Pasti ramai yang akan tergelak apabila
mendengar laporan yang mengatakan kerajaan Selangor akan memberikan baucar
bernilai RM30.00 kepada keluarga yang berpendapatan rendah di Selangor. Seperti
kata wak Mustara di dalam filem ‘Pendekar Bujang Lapok’, ini
betul-betul, bukan cobaan!!!!
Paling menarik, ia diakui sendiri oleh
Exco Pendidikan, Pendidikan Tinggi dan Pembangunan Modal Insan Selangor, Dr
Halimah Ali yang mengatakan kerajaan negeri akan memberikan baucar bernilai
RM30.00 itu bagi membolehkan keluarga itu membeli kasut sekolah untuk anak-anak
mereka di gedung pakaian jenama Bata.
Bukanlah niat untuk memperlekehkan jumlah
pemberian tersebut, namun sebagai sebuah kerajaan yang sering melaungkan slogan
‘Hidup Rakyat’ dan sebagainya apakah berbaloi nilai yang diberikan itu. Tambah
mengecewakan jumlah tersebut diberikan kepada keluarga dan bukannya mengikut
jumlah anak yang bersekolah di dalam keluarga tersebut.
Dalam erti kata lain, walaupun keluarga
tersebut mempunyai 6 orang anak yang masih bersekolah mereka tetap akan
diberikan baucar bernilai RM30.00 yang bersamaan RM5.00 untuk seorang anak.
Persoalannya apakah yang dapat dibeli dengan jumlah tersebut?
Tambah menghairankan ialah, media
pembangkang sebelum ini melaporkan mengenai sumbangan yang diberikan oleh
kerajaan Selangor bernilai RM 1,330,000.00 kepada Sekolah jenis Kebangsaan
Cina. Bukanlah bermaksud untuk menimbulkan isu perkauman, namun angka sumbangan
tersebut jelas memperlihatkan seolah-olah ada perbezaan dan dasar ‘pilih
kasih’ yang diamalkan oleh kerajaan negeri.
Malah rakyat Selangor pasti masih ingat
mengenai usul yang dibawa oleh Khalid Ibrahim selaku Menteri Besar untuk
menaikkan gaji dan elaun semua Adun di Selangor.
Sekiranya diteliti, mengikut usul tersebut
gaji Menteri Besar dinaikkan daripada RM14,175.15 kepada RM29,250 (106
peratus); anggota Exco kerajaan negeri dari RM6,109.29 kepada
RM20,250 (231 peratus); speaker Dun dari RM6,109.29 kepada
RM22,500 (266 peratus); timbalan speaker dari RM3,327.50 kepada
RM15,750 (373 peratus) dan Adun dari RM6,000 kepada
RM11,250 (87 peratus).
Antara hujah yang digunakan untuk
mewajarkan kenaikan tersebut ialah, kononnya kerajaan Selangor mempunyai
lebihan pendapatan hampir RM600 juta. Malah ekoran isu lebihan pendapatan itu
juga, pentadbiran Khalid dikritik oleh Anwar Ibrahim kerana gagal
menggunakannya seperti yang sepatutnya.
Namun apa yang mengecewakan ialah, lebihan
dana tersebut adalah merupakan sebahagian daripada peruntukan Sistem Maklumat
Rekod Jalan Raya Malaysia (MARRIS) yang gagal dimanfaatkan oleh Khalid untuk
memperbaiki jalan-jalan yang rosak teruk di Selangor.
Mengikut data yang diperolehi, daripada
2008 sampai 2012 kerajaan Persekutuan telah memperuntukkan sebanyak RM1.75
bilion kepada kerajaan negeri Selangor, namun hanya RM1.1 biliion sahaja yang
dibelanjakan.
Ia bererti RM600 juta yang disimpan dalam
rizab negeri itu bukan duit pendapatan kerajaan negeri tetapi duit kerajaan
Persekutuan yang sepatutnya digunakan untuk perbaiki jalan, tetapi kerajaan
negeri tidak gunakan, tapi digunakan untuk simpanan rizab.
Hasil rizab simpanan tersebut pula,
akhirnya bakal digunakan untuk membayar jumlah kenaikan yang bakal dinikmati
oleh semua Adun Selangor. Ini bermaksud rakyat terpaksa menanggung kerugian,
kesusahan dan kesengsaraan akibat masalah jalan rosak dan berlubang di Selangor
bagi menampung kenaikan elaun tersebut.
Dan sekelumit daripada lebihan itu,
sebanyak RM30.00 diperuntukkan kepada setiap KELUARGA yang kurang berkemampuan
untuk membeli kasut sekolah anak-anak mereka. Inilah realiti yang harus
dihadapi oleh rakyat khususnya pengundi di Selangor hasil kepercayaan yang
diberikan kepada kerajaan PKR, DAP dan Pas.
Hidup RAKYAT!!!!
No comments:
Post a Comment