Mungkinkah Pemilihan semula CEC DAP yang berlangsung pada 29
September yang lalu telah ditimpa ‘karma’ kerana parti itu begitu keterlaluan
dalam menuduh dan memfitnah orang lain?
Selama ini, DAP begitu lantang menghentam dan mengecam SPR serta
kerajaan BN mengenai sistem pilihanraya. Seluruh tenaga kerja DAP
digunakan untuk membentuk persepsi bahawa BN dan SPR itu bersekongkol, bahawa
semuanya yang berkaitan kerajaan dan Malaysia adalah korup dan
kotor. Pilihanraya
yang lepas dicop sebagai pilihanraya paling tidak bersih dan rakyat dihasut
agar berdemonstrasi menolak keputusannya.
Fitnah dirancang dan disebar konon terdapat peti-peti undi yang
hilang dan ditukar. Konon
terdapat gangguan bekalan elektrik dan pengundi hantu yang berpuluh-puluh
ribu. Konon kes dakwat yang
tidak kekal adalah bukti bahawa terdapat penipuan. Konon PR sepatutnya menang
berdasarkan undi popular, dan bermacam-macam konon lagi.
Namun, semua tuduhan ini tidak mampu membuktikan yang
pilihanraya tidak telus. Tiada
kes mengundi dua kali atau dihalang mengundi atas sebab dakwat tidak kekal dan
tiada seorang pun dari 40,000 pengundi hantu dapat dikesan. Malah, kemudiannya terdapat
pemimpin-pemimpin PR sendiri yang tampil menafikan terdapat gangguan bekalan
elektrik di kawasan yang dikatakan terlibat.
Semua kekalutan ini bagaimana pun terbukti sebagai membuang
‘karan’ saja apabila pemimpin PR akhirnya mengangkat sumpah menerima jawatan
masing-masing dengan gembira ria. Pun
begitu, usaha untuk memburukkan kerajaan dan menafikan kredibiliti SPR terus
dilakukan mereka.
Dalam pada itu, parti PR sendiri, terutama DAP turut mengalami
kekalutan akibat pemilihan parti yang tidak dijalankan dengan telus. Keadaan menjadi heboh apabila perwakilan
DAP membuat aduan kepada ROS bahawa mereka telah dinafikan hak mengundi secara
licik sekali.
Akibatnya, pemilihan semula terpaksa dilakukan, iaitu pada 29
Setember lalu.
Pemilihan semula itu telah membuktikan bahawa DAP telah
sebenarnya melakukan semua penipuan yang telah dituduh mereka terhadap SPR dan
BN.
DAP didapati mengambil ‘khidmat’ pengundi hantu apabila ahli
yang telah dipecat juga boleh mengundi, manakala lebih 800 perwakilan yang
sepatutnya mengundi pula, telah ‘hilang’.
Jika DAP menuduh dakwat yang digunakan SPR tidak berkualiti dan
mudah dihilangkan, maka dakwat yang digunakan oleh DAP tentunya jauh lebih
tidak berkualiti lagi. Menurut
sumber, ia boleh ditanggalkan dengan mudah dalam masa 5 minit iaitu sebelum
proses pemilihan selesai sepenuhnya, atau sebelum sempat meninggalkan
dewan.
Alasan Setiausaha Organisasi parti itu, Anthony Loke Siew Fook
ialah pihaknya telah pun mengumumkan bahawa dakwat tersebut hanya kekal dalam
dua tiga jam memandangkan jangkamasa pemilihan yang pendek. Beliau juga menekankan bahawa biarpun
dakwat telah hilang tetapi tiada kes mengundi dua kali berlaku. Justeru, tiada apa yang patut
dirungutkan.
Sedangkan, jawapan yang sama telah diberikan oleh SPR apabila
diserang bertubi-tubi oleh DAP tetapi DAP enggan menerimanya. Kini, DAP meminta semua pihak agar
menerima alasan mereka dengan jaminan secara verbal bahawa tiada penipuan
berlaku.
Nampaknya, amalan dwistandard sudah menjadi satu kemestian dalam
apa jua keadaan dan isu yang melibatkan DAP. Parti ini jelas mempunyai masalah
besar untuk bersikap adil dan telus walaupun merekalah yang paling lantang
melaungkan dasar kesamarataan dan meritokrasi.
Hakikatnya, DAP tidak mungkin dan tidak akan berani bersaing
secara adil. Kerana itu,
mereka sedaya upaya ingin memastikan kedudukan ekonomi bumiputera sentiasa
berada jauh di belakang dengan menolak apa saja usaha untuk mengatasi masalah
ini. Dengan cara ini, kaum
Cina akan terus berada di hadapan tanpa perlu bersaing di atas pentas yang sama
dengan bangsa lain.
Sudah terang lagi bersuluh kini bahawa DAP itu adalah parti yang
paling kotor dan jahat, dalam sejarah parti-parti politik di Malaysia.
No comments:
Post a Comment