Lawatan rasmi Perdana Menteri ke New York
baru-baru ini berjaya memberi kefahaman mengenai konsep al wasatiyyah atau
kesederhanaan yang menjadi tunjang kepada pentadbiran transformasi negara.
Selain usaha menarik para pelabur ke
Malaysia, Datuk Seri Najib juga menegaskan pendirian kerajaan dalam beberapa
isu antarabangsa khususnya dalam konflik di Syria dan Mesir dalam ucapannya
pada persidangan tahunan Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu.
Kunjungan ke PBB merupakan merupakan acara
tahunan yang dilakukan oleh hampir setiap ketua kerajaan di seluruh dunia atas
kapasiti negara tersebut menjadi anggota PBB.
Di pentas antarabangsa itulah pelbagai isu
dan masalah global dibincang atau diketengahkan bagi perhatian
pemimpin-pemimpin dunia serta masyarakat antarabangsa.
Lucunya Anwar Ibrahim juga terhegeh-hegeh
berkunjung ke New York seiring dengan kunjungan Perdana Menteri.
Sudah tentu lawatan Anwar hana sekadar
lawatan sosial dan tidak kena mengena dengan persidangan PBB kerana beliau
hanya sekadar menjadi ketua parlimen di Parlimen dan bukannya ketua kerajaan.
Yang menariknya wakil rakyat Permatang Pauh
itu berlagak seolah-oleh beliaulah yang menjadi perdana menteri dan mewakili
Malaysia di PBB.
Tindakan beliau itu bukan sahaja
diketawakan tetapi juga mencerminkan status mentalitinya.
Bukankah tindakan Anwar bersaing dengan
Datuk Seri Najib menunjukkan sikap kecewa yang amat mendalam bagi seorang yang
telah gagal menjadi perdana menteri pada Pilihan Raya Umum ke-13 lalu.
Kenyataan Anwar meminta Presiden Barack
Obama masuk campur tangan dalam isu keputusan PRU jelas membuktikan bekas
banduan penjara Sg Buloh itu hanya mempunyai agenda peribadi dan bukannya
bertindak atas kepentingan negara.
Tidak kedengaran ada wakil pembangkang
mana-mana negara yang juga berkunjung ke PBB semasa ketua negara atas
kerajaannya juga berada di New York.
Anwar cuba menjadi hero dengan menimbulkan
pelbagai isu yang tidak relevan langsung dengan agenda PBB yang lebih besar dan
bersifat sejagat.
Isu rasuah dan penyelewengan yang cuba di
dibelit semasa di new York adalah masalah dalaman yang bukan sahaja fenomena
yang dihadapi oleh Malaysia tetapi juga oleh setiap negara di seluruh dunia.
Perkara remeh yang di angkat oleh Anwar dalam
kenyataannya di luar negara memperlihatkan tekanan perasaan yang dilaluinya
kerana rakyat menolak pakatan pembangkang yang di pimpinnya semasa pilihan raya
lalu.
Anwar cuba menonjolkan imej sebagai
pemimpin berstatus antarabangsa berindentitikan Islam untuk mengaburi mata masyarakat dunia.
Bagaimana pun jika dikaji dengan lebih
mendalam secara lebih dekat, Anwar hanyalah seorang politikus murahan yang
penuh dengan kepura-puraan.
Menuduh kerajaan Barisan Nasional korup
tetapi beliaulah antara individu paling korup dan menyalahguna juasa semasa
memegang kuasa di dalam kerajaan satu ketika dahulu.
Juga bercakap membela rakyat tetapi Anwar
lah yang pernah membuat beberapa keputusan memeritkan penderitaan rakyat ketika
menjadi menteri kewangan.
Kini setelah memimpin kumpulan pembangkang
Anwar mahu menukar imej sebagai seorang tokoh yang memperjuangkan nasib rakyat
dan golongan marhaen.
Ini kerana beliau tidak lagi berada di
tampuk kuasa untuk berjuang bagi menjaga kepentingan kaum keluarga dan suku
sakat kroninya.
Kenapa Anwar tiba-tiba diam membisu ketika
kerajaan menaikkan harga minyak petrol dan disel sebanyak 20 sen baru-baru ini?
Kalau sahulu beliaulah hendak menunjukkan
sebagai pembela rakyat dengan janji menurunkan harga minyak jika berjaya
menjadi perdana menteri tetapi kini senyap sepi.
Inikah sikap keperdulian yang ditunjukkan
Anwar sekadar di pentas ceramah politik sahaja tetapi apabila gagal mencapai
impian terus rakyat dilupakan begitu?
Hakikatnya rakyat sudah pun menolak Anwar
termasuk cita-citanya menjadi perdana menteri.
Rakan sekutu politik, Dap dan Pas pun sudah
mula mempersoalkan keberkesanan Anwar sebagai ketua pembangkang yang hanya
pandai bermain kata-kata di bibir sahaja tetapi gagal melaksanakan apa yang
dijanjikan.
Cubaan untuk guna PBB juga gagal kerana
tidak seorang pun pemimpin kerajaan Amerika yang memberi respons kepada apa
yang dilaungkan di New York.
Pada mereka Anwar sudah menjadi 'spent
force' atau bak kata pepatah Melayu, 'habis santan hampas dibuang', dan beliau
adalah hampasnya.
No comments:
Post a Comment