Isu Kalimah Allah yang masih hangat (terutamanya untuk orang
Kristian), yang dipelopori oleh para mubaligh agama tersebut di dalam DAP.
Pihak mahkamah telah menghalang mereka untuk menggunakan nama tuhan orang Islam
untuk penyiaran dan kegunaan percetakan telah dianggap oleh DAP sebagai satu
tamparan hebat.
Sebagai buli yang tersohor, DAP selalunya akan meragam apabila
kehendak tidak tercapai. Setelah keputusan dibuat oleh mahkamah, parti tersebut
masih lagi menyalak dan menyalahkan orang Islam dan sesiapa sahaja yang
menentang mereka. Sekarang DAP bukan sahaja menyalak kepada PDRM dan ROS,
tetapi juga kepada sistem kehakiman negara.
DAP ialah satu parti yang sangat bising.
Entah bagaimana, salakan DAP ini telah didengari oleh agensi
berita antarabangsa BBC.
BBC pula dengan menipu cuba menyatakan bahawa UMNO dan PAS sedang
bergaduh untuk menentukan samada nama “Allah” boleh digunakan oleh orang-orang
Kristian. BBC tidak menyebut langsung tentang salaknya DAP yang semakin lama
semakin nyaring dan kuat.
Malah, Jennifer Pak dari BBC News Kuala Lumpur telah menyatakan
bahawa ia adalah satu perlumbaan antara UMNO dan PAS sahaja.
Mungkin juga Jennifer telah tersilap pandangan dan menyatakan PAS
dan DAP adalah satu entity. Kalau begitu dia mungkin separuh betul kerana DAP
dan PAS adalah sebahagian dari komponen Pakatan Rakyat.
Dan kita tahu bahawa PAS telah terpecah dua berkenaan isu ini, dan
ini sahaja di dalam golongan Ulama’. President PAS, Hadi Awang masih lagi tidak
menyatakan apa-apa tentang pendirian berliau tentang perkara ini. Namun begitu,
Harun Taib, Ketua Majlis Ulama’ telah menyatakan bahawa PAS bersama kerajaan
untuk tidak membenarkan The Herald untuk menukarkan nama tuhan Kristian kepada
“Allah”.
Patutnya, sebagai wartawan yang professional, mereka perlu
menyebut tentang fakta bahawa kes tersebut secara terang-terangan adalah
Kerajaan Malaysia Vs Persekutuan Kristian di Malaysia. Tapi Jennifer Pak telah
tersalah tafsir fakta yang paling penting dan terus dengan melulu telah menuduh
ia adalah satu pertarungan politik antara UMNO dan PAS. Kenyataan yang beliau
katakan adalah “analisis” tersebut merupakan satu perkara yang amat kelakar.
Tetapi, nada laporan beliau bertukar serius apabila kononnya,
Masjid dan Gereja telah diserang akibat daripada keputusan yang dibuat oleh
mahkamah rendah pada 2009. Sedangkan perkara ini tidak pernah terjadi di negara
ini.
Mungkinkah tentang beberapa orang budak Cina yang membaling cat
merah kepada Surau yang akhirnya dimaafkan oleh komuniti Islam ditempat
tersebut dikirakan sebagai serangan, kita tidak tahu apa yang Jennifer sedang
katakan.
Orang Malaysia tidak bodoh. Ya, kita mungkin tidak faham tentang
politik atau keadaan semasa di luar negara tapi kita tidak bodoh. Kita tahu
bahawa BBC sedang melaga-lagakan orang Islam di Malaysia. Dan juga mereka ingin
melaga-lagakan umat Islam dan orang Kristian di negara ini.
Secara terus terang, UMNO tidak mencampuri urusan mahkamah dan ia
telah dibuktikan dimana saban kali Ketua Pembangkang dituduh beliau akan
terlepas dan ramai juga pemimpin UMNO dipenjarakan disebabkan oleh jenayah.
UMNO dan pihak kerajaan adalah dua entiti berbeza dan ia
memerlukan tahap professional yang tinggi supaya ianya tidak mencampuri urusan
satu sama lain. Mungkin Jennifer sepatutnya bertindak sebagai seorang
professional juga.
Dari awal lagi, Jennifer sepatutnya mengambil sedikit masa untu
menganalisa tentang kepentingan akhbar kristian the Herald untuk menggunakan
“Allah” menggantikan perkataan God di dalam akhbar mereka.
Adakah sebarang keburukan akan berlaku sekiranya the Herald
menggunakan nama “lord” atau “Father” seperti yang selama ini digunakan oleh
mereka? Perkara ini perlu dijelaskan sebelum menerjah kedalam unsur sosio
politik yang beliau sendiri tidak faham langsung.
No comments:
Post a Comment