Tindakan kerajaan menggantung ‘The Heat’ iaitu media
berbahasa Inggeris yang khabarnya berdaftar sebagai majalah tetapi telah
melanggar undang-undang dengan menerbitkan akhbar, mendapat reaksi ‘luarbiasa’
di kalangan segolongan masyarakat Malaysia, umumnya penyokong pembangkang,
khasnya masyarakat Cina.
The Heat bukanlah sebuah akhbar popular malah ramai yang
tidak pernah mendengar mengenainya sebelum ini. Namun, penggantungannya
dijadikan isu besar oleh golongan ini hanya kerana antara percetakan terakhir
akhbar tersebut merupakan kritikan terhadap isteri Perdana Menteri.
Jelas, yang ingin dijadikan isu di sini bukan soal
penggantungan The Heat tetapi soal apa yang dicetak oleh akhbar
itu. Tujuan mereka dengan terus memperkatakan mengenai penggantungan
The Heat ialah agar dapat memburukkan Perdana Menteri serta kerajaan Malaysia
secara lebih ‘meluas’.
Sebenarnya, kebebasan media di Malaysia bukanlah satu
perkara yang perlu diperdebatkan.
Kewujudan akhbar-akhbar fitnah dan sampah atas nama
‘pembangkang’yang bersepah dijual sudah cukup untuk membuktikan bahawa Malaysia
mengamalkan kebebasan media sewajarnya. Malah,
tidak salah jika dikatakan bahawa media Malaysia telah dibiarkan ‘terlalu
bebas’ sehingga berani menyebarkan hasutan dengan sewenang-wenangnya
terutamanya melalui akhbar berbahasa Cina.
Lebih dari itu, Malaysia merupakan satu-satunya negara
yang memberi kebebasan kepada akhbar Cina untuk duduk sama taraf dengan akhbar
perdana.
Selama ini juga, akhbar-akhbar berbahasa Cina dan juga
akhbar milik pembangkang adalah bebas untuk menyindir, mengkritik, mengecam
atau mengutuk Perdana Menteri Malaysia dan juga kerajaan sama ada secara halus,
lantang, tersurat mahupun tersirat tanpa diambil apa-apa tindakan.
Tidak cukup dengan tulisan, pihak yang sama juga
menjadikan kutukan terhadap Perdana Menteri dan kerajaan Malaysia sebagai
makanan harian, perisian rohani dan jasmani di mana-mana saja sama ada di dalam
atau di luar negeri.
Jika kerajaan tidak pernah peduli dengan mereka ini, maka
kenapa pula kerajaan perlu merasa ‘panas’ dengan The Heat seperti yang
dicanangkan pembangkang?
Logiknya, jika mereka yang menyebarkan fitnah Altantuya
atau cincin berjuta milik Datin Seri Rosmah masih terus hidup, bebas dan
merdeka, maka kenapa pula The Heat harus digantung hanya kerana mengkritik
personaliti yang sama?
Hakikatnya, The Heat bukan digantung kerana apa yang
dicetaknya tetapi kerana melanggar undang-undang. Walaupun begitu,
kita bersetuju jika kerajaan bertegas menghukum media yang tidak
bertanggungjawab menyebarkan fitnah dan hasutan sesuka hati.
Mungkin dalam soal ini, kerajaan perlu mencontohi
pembangkang yang sering membelakangkan hak kebebasan media sekiranya media itu
melaporkan sebarang keburukan parti mereka. Bukan rakyat Malaysia tidak biasa
dengan seruan boikot Utusan Malaysia atau TV3 oleh pembangkang. Kita juga biasa melihat
pembangkang membuat ‘demo’ membakar akhbar yang ‘dimusuhi’ mereka.
Pembangkang sering mengugut untuk menyaman mana-mana
media yang melaporkan keburukan mereka.
Jangankan melaporkan keburukan pembangkang, bertanyakan
soalan juga tidak dibenarkan. Itulah
yang berlaku apabila Ketua Pembangkang, Anwar Ibrahim, berhadapan dengan
wartawan di mana beliau mengugut untuk menyaman wartawan sekiranya mereka
mengulangi soalan yang tidak mampu dijawabnya.
Pembangkang telah biasa menyeru penyokong mereka agar jangan membaca akhbar yang
bukan merupakan pro kepada perjuangan mereka sedangkan kerajaan tidak pernah
menghalang rakyat untuk membaca apa saja.
Justeru, melihat dari cara pembangkang menangani isu The
Heat membuat kita semakin muak dengan parti itu. Hipokrasi pembangkang
nampaknya tiada batasan.
Pesan kita, sekiranya ingin berpolitik pun, janganlah
melanggar undang-undang. Bagaimana
kita boleh membayangkan pembangkang sebagai pemerintah jika sering menyokong
dan melakukan perkara yang melanggar undang-undang?
No comments:
Post a Comment