Setelah masuk penggal kedua mentadbir
Selangor, pembangkang sudah sedar bahawa banyak daripada dasar serta program
pembangunan yang mereka laksanakan sebenarkan merugikan kerajaan negeri.
Dap yang merupakan sekutu PKR dan Pas sudah
mula melihat sesetengah dasar yang diperkenalkan pada tahun 2008 ketika
pembangkang mula menguasai Selangor sudah ketinggalan zaman atau 'outdated'.
Lantas Naib Pengerusi DAP negeri, Teng
Chang Khim membidas kerajaan negeri pimpinan Abdul Khalid Ibrahim supaya
menilai semula program-program seperti pemberian air percuma.
Air percuma sebanyak 20 meter padu
merupakan program teras pembangkang yang diperkenalkan pada peringkat awal
untuk menambat hati rakyat dan menarik sokongan kepada kerajaan negeri yang
baru.
Pembangkang heboh sekampung pertama kali
mereka melancarkan program tersebut kerana pada mereka itulah satu-satunya ide
paling hebat yang mereka fikir telah berjaya dijana oleh pemikiran pakar
strategik mereka.
Sejumlah RM382 juta telah dibelanjakan bagi
program air percuma 20 meter padu dari tahun 2008 hingga 2011.
Kalau diambil purata ini bermakna sepanjang
tempoh tiga tahun kerajaan negeri Selangor telah memperuntukkan kira-kira RM127
setahun untuk program tersebut.
Jika nilai purata itu dijumlahkan sehingga
tahun 2013, ini bermakna kerajaan negeri Selangor pimpinan PKR, Pas dan Dap
telah meleburkan duit kerajaan yang dikutip dari pembayar cukai sebanyak RM635.
Bayangkan pembangkang dengan mudah sekali
membazir lebih daripada setengah bilion ringgit duit rakyat bagi tujuan politik
yang akhirnya mengancam kedudukan kewangan negeri itu sendiri.
Wang sebanyak RM635 boleh digunakan untuk
membaik pulih aset-aset berkaitan kepunyaan negeri seperti loji pembersihan,
ampangan dan sebagai yang banyak daripada amat memerlukan penyelenggaraan.
Tapi sebaliknya Selangor memilih jalan
mudah untuk jolikan wang RM635 itu untuk kepentingan politik mereka dan tidak
memberi keuntungan kepada semua rakyat negeri itu.
Isu penduduk pangsapuri yang berkongsi
meter air induk masih belum diselelsaikan sehingga kini.
Dikatakan hampir 300,000 penduduk negeri
itu yang menghuni kediaman jenis pangpuri atau flet masih tidak menerima
setitik pun air percuma yang digembar gemburkan itu.
Jadi di mana keadilan sosial dan
merakyatkan ekonomi yang begitu gah disebut-sebut dalam setiap ceramah politik
mereka.
Ini bukan merakyatkan ekonomi namanya tapi
meranakan rakyat!
Mungkin sebab itu Chang Kim mengingatkan
menteri besar supaya mengkaji semula dasar populis tersebut.
Ganjil bunyinya apabila pembangkang sendiri
yang menggunakan istilah 'populis' terhadap pentadbiran mereka sendiri .
Sebelum ini pembangkang menuduh kerajaan
Barisan Nasional mengamalkan dasar populis tapi kini ludah yang mereka sembur
ke langit jatuh bertempek ke muka mereka sendiri.
Satu lagi dasar yang dikritik oleh bekas
speaker itu ialah kegagalan 12 pihak berkuasa tempatan (PBT) di Selangor
menggunakan peruntukan yang diberi untuk tujuan pembangunan.
Katanya setelah lima tahun memerintah, hanya
antara empat dan 10 peratus sahaja bajet untuk kesemua 12 PBT tersebut telah
berjaya digunakan.
Adakah PBT juga turut mengikut pe'el
menteri bersar yang dikatakan tangkai jering dan tidak mahu menggunakan
peruntukan negeri untuk kebajikan rakyat.
Mungkin PBT di Selangor juga berfikiran
sedemikian bahawa wang yang diperuntukkan lebih baik disimpan di dalam bank
untuk menjana faedah daripada dibelanjakan untuk pembangunan bagi kebaikan
rakyat.
Apa pun Selangor tidak lagi boleh mendabik
dada segala program atau dasar yang diperkenalkan benar-benar mensejahterakan
rakyatnya.
Lebih-lebih lagi Anwar Ibrahim selaku
penasihat ekonomi negeri bergaji RM1 telah juga gagal untuk membawa Selangor ke
tahap pembangunan ekonomi yang hebat dan cemerlang.
Apa yang dinikmati di Selangor ketika ini
adalah penat lelah dan jerih penat selama 50 tahun membangunakan negeri itu.
Pembangkang hanya datang, tadbir dan
nikmati segala apa yang ada sambil melaungkan kepada seluruh rakyat bahawa
semua itu adalah hasil kerja mereka.
No comments:
Post a Comment