu sahaja.
Dengan menggunakan analogi ‘isteri nabi-nabi
terdahulu sesat, maka anak-anak mereka akan sesat” adalah satu penghinaan bukan
sahaja kepada golongan ibu di dunia ini, tetapi juga satu penghinaan kepada
golongan nabi, kerana ia seperti merendah-rendahkan martabat nabi kononya tidak
berupaya mendidik isteri-isteri mereka untuk taat kepada perintah Allah.
Tuan Ibrahim Tuan Man perlu sedar bahawa kenyataan
beliau benar-benar menampakkan kecetekkan akal fikirannya berkenaan sejarah dan
pengamalan Islam di dalam kehidupan manusia. Beliau harus bertaubat kerana
kenyataan yang dikeluarkan oleh beliau adalah berunsur kufur yakni menolak
kemuliaan para nabi yang terdahulu.
Sebagai seorang muslim, kita perlu sedar bahawa ibu
bukan sahaja memikul tanggunjawab yang sangat besar, tetapi golongan ini juga
sangat-sangat dimuliakan di dalam Islam. Hatta Rasulullah sendiri pernah telah menyatakan sendiri melalui banyak hadis
berkenaan darjat dan ketinggian status seorang ibu.
عَنْ أَبِيْ هُرَيْرَةَ رَضِيَ اللهُ عَنْهُ قَالَ جَاءَ رَجُلٌ إِلَى
رَسُوْلِ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ فَقَالَ :يَا رَسُوْلَ اللهِ،
مَنْ أَحَقُّ النَّاسِ بِحُسْنِ صَحَابَتِي؟ قَالَ أُمُّكَ، قَالَ ثُمَّ مَنْ؟
قَالَ أُمُّكَ، قَالَ ثُمَّ مَنْ؟ قَالَ أُمُّكَ، قَالَ ثُمَّ مَنْ، قَالَ
أَبُوْكَ
Di dalam Al-Quran juga tertulis tentang peranan dan kepayahan yang dihadapi oleh seorang wanita bergelar ibu, untuk memastikan kesinambungan zuriat manusia di muka bumi ini. Allah mengangkat darjat wanita dan kaum ibu agar kaum itu dipandang mulia di dunia dan juga di akhirat. Keperitan tanggungjawab seorang ibu dijelaskan di dalam surah Luqman ayat ke 14
وَوَصَّيْنَا الْإِنسَانَ بِوَالِدَيْهِ
حَمَلَتْهُ أُمُّهُ وَهْناً عَلَى وَهْنٍ وَفِصَالُهُ فِي عَامَيْنِ أَنِ اشْكُرْ
لِي وَلِوَالِدَيْكَ إِلَيَّ الْمَصِيرُ
“Dan Kami perintahkan kepada manusia
(berbuat baik) kepada dua orang ibu-bapanya; ibunya telah mengandungnya dalam
keadaan lemah yang bertambah-tambah, dan menyapihnya dalam dua tahun .
Bersyukurlah kepadaKu dan kepada dua orang ibu bapakmu, hanya kepada-Kulah
kembalimu.” (Qs. Luqman : 14)
Oleh itu, apakah
natijahnya Tuan Ibrahim Tuan Man, menyifatkan bahawa didikan ibu adalah punca
kepada kesombongan anak-anak nabi yang terdahulu. Adakah Tuan Ibrahim merasakan
bahawa para nabi yang telah dilantik oleh Allah telah gagal melaksanakan tugas
mereka di muka bumi ini? Kesimpulannya, Tuan Ibrahim perlu bertaubat kepada
Allah dan segera bermuhasabah diri. Kesilapan seperti ini tidak patut berlaku
di dalam sebuah parti yang kononya memperjuangkan Islam.
No comments:
Post a Comment