Wednesday, October 30, 2013

Mahfudz Ingin Jadi Juara Kaum Cina Pula?

Barisan Nasional menerima penolakan masyarakat Cina dalam PRU-13 yang lalu sebagai pengajaran bahawa memberi segala-galanya bukanlah jaminan kepada sokongan. Selain itu, publisiti dan promosi yang berlebih-lebihan juga mampu memakan diri. 

Dengan menolak BN bermakna masyarakat Cina menyokong Pakatan Rakyat. 

Namun, apa yang ingin dibincangkan di sini ialah, menyokong Pakatan Rakyat, tidak bermakna masyarakat Cina turut menyokong PAS.  Hakikatnya, PAS juga ditolak mentah-mentah oleh masyarakat Cina.  Ini terbukti apabila PAS hanya mendapat undi dari kaum Cina di kawasan di mana DAP dan PKR tidak bertanding sahaja. 

Akibatnya, PAS mendapat jumlah kerusi tercorot berbanding sekutu-sekutunya.   

Jelas, undi yang diberi oleh masyarakat Cina kepada PAS bukanlah ikhlas, tetapi sekadar memenuhi keperluan bagi menjatuhkan kerajaan BN yang diterajui Melayu UMNO.  Yang memberi kerusi kepada PAS hanyalah orang-orang Melayu. 

Justeru, dari konteks sokongan masyarakat Cina, PAS dan UMNO adalah senasib dalam PRU yang lalu.  Tetapi, dari konteks sokongan Melayu, UMNO telah menandingi PAS kerana berjaya menambahkan bilangan kerusi sementara PAS pula kehilangan beberapa kerusi lagi.  Ini bermakna sekiranya PR menang, PAS tidak akan mempunyai suara yang lantang dalam kerajaan. 

Bagaimanapun, PAS masih tidak belajar apa yang UMNO telah pelajari iaitu berpada-pada dalam menarik sokongan pengundi dan jangan sampai digadai segalanya semata-mata demi kerusi.   Oleh itu, PAS masih lagi tersorong-sorong pipi cuba memancing hati masyarakat Cina sehingga sanggup menggadai agama. 

Terbaru, PAS cuba membela masyarakat Cina dengan menghentam Bajet 2014 yang dibentangkan Perdana Menteri.   Untuk itu, Mahfudz Omar menuduh PM dan BN berdendam dengan masyarakat Cina sehingga membelakangkan kaum itu dalam agihan peruntukan.  BN dikatakan memberi peruntukan yang lebih kepada kaum India atas dasar ‘terima kasih’ iaitu satu tindakan yang sengaja menyindir masyarakat Cina. 

Mahfudz merujuk kepada peruntukan sejumlah RM100 juta bagi tujuan pendidikan kaum India di dalam Bajet 2014.  Selain itu terdapat juga dana sejumlah RM50 juta bagi program pembangunan usahawan India. 

Keputusan kerajaan ini dilihat sebagai langkah yang wajar dan tepat dalam usaha untuk merapatkan jurang ekonomi antara kaum di Malaysia.  Seperti yang kita sedia maklum, selain bumiputera, kaum India juga masih jauh ketinggalan berbanding kaum Cina. 

Perlu diingatkan bahawa kewujudan kumpulan samseng India yang ramai sebenarnya berkait rapat dengan kedudukan ekonomi mereka.  Oleh itu keputusan kerajaan untuk membantu masyarakat India adalah keputusan yang bijak dan bakal membawa kebaikan untuk semua kaum juga. 

Masyarakat Cina sebaliknya tidak memerlukan bantuan dari segi ekonomi kerana mereka telah pun mendominasi aktiviti ekonomi dalam negara.  Sikap mereka yang angkuh dan sering mendabik dada sebagai pembayar cukai tertinggi, dengan sendirinya menafikan segala bantuan kepada mereka.   

Hakikatnya, tindakan kerajaan tidak menggariskan bantuan ekonomi kepada masyarakat Cina dalam Bajet 2014 adalah tindakan yang tepat, logik serta praktikal.  Sekiranya masyarakat Cina atau Mahfudz ingin melihatnya sebagai sindiran, maka terpulanglah kepada mereka. 

Apa yang menarik  ialah Mahfudz  cuba menjadi juara kaum Cina di kala DAP giat menindas Melayu yang menjadi ahli parti itu.  Mungkin Mahfudz menyangka dengan cara ini maka masyarakat Cina akan mengundi PAS dalam PRU-14. 

Bukankah lebih baik Mahfudz bangun membela Melayu di dalam DAP dan juga di Pulau Pinang daripada bertindak membela masyarakat Cina dalam soal Bajet negara? 

Tidakkah Mahfudz mendengar luahan hati Melayu di dalam DAP seperti Zulkifli Mohd Noor? Atau bekas Melayu DAP seperti Tunku Aziz?  Atau Melayu-melayu rakyat marhaen yang dirampas gerai dan tanah mereka oleh DAP?  Atau yang rumah mereka dilanda banjir tetapi langsung tiada bantuan dari DAP? 

Siapakah di dalam kepimpinan Pakatan Rakyat yang akan membela mereka ini?   Jika Mahfudz dan PAS turut memperjuangkan Cina, siapa yang akan memperjuangkan Melayu? 

Nampaknya, tidak lain tidak bukan, hanya UMNO sahajalah harapan Melayu - dahulu, kini dan selamanya. 


No comments: