Hairan bin Ajaib! Walaupun hari berkempen
sudah memasuki ke hari ke-7, namun sehingga kini tiada satu pun poster
Mursyidul Am Pas, Nik Abdul Aziz Nik Mat yang kelihatan di sekitar kawasan
Sungai Limau.
Berbanding sebelum ini, Nik Aziz sering
dijadikan sebagai modal utama kempen bagi menarik sokongan pengundi yang
dikatakan menghormatinya sebagai seorang ulama.
Tambah memelikkan apabila, kelibat Nik
Aziz langsung tidak kelihatan atau setidak-tidaknya hadir untuk memberikan
tazkirah di masjid atau surau. Apa sudah jadi? Nampaknya selepas Nik Aziz
digugurkan dari jawatan Menteri Besar Kelantan, khidmat dan auranya turut
hilang.
Lebih menyedihkan, khidmatnya sebagai
penceramah juga langsung tidak diperlukan oleh jentera Pas Kedah, walaupun
pemerhati politik merasakan parti itu bakal berdepan dengan laluan sukar bagi
mempertahankan kerusi Dun di Sungai Limau.
Malah melalui sembang-sembang di kedai
kopi, ada yang mengatakan Nik pada ketika ini sedang sakit tenat dan sukar
untuk dibawa ke Sungai Limau bagi membantu jentera kempen.
Tidak kurang juga, ada yang mengatakan
bekas Menteri Besar Kelantan itu tidak bersetuju dengan pemilihan Azam Samad
sebagai calon Pas. Ini kerana Azam dikatakan bakal dijadikan sebagai boneka
kumpulan liberal di dalam parti itu sekiranya menang sekali gus bakal menjadi
kumpulan penentang terhadap kelompok pimpinan ulama Pas.
Walau bagaimanapun, dalam banyak isu yang
dibangkitkan terdapat satu isu yang agak menarik untuk dikongsikan. Iaitu
penolakan secara total oleh jentera Pas Kedah khususnya di Sungai Limau
terhadap kehadiran Nik Aziz.
Ini kerana rata-rata di kalangan mereka
dikatakan sangat terkesan dengan tindakan Nik Aziz yang dilihat menyebelahi
Phahrolrazi dan Mahfuz. Malah Nik Aziz juga dikatakan langsung tidak membela
Azizan ketika belaiu dijadikan sebagai sasaran oleh para pengikut Pas kerana
dikatakan ‘Mesra BN’.
Sikap berdiam diri itu, akhirnya telah
menimbulkan rasa tidak puas hati dikalangan pengikut Azizan yang merasakan tindakan
berdiam diri Nik Aziz itu telah menyebabkan keadaan menjadi semakin buruk
dengan pelbagai fitnah dan cacian. Sedangkan sebagai seroang Musyidul Am, Nik
Aziz sepatutnya mengambil pendekatan untuk menenteramkan suasana.
Disebabkan itu, ada yang mengatakan Nik
Aziz telah dinasihatkan agar tidak turun ke Sungai Limau bagi mengelakkan
jentera Pas kawasan Jerai mengambil pendekatan boikot.
Selain dari Nik Aziz, turut menjadi tanda
tanya ialah treler Pas yang digunakan ketika pilihanraya umum yang lalu.
Sekiranya sebelum ini mereka begitu berbangga dengan kehadiran treler yang
dikatakan canggih itu terutama ketika program-program ceramah. Namun ketika
kempen PRK di Sungai Limau ini jangankan treler, kereta sorong pun tak nampak
bayang.
Kesimpulannya, PRK Sungai Limau ini telah
menyebabkan Nik Aziz tidak lagi dianggap relevan sebagai umpan atau model yang
boleh membantu kemenangan calon parti. Nampaknya gambar Nik Aziz menangis itu,
amat sesuai dengan keadaannya pada ketika ini yang tidak ubah seperti kereta
sorong buruk
No comments:
Post a Comment