Lim Kit Siang tidak pernah
menunjukkan rasa hormat atau penghargaan terhadap mana-mana pemimpin
UMNO. Bagi Kit Siang, semua
pemimpin UMNO adalah rasis, bodoh, ekstrem, korup, tidak layak, tidak berkesan,
tidak cekap atau tidak berguna langsung.
Bagaimanapun, Kit Siang nampaknya
mempunyai pandangan berbeza terhadap Tunku Abdul Rahman, Perdana Menteri yang
pertama dan juga Bapa Kemerdekaan. Percaya
atau tidak, Kit Siang telah memberi ucapan dalam sebuah forum khas untuk
mengenang legasi Tunku pada 9 January lalu.
Forum bertajuk ‘Legasi Tunku Abd.
Rahman’ diadakan di New Era College di Kajang di mana Ambiga merupakan antara
penceramah jemputan. Di
dalam ucapannya, Kit Siang memuji Tunku sebagai seorang pemimpin yang tidak
memberi ruang kepada pelampau dan pengkhianat serta mempromosi keamanan, kasih
sayang, harmoni dan kemakmuran.
Soalnya, kenapa Tunku berbeza dari
pemimpin UMNO lain di mata Kit Siang? Kenapa
Tunku berhak menerima penghormatan dari Kit Siang yang mana pemimpin UMNO lain
tidak layak?
Jangan terkeliru di sini. Kit Siang bukannya menghormati
Tunku. Beliau hanya
merindui waktu pemerintahan Tunku. Sewaktu
pemerintahan Tunkulah, Kit Siang berjaya menunjukkan kuasa bangsa Cina kepada
rakyat Malaysia. Tunku
tidak memberi ruang kepada pelampau dan pengkhianat tetapi sikap lurus dan
tidak mengambil tahunya telah memberi bukan sahaja ruang, tetapi hampir seluruh
negara kepada para pelampau dan pengkhianat seperti Kit Siang!
Maka, tidak hairanlah Kit Siang
begitu ‘menghormati’ kepimpinan Tunku kerana kepimpinan Tunkulah yang membawa
kita kepada tragedi 13 Mei.
Tragedi 13 Mei telah memaksa Tunku
meletak jawatan dan negara telah dipulihkan kembali oleh Tun Abdul Razak. Oleh itu jika Kit Siang benar-benar
ikhlas dalam menyesali 13 Mei, maka beliau seharusnya menyanjung Tun Abd.
Razak, bukan Tunku.
Nampaknya, satu-satunya penyesalan
Kit Siang mengenai 13 Mei ialah kegagalan kaum Cina untuk mengambil-alih
negara. Malah, Kit Siang
sendiri ditangkap kerana menghasut dan mencetuskan ketegangan kaum.
Sejarah meletakkan Kit Siang
sebagai ‘jurutera-ketegangan-kaum’. Beliau
tahu bagaimana untuk mencetuskannya, menjananya dan kemudian
meletupkannya. Jika kita
melihat dengan lebih dekat, membaca blognya, mengikuti kenyataannya dan
memerhati pergerakannya, kita boleh merasakan yang beliau sedang mengulangi apa
yang telah dilakukannya sebelum tragedy 13 Mei.
Cuma kali ini, beliau telah
belajar dari kesilapan dan bersedia untuk tidak dipersalahkan. Justeru,
sebagai langkah awal, beliau memberi gambaran kononnya UMNO dan orang-orang
Melayu yang ingin sangat mengulangi 13 Mei, sementara beliau dan partinya terus
membuat provokasi, mencabar malah menyeru ke arah ‘peperangan’, menggunakan
berbagai penyamaran seperti Kristian, NGO dan juga orang perseorangan.
Pemimpin yang tidak
bertanggungjawab ini kini seolah-olah menunggu masa bila orang-orang Melayu
akan mengamuk. Beliau tidak
peduli jika orang-orangnya sendiri (kaum Cina) menjadi sasaran kerana ia akan
dianggap sebagai ‘kemusnahan sampingan’ dalam sebuah perang yang lebih besar
iaitu merampas negara ini dari orang-orang Melayu.
Matlamat utama Kit Siang ialah
untuk melihat negara ini diperintah oleh Cina. Beliau tidak peduli betapa besar
kemusnahan yang berlaku dalam proses situ. Atas dasar inilah maka beliau merindui
kepimpinan yang lemah dan tidak ambil tahu di mana beliau boleh merancang dan
menyusun strategi tanpa disyaki.
Tahukah anda bahawa selepas 13
Mei, pihak berkuasa menjumpai beberapa tempat rahsia yang digunakan oleh
orang-orang Cina untuk menyimpan bekalan makanan? Ini sudah cukup untuk membuktikan
bahawa mereka telah merancang dan bersedia ke arah pertumpahan darah itu dengan
lebih awal.
Justeru, apakah jaminan yang
mereka tidak merancang atau pun telah bersedia untuk itu sekarang?
Harapan kita agar mereka
kebanyakannya adalah lebih rasional dari Kit Siang serta mampu berfikir untuk
tidak memperjudikan kehidupan yang mewah dan selesa semata-mata untuk memberi
kuasa kepada Dinasti Lim. Orang-orang
Cina sendiri pastinya tahu bahawa Kit Siang adalah seorang diktator.
Seorang manusia yang tidak merasa
bersalah atau kesal atas tragedi yang melanda negara dan bangsanya pastinya
bukan seorang pemimpin yang baik hati dan adil. Apakah anda sanggup menggantikan
kepemimpinan demokratik dengan seorang diktator yang kejam semata-mata atas
nama kuasa perkauman?
No comments:
Post a Comment