Kes-kes penghinaan terhadap bangsa Melayu
dan Islam di negara ini terus berterusan hasil gerak kerja pakatan pembangkang.
Setiap hari ada sahaja kes tangkapan oleh
polis terhadap mereka yang memaki hamun serta mencaci cerca samada raja-raja
Melayu, Islam mahupun orang Melayu.
Komen-komen yang penuh dengan rasa benci,
marah dan penghinaan ini memenuhi ruang siber di jaringan sosial seperti
facebook, tweeter, blog serta komen-komen di bawah sesuatu artikel di dalam
internet.
Terbaru seorang perempuan India berusia 27
tahun ditahan kerana didakwa
mengeluarkan kenyataan yang menghina Sultan Selangor di dalam halaman
facebooknya.
Ini bukan perkara baru malah bermula sejak
Anwar Ibrahim dibebaskan dari Penjara Sg Buloh pada 2004.
Dalam usaha untuk melawan UMNO dan Barisan
Nasional, Anwar menyekutukan PKR dengan Pas dan Dap dalam satu pakatan
pembangkang.
Pada ketika blog menjadi kegilaan
masyarakat untuk menulis apa sahaja yang mereka terfikir mengenai sesuatu isu
samada politik, agama, sosial, dan sebagainya.
Pembangkang mengguna peluang ini untuk
menyebarluaskan pengaruh dan pemikiran mereka secara agresif.
Melalui pasukan siber, mereka mempengaruhi
minda rakyat dengan penulisan yang penuh dengan unsur fitnah dan tohmah.
Rakyat termakan dengan cerita rekaan Anwar
dan pembangkang mengenai isu rasuah, penyelewengan dan pembaziran serta gaya
hidup mewah pemimpin kerajaan.
Hasilnya pada Pilihan Raya Umum 2008, BN
kehilangan lima negeri termasuk Kelantan.
Selepas menawan Selangor, Pulau Pinang,
Kedah dan Perak (untuk seketika), pembangkang memperhebatkan lagi strategi dan
propaganda mereka menyerang kerajaan.
Kini jaringan sosial seperti facebook dan
tweeter sudah muncul dan mereka mengeksploitasi landasan sosial baru ini dengan
sepenuhnya.
Kali ini mereka tidak berhenti memainkan
isu rasuah dan penyelewengan tetapi memgembangkan serangan mereka meliputi
sosok peribadi raja-raja Melayu, menghina orang Melayu dan Islam secara
terang-terangan dan lebih berani atau 'daring'.
Di samping organisasi-organisasi bukan
kerajaan seperti Bersih yang didokong olen pertubuhan Yahudi antarabangsa
menyalurkan dana yang besar untuk menyerang kredibiliti Suruhanjaya Pilihan
Raya (SPR), Polis DiRaja Malaysia (SPRM), Kementerian Dalam Negeri dan
sebagainya.
Parti-parti pembangkang pula mengatur
strategi untuk menimbulkan keradaan huru hara dan ketegangan dalam negara
dengan menganjurkan pelbagai perhimpunan dan demonstrasi untuk menaikkan
kemarahan rakyat.
Mereka menggunakan isu-isu seperti kenaikan
harga minyak dan kos sara hidup, pinjaman PTPTN dan lain-lain isu untuk sengaja
menyerang kerajaan walhal dalam setiap isu kerajaan telah mengambil inisiatif
dan langkah yang sewajarnya untuk mengatasi apa jua masalah.
Pembangkang memilih jalan rusuhan jalanan
daripada dialog dan kompromi untuk menjayakan agenda mereka menumbangkan sebuah
kerajaan sah yang dipilih secara demokratik.
Pembangkang juga menggunakan organisasi
sebagai Comango untuk mempertikaikan negara ini sebagai sebuah negara orang Melayu
dan Islam sebagai terasnya dengan membawa isu-isu sensitif yang menyentuh
kesucian Islam kepada forum antarabangsa.
Comango berkempen agar masyarakat dunia
mengutuk Malaysia kerana mengamalkan syiar Islam dan nilai-nilai serta adat
ketimuran.
Mereka mahu Malaysia menjadi sebuah negara
seperti di Eropah dan Amerika Syarikay di mana perkahwinan sejenis dibenarkan,
budaya gay dan lesbian boleh bergerak bebas, fahaman yang merosakkan pemikiran
manusia seperti liberalisme juga diajar di sekolah dan institusi pengajian
tinggi di negara ini.
Ini adalah agenda yang dibawa olen Anwar
selepas dibebaskan dari penjara.
Tujuan beliau ialah untuk menukar sistem
demokrasi dan raja berperlembagaan kepada sistem republik di mana tiada lagi
hak-hak istimewa orang Melayu dan Islam tidak lagi menjadi agama persekutuan.
Anwar tidak sayangkan bangsa Melayu atau
negara ini.
Asalkan beliau boleh menjadi perdana
menteri, apa cara sekali pun adalah halal baginya.
Menjahanamkan bangsa dan agama tidak
mengapa bagi Anwar asalkan impian di hatinya tercapai untuk duduk di kerusi
empuk di Putrajaya.
No comments:
Post a Comment