Namun sehingga ke pagi ini, tiada satu pun
gambar mahupun poster Mursyidul Am Pas, Nik Aziz Nik Mat yang kelihatan di
sepanjang kawasan Sungai Limau. Tidak seperti kempen pilihanraya sebelum ini,
jentera Pas sentiasa menjadikan Nik Aziz sebagai umpan untuk memancing
pengundi.
Contohnya poster yang paling popular, Nik
Aziz Menangis yang sering dijaja bagi menagih simpati pengundi. Tidak cukup
dengan itu, DAP yang terkenal dengan sikap anti-Islam dan chauvinist, turut
menggunakan Nik Aziz sebagai model pilihan raya.
Inilah pendekatan pembangkang yang
dinamakan ‘matlamat menghalalkan cara’. Pada mereka di dalam
politik tidak ada istilah haram yang mutlak kerana jika haram sekalipun ia
boleh dihalalkan dengan mengubah packaging(bungkusan), jenama atau label. Untuk
lebih meyakinkan ditampal dengan label halal walaupun kandungannya haram.
Mereka yang menentang Islam pun boleh
memakai sarung, kulit atau jersi parti Islam janji menang pilihan raya, apabila
beroleh kuasa kelak golongan inilah yang akan meratah Islam sehingga ke tulang
belulang.
Berbalik kepada isu tadi, yang paling
menarik, ada pihak di dalam kem pembangkang mengatakan ini adalah merupakan
satu konspirasi terancang antara Naib Presiden Pas, Mahfuz Omar dengan Menteri
Besar Kelantan, Datuk Ahmad Yakob untuk menyingkirkan Nik Aziz.
Ini kerana mereka dikatakan mula tidak
selesa dengan pendekatan Nik Aziz yang sering campur tangan dalam urusan parti
dan kerajaan. Malah walaupun tidak lagi menjawat jawatan MB, Nik Aziz dikatakan
masih cukup berkuasa berbanding Ahmad Yakob. Atas sebab itu, satu gerakan
terpaksa dilakukan untuk mengubah keadaan tersebut.
Paling memeranjatkan Nik Aziz juga
dikatakan tidak beberapa bersetuju dengan calon yang diturunkan untuk mewakili
parti itu di dalam PRK kali ini. Ini kerana calon yang diketengahkan bukan dari
kumpulan ulamak dan yang paling penting dia dikatakan turut menganuti fahaman
sesat Syiah.
Sebagai tanda protes, Nik Aziz dikatakan
enggan hadir di sepanjang tempoh berkempen ini sebagai salah cara untuk beliau
menzahirkan rasa tidak puas atas kerakusan mereka mengejar kuasa.
Malah tindakan Pas Jerai untuk tidak
menggunakan gambar poster Nik Aziz, juga dikatakan sebagai tindak balas atas
sikap yang ditunjukkan oleh mantan MB Kelantan itu. Tidak cukup dengan itu,
mereka juga dikatakan mula menyebarkan cerita, kononnya mantan MB Kelantan itu
sedang berada dalam keadaan yang uzur dan nazak.
Mereka turut mengatakan Nik Aziz juga
sudah mula ‘dipakaikan pampers’ bagi menunjukkan kononnya Nik
Aziz sedang benar-benar uzur. Nampaknya gayanya, semakin hari politik Pas
semakin kotor dan menjijikkan.
Tahniah kepada puak Endorgan Pas, ANDA
SEMUA TELAH BERJAYA MENJADIKAN PAS SEBUAH PARTI YANG LIBERAL SEPERTI FAHAMAN
KOMUNIS.
No comments:
Post a Comment