DAP Selangor menyasarkan untuk meraih 50% undi Melayu dalam PRU-14
berbanding 40% dalam PRU-13. Menurut Teresa Kok, parti itu akan
bekerja lebih kuat untuk memastikan sasaran ini berjaya direalisasikan.
Walaupun cita-cita DAP begitu tinggi untuk meningkatkan sokongan
Melayu, tetapi ia tidak bermakna yang parti itu akan melutut, menyembah atau
memberi peluang kepada Melayu dalam apa jua keadaan.
Kita boleh melihat sendiri bagaimana DAP tidak pernah mengalah
dengan PAS dalam isu-isu yang membabitkan Islam dan Melayu tetapi sebaliknya
PAS yang terpaksa mengalah dan membuat penjelasan bagi pihak DAP kepada
orang-orang Melayu sekiranya parti Cina itu ada menyinggung perasaan umat
Islam.
DAP juga tidak pernah melonggarkan walau sedikitpun sifat
perkauman Cina di sektor-sektor swasta yang didominasi kaum
itu. Malah, sifat perkauman lebih terserlah dan sifat bongkak kaum
Cina semakin menjadi-jadi dengan mencabar dan menghina Islam dan Melayu sesuka
hati.
Bayangkanlah, semua ini dilakukan dalam pada DAP ingin meraih
sokongan Melayu!
Walaupun UMNO sering dituduh DAP sebagai perkauman dan
meminggirkan kaum Cina, tetapi UMNO tetap memberi peluang dan menyediakan
platform kepada pemimpin dari kaum Cina untuk turut bersama di dalam
kabinet. Sungguhpun setelah ditikam dari belakang oleh MCA yang
turut menyokong DAP pada PRU yang lalu, UMNO tetap cuba memaafkan parti Cina
itu dan menaruh harapan untuk terus bekerjasama demi negara.
Namun, toleransi, tanggungjawab dan kematangan yang sama
langsung tidak dipraktikkan oleh DAP. Buktinya, Konvensyen DAP
peringkat negeri Selangor yang lalu memperlihatkan tiada seorang pun Melayu
terlantik sebagai Ahli Jawatankuasa Parti.
Ahli-ahli jawatankuasa DAP
Selangor
Pengerusi - Tony Pua Kiam Wee
Timbalan
Pengerusi - Gobind
Singh Deo
Naib Pengerusi - Teng
Chang Khim
Naib Pengerusi - Yeoh
Tseow Suan (Hannah)
Setiausaha - Yong
Hian Wah
Penolong Setiausaha - Ng
Suee Lim
Bendahari - Sze
Han
Setiausaha Organisasi - Lau
Weng San
Penolong Setiausaha Organisasi - Ganabatirau Veraman
Penolong Setiausaha Organisasi - Philip Tan Choon
Swee
Setiausaha Publisiti - Ronnie
Liu Tian Khiew
Pengarah Pendidikan Politik - Lee Kee Hiong
Ahli Jawatankuasa - Charles
Anthony Santiago
Ahli Jawatankuasa - Tiew
Way Keng
Ahli Jawatankuasa - Kannan
A/L Thangarasu
Ahli Jawatankuasa - Ong
Kian Ming
Ahli Jawatankuasa - Eddie
Ng
Ahli Jawatankuasa - Rajiv
A/L Rishyakaran
Ahli Jawatankuasa - Yeo
Bee Yin
Selain Selangor, Perak dan Pulau Pinang juga tidak
melantik walaupun seorang Melayu untuk memegang jawatan di peringkat
negeri.
Sekali lagi, semua ini berlaku ketika DAP mensasarkan peningkatan
sokongan Melayu.
Jika semua ini masih tidak cukup untuk dijadikan
pengajaran tentang keangkuhan dan sifat perkauman DAP, maka apa
lagi? Apakah orang-orang Melayu perlu belajar dari
kemusnahan? Apakah kita yakin yang kita mampu bangun semula setelah
musnah?
Hakikatnya, DAP bersifat chauvinis dan rasis dan tidak akan
sekali-kali meletakkan diri mereka sama tinggi atau sama rendah dengan orang
Melayu. Biarpun DAP memerlukan Melayu untuk menang, membuka peluang
kepada Melayu pantang sekali.
No comments:
Post a Comment