Nampaknya ‘badi malang’ yang melanda Naib
Presiden Pas, Husam Musa seperti tiada penghujugnya. Lepas satu-satu musibah
melanda dirinya walaupun sebelum ini ramai mengatakan kemenangannya dalam
pemilihan muktamar lalu seperti menandakan sudah ada sinar baru dalam karier
politiknya. Namun ramai yang mengatakan kemenangan Husam hanyalah ‘nasib baik’
kerana undi kumpulan liberal berpecah dua antara Mahfuz Omar dan dirinya.
Pemilihan di Muktamar Pas ke-59 yang lalu menyaksikan Husam hanya
mampu menang tipis apabila memperolehi 520 undi berbanding Mahfuz yang
memperolehi 504 undi dengan 16 majoriti. Dalam erti kata lain, kemenangan Husam
itu membuktikan dia tidak mendapat sokongan penuh para perwakilan Pas yang
lebih cenderung memilih penyandang jawatan Salahuddin Ayub dengan 917 undi dan
Tuan Ibrahim Tuan Man yang mewakili kumpulan ulama dengan 849 undi.
Mungkin atas faktor itu kepimpinan Pas negeri Kelantan membuat
keputusan untuk menurunkan pangkatnya dengan melantik dia sebagai Timbalan
Pesuruhjaya PAS Kelantan III. Sedangkan sebelum ini, ketika Nik Abdul Aziz Mat
masih memegang jawatan sebagai Menteri Besar, Husam adalah merupakan Timbalan
Pesuruhjaya Pas Kelantan II.
Mungkin ada yang mengatakan ia adalah merupakan perkara biasa
dan ‘asam garam’ dalam dunia politik, namun para pemerhati
politik merasakan sebaliknya. Ramai yang berpendapat, penurunan pangkat Husam
ini adalah merupakan ‘rentetan episod balas dendam’ terhadap Husam
yang dilihat semakin biadap terhadap kumpulan ulama Pas.
Malah menurut sumber, sejurus selepas berjaya mempertahankan
jawatan sebagai Naib Presiden, sudah ada gerakan kempen untuk memastikan
jawatan Pesuruhjaya Pas Negeri Kelantan diberikan kepada Husam. Namun bak kata
pepatah, lain yang dirancang, lain yang jadinya apabila jawatan tersebut
akhirnya diberikan kepada Ahmad Yakob atas kapasitinya sebagai Menteri
Besar.
Tidak cukup dengan itu, ada yang mengatakan kekalahan calon
Timbalan Presiden, Nik Amar Nik Abdullah yang juga merupakan Timbalan
Menteri Besar Kelantan kepada penyandang jawatan Mat Sabu adalah berpunca dari
Husam.
Episod balas dendam terhadap Husam ini dikatakan bermula apabila
kepimpinan kerajaan negeri Pas Kelantan, memutuskan untuk tidak melantiknya
semula bagi mengisi jawatan Exco kerajaan negeri walaupun dia berjaya
memenanggi kerusi DUN Salor dalam pilihanraya umum yang lalu.
Sedangkan sebelum ini, dia adalah merupakan Exco kanan kerajaan
negeri dengan memegang portfolio Pengerusi, Jawatankuasa Perancangan Ekonomi,
Kewangan Dan Kebajikan.
Paling menarik apabila, ketika sesi penggulungan sidang DUN
Kelantan baru-baru ini, Husam dikatakan telah bertegang urat dan membidas
beberapa anggota Exco yang dikatakan gagal mengurus tadbir dengan baik, berlaku
kepincangan dan wujud penyelewengan dalam pentadbiran kerajaan Pas Kelantan.
Mungkin kerana tidak tahan dengan semua tuduhan yang dilemparkan itu, beberapa
anggota Exco dikatakan bangun untuk menafikan semua tuduhan tersebut.
Kesimpulannya, air mata Husam Musa menandakan badi malangnya tidak
pernah hilang. Dan bakal kekal untuk merosakkan dirinya.
No comments:
Post a Comment