Pasti ramai
yang telah mendengar atau mengetahui mengenai satu himpunan jalanan yang bakal
diadakan oleh pakatan pembangkang dalam masa yang terdekat ini. Tidak cukup
dengan portal dan blog, para macai mereka turut menjadi agen promosi tidak
rasmi dalam menghebahkan perkara ini melalui laman-laman sosial seperti
Facebook, Twitter, Instagram dan sebagainya.
Tujuan
mereka cuma satu, bagi memastikan kehadiran pada demonstrasi yang di diadakan pada
kali ini boleh dikategorikan sebagai ‘pecah panggung’. Ini kerana
seperti yang diketahui umum, pengaruh dan sokongan rakyat kepada pakatan khusus
Ketua Pembangkang, Anwar Ibrahim semakin hari merudum. Buktinya, beberapa siri
himpunan jalanan yang diadakan selepas pilihanraya umum yang lalu tidak
mendapat sambutan seperti yang diharapkan.
Paling
menarik, antara ayat ‘klise’ yang sering digunakan setiap kali mereka
mengadakan himpunan jalanan ialah ‘ia diadakan secara aman’.
Sedangkan kita semua tahu, himpunan jalanan yang diadakan adalah bertujuan
untuk menagih simpati rakyat sekali gus menumbangkan kerajaan dengan kekerasan.
Kita juga
sering mendengar, setiap kali berakhirnya perhimpunan atau demonstrasi jalanan
anjuran parti pembangkang ini, pelbagai pihak akan disalahkan dengan pelbagai
tuduhan. Kononnya pihak berkuasa telah bertindak zalim dan luar batas
kemanusiaan terhadap para peserta yang kononnya datang secara aman bagi
menyuarakan rasa ketidakpuasan hati mereka.
Tanpa
mengambil kira pelbagai provokasi yang dilakukan mereka, lalu dengan mudah
meletakkan kesalahan tersebut ke atas bahu pasukan Polis Diraja Malaysia (PDRM)
yang kononnya ganas terhadap wanita, warga emas, kanak-kanak dan sebagainya
yang hadir dalam himpunan jalanan yang diadakan. Paling sadis, apabila pernah
satu ketika salah seorang peserta himpunan berpura-pura mati kerana terhidu gas
pemedih mata yang dilemparkan bagi menarik simpati rakyat.
Berbalik
kepada demonstrasi jalanan yang akan diadakan ini, mereka tidak lagi berselindung
di sebalik perhimpunan aman, namun secara terang-terangan mengaku mahu
menggulingkan kerajaan dan akan cuba menimbulkan huru-hara. Berikut adalah
antara cebisan pesanan dan komen yang dihantar melalui laman sosial Facebook.
“Tahukah
anda : pada malam 31 Disember kerajaan Malaysia bertukar tangan. Menjelang 1
Januari, Kuala Lumpur sudah di tawan”
“Hidup
Rakyat, gulingkan kerajaan yang zalim” menurut Asma Nabilah.
“Kami
sentiasa bersedia mengangkat senjata sekiranya tiada pilihan tok (untuk) lenyapkan
rejim Umno dari muka bumi ini” kata Humaidi Albaq.
“Kalau
setakat datang nak dengar ceramah, nak lepak kat padang, sorry gua tak
berminat. Kalau datang nak claim Kuala Lumpur untuk revolusi, untuk lumpuhkan
ekonomi, itu baru gua datang. Dah sampai masanya untuk kita revolt, bukan vote
lagi” tegas Shaiful Azren.
Berdasarkan
pesanan-pesanan ini, jelas membuktikan sebilangan mereka yang hadir ingin
mencetuskan huru-hara dan mereka berselindung di sebalik sambutan malam tahun
baharu. Golongan itu mendakwa mahu menyelit di sebalik kumpulan orang ramai
yang mahu meraikan ketibaan 2014 bagi menunjukkan ramai yang menyokong usaha
menggulingkan kerajaan melalui demonstrasi jalanan.
Namun,
perkara paling membimbangkan bukannya bilangan peserta sebaliknya orang awam
yang tidak terlibat sama mungkin akan terperangkap bersama anggota kumpulan ini
ketika agenda peribadi mereka digerakkan.
Lebih teruk
jika kumpulan itu hilang kawalan dan orang awam juga yang menjadi mangsa sama
ada cedera dan hilang harta benda mahupun pertumpahan darah jika berlaku
pertembungan antara pihak berkuasa dan peserta demonstrasi.
Sedangkan
tahun 2014, adalah tahun untuk mereka yang telah dipilih, tidak kira daripada
parti pemerintah mahupun pembangkang, mula bekerja menabur khidmat kepada
rakyat yang telah mengundi mereka. Sepatutnya kita sudah boleh meneruskan hidup
seperti biasa.
Kesimpulannya
pihak berkuasa mengambil tindakan penguatkuasaan dan pencegahan kerana ia
bukannya langkah ke belakang dalam sistem demokrasi, kerana ianya adalah
langkah ke depan yang diamalkan semua negara maju untuk kekalkan keamanan.
Sekiranya
hasil siasatan terbukti individu atau kumpulan tersebut memang sengaja mahu
menggadai keamanan negara demi kepentingan peribadi, maka tangkap sahaja, dakwa
dan kenakan hukuman paling berat supaya menjadi pengajaran kepada yang lain
kelak.
No comments:
Post a Comment