Seperti yang telah dijangkakan, keputusan kerajaan negeri
meluluskan kenaikkan mendadak gaji dan elaun bulanan untuk semua 56 Ahli
Dewan Undangan Negeri (Adun) di Selangor yang berkuat kuasa pada 1 Januari
2013 ini mendapat tentangan yang hebat dari pelbagai lapisan masyarakat.
Ekoran daripada rungutan itu juga, pimpinan pakatan pembangkang
akhirnya terpaksa mengeluarkan kenyataan untuk turut sama mengkritik tindakan
yang melampaui batas itu.
Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim semalam dilaporkan
berkata, kerajaan negeri khususnya Khalid perlu mengambil kira teguran daripada
rakyat.
"Kita setuju (kenaikan gaji)... jumlah ini (kadar kenaikan
gaji itu) boleh dikurangkan sebelum dilaksanakan," katanya.
Turut hadir Presiden Pas Datuk Seri Abdul Hadi Awang dan Penasihat
DAP Lim Kit Siang. Rabu lepas, Abdul Khalid mengumumkan kenaikan gaji antara 87
hingga 373 peratus membabitkan menteri besar, exco, speaker, timbalan speaker
dan Adun Selangor berkuat kuasa 1 Januari ini.
Sebelum ini, bagi meredakan kritikkan terhadap Khalid, Anwar
mengarahkan semua Adun PKR di Selangor menderma antara RM1,000 atau sehingga 20
peratus daripada gaji baru mereka untuk membantu pelajar miskin.
Ini kerana Anwar berkata walaupun Khalid telah memberi penjelasan
kenapa kadar kenaikan gaji wakil rakyat negeri itu begitu tinggi, PKR tetap
mengambil tindakan susulan mendesak ia dikaji semula.
Selain daripada itu, Ketua Dewan Ulama Pas, Datuk Harun Taib
berpendapat, kenaikan gaji dan elaun Menteri Besar Selangor serta anggota
pentadbiran negeri itu dibuat seolah-olah bertujuan untuk menunjuk-nunjuk.
Beliau berkata, kenaikan itu memberi gambaran bahawa kerajaan negeri berkenaan
memiliki kekayaan sehingga mampu membayar gaji serta elaun dengan kenaikan
berlipat kali ganda.
"Tak salah kalau dia banyak duit, nak act (menunjuk-nunjuk) lah tu. Mungkin dia dapat dari bajet surplus negeri Selangor 2014, jadi biarlah dia," katanya ketika dihubungi.
Pengerusi Jawatankuasa Tetap Kerajaan Tempatan, Kajian dan
Penyelidikan negeri, Datuk Teng Chang Khim sebeum ini mencadangkan agar
mana-mana Adun yang tidak berpuas hati dengan kenaikkan itu agar menandatangani
surat perakuan untuk menyerahan lebihan gaji mereka untuk tujuan kebajikan.
"Ketika usul kenaikan gaji dan elaun itu dibentangkan juga
semua pihak (wakil rakyat) bersetuju, sekarang mereka kata tidak munasabah
pula. Kalau rasa kenaikan itu tidak munasabah, jangan ambil (lebihan kenaikan
gaji dan elaun) itu," jelasnya.
Malah setiausaha politik MB Selangor, Faekah Husin sebelum
ini turut mempertahankan tindakan bosnya dengan melabelkan Azmin
sebagai SARKAS.
Namun apa yang pasti, tindakan pimpinan pembangkang menghentam
Khalid hanyalah satu drama samata-mata. Ini kerana seperti kata Chang Khim,
ketika usul itu dibacakan semua Adun yang hadir telah bersetuju dengan cadangan
tersebut.
Sedangkan sekiranya benar mereka ingin menjaga dan memikirkan
kebajikan rakyat usul ini tidak sepatutnya diluluskan. Atau setidak-tidaknya
ada segelintir di kalangan mereka bangun untuk membantah dan meminta agar kadar
yang diberikan itu dikaji semula.
Kepada para pemimpin pembangkang, berhentilah berlakon dengan
sandiwara murahan ini. Sampai bila rakyat Selangor perlu dibodoh-bodohkan???
No comments:
Post a Comment