World Economic Forum (WEF) baru-baru ini melaporkan bahawa
Malaysia mempunyai ramai pekerja mahir tetapi memilih untuk ‘lari’ ke
Singapura. Antara alasannya
ialah 1. tarikan pendapatan
yang lebih tinggi di sana serta 2. Hak
Keistimewaan Bumiputera telah menghalang mereka untuk berjaya di negara
ini.
Secara dasarnya, pendapatan yang tinggi di Singapura bukanlah
alasan yang kuat sehingga menyebabkan pekerja mahir negara ini untuk lari ke
sana. Ini kerana kos sara
hidup di Singapura juga begitu tinggi berbanding negara ini, dan kita tidak
perlukan seorang pakar untuk memberitahu kita perkara ini.
Bagaimanapun, yang menarik perhatian kita ialah hujah yang kedua
iaitu Hak Keistimewaan Bumiputera telah menghalang pekerja mahir (baca: kaum Cina) untuk berjaya di Malaysia
sehingga memaksa ramai dari mereka ‘lari’ ke Singapura. Benarkah?
Malangnya, laporan WEF itu tidak pula menjelaskan atau memberikan
bukti ataupun teori tentang bagaimana Hak Istimewa Bumiputera telah menutup
peluang pekerjaan dan pendapatan yang baik untuk kaum Cina di Malaysia.
Mengikut Sumber Maklumat Pendatang Asing Singapura 2011 yang
dirujuk dari Jabatan Statistik Negara
itu, secara keseluruhannya, jumlah pendatang asing di Singapura telah meningkat
dari 18.1% pada tahun 2000 kepada 22.8% pada tahun 2010 dengan majoritinya,
386,000 adalah dari Malaysia, manakala 175,200 dari China, Hong Kong dan Macau,
123,500 dari Asia Selatan, 54,400 dari Indonesia dan 90,100 dari lain-lain
negara Asia.
Menurut laporan tersebut lagi, peningkatan jumlah
pendatang/pekerja asing adalah kerana polisi negara itu yang sememangnya
bertujuan untuk menarik ramai tenaga kerja asing.
Pada tahun 2010, terdapat lebih 1,088,600 pekerja asing atau 34.7%
dari jumlah pekerja negara itu dari berberbagai sektor. Dari jumlah itu pula,
dianggarkan 240,000 adalah pekerja mahir yang rata-ratanya dari Malaysia dan
China selain India dan beberapa negara maju lain.
Justeru, benarlah laporan WEF bahawa ramai dari pekerja mahir
(kaum Cina) Malaysia telah ‘lari’ ke Singapura.
Namun, kita ragui yang ia adalah berpunca
dari Hak Istimewa Bumiputera. Ini
kerana Rekod menunjukkan bahawa yang menguasai ekonomi Malaysia hari ini adalah
kaum Cina, bukan Bumiputera.
Dan fakta ini dengan sendirinya menafikan yang kaum Cina terhalang
atau kehilangan peluang untuk bekerja atau meningkatkan diri di Malaysia
sehingga terpaksa lari ke negara lain.
Hakikatnya, ‘hak istimewa
bumiputera’ hanya berfungsi mempertahankan apa yang dimiliki oleh bumiputera,
bukan merampas hak orang lain.
Apa yang berlaku ialah dasar Singapura yang memberi keutamaan
kepada pekerja asing terlalu ‘menarik’ untuk ditolak oleh kaum Cina di
Malaysia. Dengan faktor logistik
dan struktur sosial negara itu yang begitu ‘dekat’ dengan mereka, tidak
hairanlah ia menjadi destinasi pilihan bagi para pekerja mahir dan muda, untuk
mencari pendapatan lebih dan juga pengalaman luas di sana.
Apa yang menarik ialah, Singapura mengutamakan pekerja asing bagi
menampung masalah yang sama dengan Malaysia iaitu, pekerja mahir negara itu gemar ‘lari’ ke negara lain
untuk bekerja.
Laporan statistik Singapura menunjukkan semakin ramai rakyat
Singapura yang berhijrah keluar negara saban tahun – atas sebab yang sama,
iaitu mencari pendapatan yang lebih dan pengalaman yang luas.
Pada bulan Jun 2011, dianggarkan 193,300 rakyat Singapura telah
berhijrah dan destinasi yang paling diminati ialah Australia (50,000), Britain
(40,000), Amerika (20,000) dan China (20,000). Mereka kebanyakannya adalah
pekerja-pekerja mahir dalam bidang perbankkan, teknologi maklumat, perubatan,
kejuruteraan dan sains dan teknologi.
Secara purata, sejumlah 1,200 graduan Singapura memohon untuk
menjadi warganegara lain setiap tahun. Pada
tahun 2010, sekurang-kurangnya 1,000 warga itu akan memohon ‘sijil pengesahan
tiada kesalahan jenayah’ iaitu salah satu syarat untuk berhijrah keluar
negara. Malah, dalam satu kajian melibatkan anak muda Singapura, adalah
didapati bahawa lebih separuh dari mereka menyatakan akan meninggalkan negara
itu jika berpeluang.
Dilaporkan juga bahawa trend penghijrahan ini sebenarnya amat
membimbangkan kerajaan Singapura.
Dan di sinilah terletaknya kunci perbahasan ini iaitu: Singapura
tidak memberikan ‘hak istimewa’ kepada sesiapa tetapi, kaum Cina di kalangan pekerja mahir di Singapura
tetap ingin meninggalkan negara itu sama seperti kaum Cina di negara ini
juga.
Sedangkan, sama ada di Malaysia, atau di Singapura, kaum Cinalah
yang menguasai ekonomi. Mereka
juga cukup terkenal dengan sikap mendiskriminasi kaum lain secara halus dan
licik bagi memastikan hanya kaum mereka sahaja yang memegang jawatan tinggi dan
gaji yang tinggi. Malah,
kaum Cinalah yang menghalang kaum-kaum lain dari kalangan pekerja mahir untuk
mendapat jawatan dan gaji yang baik selaras dengan kelayakan
dimiliki. Oleh itu, hujah bahawa kemajuan dan peluang mereka
terhalang kerana Hak Istimewa Bumiputera adalah sesuatu yang mengarut sama sekali.
Bukti diskriminasi kaum
Cina terhadap kaum lain boleh dilayari sendiri di laman-laman web di mana jika
dicari ‘Malay discrimination in Singapore’ anda akan berjumpa beberapa
‘testimoni’ dan juga thesis atau kajian dari berbagai pihak mengenainya,
termasuk akuan dari kaum Cina Singapura sendiri.
Jelas, Hak Istimewa Bumiputera tidak pernah menghalang mana-mana
pekerja mahir dari mana-mana kaum untuk maju di negara ini. Alasan utama rakyat Malaysia memilih
untuk bekerja di Singapura adalah kerana gabungan faktor pendapatan dan
logistik di mana mereka boleh menikmati gaji yang tinggi di sana tetapi di masa
yang sama mengelak dari kos sara hidup yang tinggi dengan membeli-belah di
sini.
Selebihnya masalah ini adalah berpunca dari faktor sikap
semulajadi yang tidak punya rasa taat setia pada negara. Nampaknya, baik kaum Cina di Malaysia
ataupun Singapura sering mengimpikan untuk berhijrah terutama ke negara-negara
‘mat salleh’.
Kesimpulannya, WEF telah memperkatakan permasalahan Malaysia
mengenai pekerja mahir dari sudut yang sempit iaitu dari kacamata kaum Cina
sahaja.
WEF seharusnya menjalankan kajian yang lebih menyeluruh sebelum
membuat kesimpulan. Kajian itu wajar mengambilkira ‘sikap’ dan juga
keseluruhan latarbelakang termasuk senario semasa. Kajian yang tidak lengkap akan membawa
kepada dapatan yang tidak tepat dan akhirnya tidak mampu membantu menyelesaikan
masalah.
Lebih buruk, ia mungkin akan menambahkan lagi masalah sedia ada
iaitu diskriminasi terhadap kaum majoriti dalam aktiviti ekonomi dan juga
polarisasi kaum yang semakin meruncing di Malaysia.
1 comment:
People keep on telling that Malaysian Chinese are smarter and far more better than the Malay, Indian or any Race in Malaysia just because they rich?.
Post a Comment