Atas kegilaan orang yang bernama Anwar
Ibrahim menjadi perdana menteri, sanggup negara di bakar hangus.
Atas kemaruk seorang yang bernama Anwar
Ibrahim, habis masa depan dan nasib bangsa sendiri sanggup digadai. Ketamakan kuasa seorang yang bernama
Anwar Ibrahim, peduli apa berlaku kepada rakyat asalkan cita dan impian
kesampaian.
Begitulah mungkin luahan rakyat Malaysia
dan persepsi masyarakat dunia yang tidak percaya Anwar rela menghimpunkan
penyokong-penyokongnya untuk menumbangkan sebuah kerajaan yang dipilih secara
proses yang penuh demokratik.
Beliau dan rakan-rakan pembangkang dipilih
sebagai ahli parlimen atau ahli dewan undangan negeri melalui proses yang sama. Malangnya sistem yang sama beliau
mengangkatnya sebagai menteri dan timbalan perdana menteri dan kini sebagai
ketua pemnbangkang kini menjadi musuhnya pula.
Semua ini berpunca daripada satu faktor dan
faktor ini sahaja dan tidak lain iaitu sebab gagal menjadi perdana menteri pada
Pilihan Raya Umum ke 13 lalu.
Pilihan raya sudah pun tamat lebih tujuh
bulan yang lalu tetapi Bersih 4 akan dianjurkan pula pada 31 Disember nanti.
Bukankah anggota parlimen pembangkang juga
menganggotai jawatankuasa parlimen untuk menambahbaik proses pilihan raya yang
dituduh pincang oleh mereka?
Tidakkah juga Suruhanjaya Pilihan Raya
telah melaksanakan beberapa cadangan penambahbaikan pada PRU lalu khususnya
penggunaan dakwat kekal?
Tidakkah juga selepas PRU SPR sedang
mengkaji secara serius untuk melakasanakan cadangan jawatankuasa yang sama
berhubung pendaftaran pengundi secara otomatik bagi rakyat yang mencapai umur
21 tahun?
Mengapa pula perlu di adakah Bersih 4
tatkala SPR bersungguh-sungguh mengalas amanah yang diberi untuk menjalankan
proses pilihan raya di negara sebersih, seprofessional dan setelus mungkin?
Bersih 4 menjadi pencetus kepada himpunan
untuk menumbangkan kerajaan yang telah disebarluaskan oleh pasukan siber
pembangkang sejak beberapa minggu lalu.
Adakah hanya kerana harga minyak petrol 20
sen, gula 34 sen kerajaan sudah dilihat di mata pembangkang sudah hilang jasa
besar membangun negara secara gigih sejak 60 tahun lalu?
Adakah kadar baru lebuhraya baru setakat
diwar-warkan sahaja dan belum ada keputusan muktamad sudah mahu mengangkat
senjata menentang kerajaan yang sah dipilih rakyat?
Apa yang dilakukan oleh Anwar kali ini
adalah kesilapan paling besarnya sepanjang beliau menerajui pakatan
pembangkang.
Menteri Besar Kelantan dari Pas, Ahmad
Yaakub secara jelas menolak untuk menyokong himpunan gila yang dianjur oleh
Anwar dan kuncu-kuncunya.
Malah Ahmad meminta penyokong-penyokong Pas
dari negeri itu tidak menyertai perhimpunan yang tidak masuk akal itu.
Sepatutnya penyokong pembangkang bertanya
apa yang berlaku di Selangor yang ditadbir oleh mereka sendiri.
Isu kenaikan gaji menteri besar, exco dan
Adun antara 200 hingga 337 persen langsung senyap tidak dipersoalkan.
Isu kenaikan lesen perniagaan yang
melambung sampai 400 peratus juga tidak berani ditegur.
Air percuma 20 meter padu yang selayaknya
dinikmati oleh rakyat miskin dan berpendapatan rendah di negeri itu juga tidak
dibela.
Ratusan ribu yang tinggal di flet dan
pangsapuri kos rendah dan sederhana masih menagih air percuma yang dijanjikan
kerajaan negeri.
Jadi kalau mana-mana kerajaan perlu
dibubarkan, Selangorlah yang pertama mendahului langkah kerana gagal menggotai
janji kepada rakyat.
Mengapa pula kerajaan pimpinan Datuk Seri
Najib Tun Razak menjadi sasaran pula bilamana beliau telah dan sedang melakukan
yang terbaik untuk rakyat.
Selama di bawah kerajaan UMNO-Barisan
Nasional adakah pernah rakyat mati atau hidup merana disebabkan kebuluran?
Malah yang sebaliknya berlaku pula, rakyat
semakin sihat dan kadangkala terlebih makan!
Begitu senario Malaysia selama ini - aman,
makmur, stabil, kaya, sejahtera, adil, hidup bermuafakat, saling hormat
menghormati, tolong menolong dan gembira hidup dalam sebuah negara yang amat
dicemburui oleh dunia luar.
Inilah yang hendak dihancurkan oleh Anwar
supaya Malaysia musnah dimakan api kebencian kaum dan agama, rakyat berpecah
belah, ekonomi dan sektor kewangan negara merundum, sistem jaringan keselamatan
sosial ranap dan keamanan serta kedaulatan wilayah negara terancam dari dalam
dan luar.
Inilah yang diingini oleh Anwar kerana
hanya jika Malaysia hancur lebur mungkin barulah ada peluang beliau menjadi
perdana menteri akhirnya.
No comments:
Post a Comment