Pembangkang terlalu kecewa disebabkan
kekalahan mereka untuk merampas Putrajaya pada Pilihan Raya Umum ke 13 lalu
sehingga terus menggunakan strategi fitnah, pembohongan dan tohmahan untuk menyerang
kerajaan.
anwar
Bukan sahaja itu pembangkang juga
menggunakan kaedah yang sama untuk memburuk-buruk semua dasar dan keputusan
yang dibuat oleh pemimpin kerajaan untuk kebaikan rakyat dan negara.
Strategi fitnah dan pembohongan adalah
sebahagian daripada prinsip yang terkandung di dalam 'Protocols of Elders of
Zion' sebuah manuskrip yang menggariskan perancangan puak Yahudi-Zionis untuk
menguasai dunia.
Sasaran utama buku adalah untuk melemahkan
negara-negara Islam dan perpaduan umat Islam.
Sejarah telah membuktikan bagaimana
strategi pecah dan perintah yang juga dibincangkan di dalam buku tersebut telah
meruntuhkan empayar Islam Uthmaniyah pada tahun 1924.
Dengan itu berakhirlah sistem khalifah yang
menjadi teras kekuatan kerajaan Uthmaniyah yang memerintah hampir satu pertiga
dunia dalam tempoh hampir 800 tahun.
Empayar Uthmaniyah dipecah-pecah oleh
penjajah Inggeris ketika itu sehingga tertubuhlah negara haram Israel di bumi
Palestin pada 1948.
Oleh sebab ketua umum PKR, Anwar Ibrahim
mempunyai hubungan amat rapat dengan tokoh-tokoh penting gerakan
Kristian-Yahudi-Zionis antarabangsa, pelan yang sama telah dilaksanakan oleh
beliau di Malaysia.
Sebagai sebuah negara Islam yang mempunyai
masyarakat majmuk berbilang agama, Malaysia amat dicemburui oleh negara-negara
Barat yang tidak mahu sebuah negara Islam yang maju dan progresif.
Sebagai sebuah negara yang ungggul di
kalangan negara-negara Islam di dunia dan juga negara-negara membangun,
Malaysia dan kepimpinan yang menerajui kerajaan negara ini menjadi sasaran
kepada musuh-musuh Islam.
Maka agen atau talibarut Barat akan di
letakkan di dalam sistem politik negara untuk membuat huru hara dan memporak
perandakan masyarakat supaya negara menjadi tidak stabil.
Apabila negara terjerumus dalam keadaan
kacau bilau maka ekonominya akan menjadi lemah, lumpuh dan akhirnya bankrap.
Pada masa itu institusi yang didalangi
Yahudi seperti Tabung Kewangan Antarabangsa dan Bank Dunia akan mengambil
peluang keemasan itu untuk menjajah semula negara.
Kalau dahulu penjajahan Barat ke atas tanah
air adalah melalui kekerasan ketenteraan, tetapi kali ini strateginya lebih
licik dan halus dari sudut ekonomi dan kewangan.
Oleh menjayakan agenda mereka, Yahud-Zionis
memerlukan seorang hamba yang taat setia serta bersedai melakukan apa sahaja
suruhan tuannya.
Mereka melengkapkan Anwar denga wajah dan
topeng Islamik supaya mendapat kepercayaan dan keyakinan orang Melayu dan umat
Islam di dalam dan di luar negara.
Maka Anwar pun dicanang sebagai seorang
pemimpin 'Renaissance' atau pembaharuan dalam dunia Islam.
Pembaharuan yang dibawa bukanlah memberi
keuntungan kepada Islam tetapi untuk menyuntik agenda menjahanamkan kekuatan
islam dan umat Islam sebagai yang pernah dilakukan kepada Kerajaan Uthmaniyah
dahulu.
Jika dilihat sepanjang lima tahun sejak
2008, Anwar dan parti-parti pembangkang menggunakan kaedah fitnah dan
pembohongan dengan sepenuhnya untuk menjatuhkan kerajaan pimpinan UMNO-Barisan
Nasional.
Apa sahaja yang boleh difitnah dan dibuat
pembohongan akan dilakukan mereka tanpa rasa bersalah.
Dalam segala gerakan fitnah yang
dilancarkan terhadap kerajaan dalang dan perancangnya adalah Anwar sendiri.
Daripada isu Scorpene, PKFZ, SPR, SPRM,
dakwat kekal, NFC sehingga kepada fitnah pengundi hantu Bangladesh, semuanya
ini adalah peranan Anwar.
Tidak cukup dengan itu, pembangkang
menyerang pula sosok peribadi isteri Perdana Menteri, Datin Rosmah.
Terkini bermacam-macam fitnah dilemparkan
kepada beliau berhubung lawatan ke Qatar, Dubai, Sri Lanka dan Bangladesh
dengan dakwaan menyalahguna kemudahan jet eksekutif kerajaan.
Datin Seri Rosmah sendiri akhirnya terpaksa
menjawab bahawa siri lawatan beliau tersebut adalah tugas kenegaraan berkaitan
Permata Negara, agenda pemerkasaan peranan wanita dan pendidikan kanak-kanak di
samping mengatasi masalah kemiskinan.
Perdana Menteri juga terpaksa mendedahkan
peranan dan jasa isterinya di belakang tabir yang dilakukan untuk kebaikan
negara.
Apa yang dilakukan oleh pembangkang melalui
strategi ini adalah untuk menimbulkan kebencian rakyat terhadap pemimpin
kerajaan dengan mengada-adakan pelbagai cerita yang tidak berlandaskan fakta
dan kenyataan.
Strategi pembohongan Anwar tidak akan
berpenjangan kerana kini rakyat sudah tahu beliau adalah Raja Auta Malaysia
nombor wahid.
No comments:
Post a Comment