Singapura cukup terkenal dengan sikap hidung tingginya. Negara itu gemar memandang rendah
terhadap Malaysia dan sering mengejek atau memperlekeh Malaysia. Tidak keterlaluan dikatakan bahawa
hubungan baik Malaysia dengan Singapura adalah satu hipokrasi semata-mata,
sekurang-kurangnya di pihak Singapura.
Telah beberapa kali Singapura dengan sengaja menyakitkan hati kita
dengan menggambarkan Malaysia sebagai tidak selamat dan tidak cukup baik
berbanding negara itu. Kononnya
pihak keselamatan kita tidak cekap dan tidak mampu membendung jenayah.
Dalam masa yang sama, terdapat juga rakyat Malaysia sendiri yang
mengagungkan Singapura melebihi negara sendiri. Segala-galanya ingin
dibandingkan dengan Singapura sama ada dari segi pendapatan atau
kemajuan. Bagi mereka,
Singapura adalah kiblat dan Malaysia perlu diubah dan ditukar agar menyamai
negara itu dari segi sosial, pendidikan dan segala-galanya.
Hakikatnya, yang ingin diubah agar menepati Singapura itu hanyalah
satu iaitu: ‘dikuasai oleh kaum Cina’.
Namun, negara yang terkenal sebagai ‘bandar saman’ itu akhirnya
terbukti sebagai tidak sehebat mana berbanding Malaysia. Walaupun berjaya menutup mulut dan
menekan kaum Melayu di sana agar menerima nasib sebagai warga kelas tiga,
tetapi Singapura tidak mampu menahan kemarahan orang-orang asing yang ditindas
di negara itu.
Kita tahu bahawa Singapura menyambut baik tenaga professional dari
luar dan diberi gaji yang sebegitu tinggi tetapi sikap kiasu semulajadi kaum
Cina membuatkan mereka melayan tenaga buruh dan pekerja asing peringkat bawahan
dengan buruk sekali. Akibatnya,
dua hari lepas, negara itu menyaksikan rusuhan paling buruk sejak 1969.
Perusuh dikenalpasti sebagai warga asing yang tidak puas hati
dengan gaji yang begitu rendah.
Mungkin ramai yang tidak tahu bahawa ini bukan kes pertama warga
asing menunjukkan rasa tidak puas hati mereka di negara itu. Tahun lepas seramai 170 pemandu bas
warga China telah melancarkan mogok menuntut gaji dan layanan yang lebih
baik.
Ternyata, Singapura itu adalah indah khabar dari rupa. Tiada keadilan yang sebenar dalam
negara yang dikuasai kaum Cina ini. Penindasan
merupakan perkara biasa yang selama ini ditutup dan dipateri rapat agar tidak
dapat dihidu oleh sesiapa.
Walaubagaimanapun, tiada siapa yang dapat menutup keburukannya
selama-lamanya. Hipokrasi
pasti terdedah jua.
Singapura bertindak tegas ke atas perusuh sepertimana mana-mana
polis di dunia.
Mungkin warga Malaysia yang begitu menyanjung Singapura perlu
mencerna tindakan polis Singapura ini sebaiknya. Ketahuilah bahawa hampir
tiada di kalangan rakyat negara itu yang membantah ketegasan polis dan kerajaan
mereka dalam membendung
rusuhan.
Bayangkan jika ia berlaku di Malaysia, belum apa-apa tentunya
sudah ramai yang memilih untuk membela perusuh dan percaya bahawa kerajaan kita
kejam. Tidak cukup dengan
itu, pasti akan diadu pula pada negara asing, agar membantu perusuh dan
mengecam kerajaan sendiri.
Kesimpulannya, jika kita ingin mencontohi Singapura, contohilah
sikap warganya yang disiplin dan matang yakni tidak mudah terpengaruh untuk
menghentam kerajaan dalam apa jua keadaan.
Tetapi, dalam pada itu, kita juga perlu memahami bahawa tidak
semua mengenai negara itu adalah baik. Sikap
hipokrit, kiasu dan perkauman bukanlah sesuatu yang perlu dicontohi. Apapun,
dalam segala segi, percayalah Malaysia adalah sepuluh kali ganda lebih baik
dari Singapura.
Buktinya, setiap usaha untuk melakukan rusuhan besar-besaran oleh
berbagai pihak tidak akan berjaya - bukan sahaja kerana pasukan keselamatan
kita lebih cekap dari Singapura tetapi apa yang lebih penting ialah kerana
kerajaan Malaysia sebenarnya tidak pernah menindas sesiapa.
No comments:
Post a Comment