Dalam kita memperkatakan politik Malaysia yang ‘huru-hara’, kita sering terlupa kepada
perkara yang lebih besar iaitu hala tuju negara, identiti dan pengisian jati
diri anak bangsa. Kedua-dua
pihak yang bertelagah kelihatan sibuk mencari publisiti, membina imej dan
mempromosi diri bagi mencari populariti. Akibatnya, rakyat menjadi celaru,
haru-biru dan buntu.
Dalam kegilaan politik ini, tidak mustahil kita terlepas pandang
bahawa musuh telah pun mengambil tempat masing-masing tanpa kita sedari. Tidak mustahil juga mereka telah
bersedia menuju ke puncak dengan berjalan betul-betul di hadapan mata sang
papparazi.
Memerintah negara memerlukan kepimpinan yang mampu menyusun
strategi. Seorang pengatur
strategi yang baik pasti tahu bahawa perkara yang paling utama ialah ‘jangan
sekali-kali memandang rendah akan kemampuan musuh’. Justeru, adalah tidak salah kita
berfikir atau berimaginasi tinggi dalam menjangka strategi musuh. Adalah lebih baik dianggap ‘paranoid’
daripada gagal membaca strategi musuh. Namun,
apa yang lebih penting dari itu ialah kita harus tahu siapakah musuh kita dan
apakah yang membezakan kita dengan mereka. Dari situlah kita boleh mengukur
kekuatan dan kelemahan masing-masing.
Dalam politik Malaysia, BN dan musuhnya PR, sudah tentulah berbeza
dari segi gaya pemerintahan dan idea-ideanya. Sekiranya kedua-duanya membawa
aspirasi yang sama, apa perlunya mereka bersengketa, bukan begitu?
Oleh itu, apakah yang membezakan BN dan PR? Apakah yang menyebabkan BN kekal
memerintah sejak sekian lama? Siapakah
yang mengundi BN dan kenapa?
BN yang dikenali oleh rakyat adalah parti yang berpegang teguh
kepada perlembagaan dan yakin dengan formula yang menggariskan Hak Istimewa
Bumiputera. BN meletakkan
kesetiaan kepada Raja-raja Melayu sebagai tonggak utama. Identiti Malaysia di bawah BN adalah
sebuah negara yang maju, bebas namun santun beradab, sejajar dengan adat resam
Melayu, Asia dan juga agama Islam yang menjadi agama rasmi negara.
Malaysia di bawah BN tidak perlu tunduk kepada sesiapa, apatah
lagi kuasa besar yang menyembelih dan menindas umat Islam di serata
dunia. Malaysia di bawah BN
adalah sebuah negara yang mengambil sikap berkecuali tetapi terbuka menerima nilai-nilai
murni dari mana-mana negara atau tamadun serta menolak budaya barat yang tidak
membawa apa-apa kebaikan untuk anak bangsa. Pun begitu, Malaysia di bawah BN
bukanlah negara yang ekstrem dan rakyat Malaysia bebas berpesta dan bergembira
asalkan tahu batasnya.
BN bukan parti pesta muda-mudi yang meletakkan ‘gaya’ di tempat
utama tetapi sebuah parti yang bertanggungjawab yang meletakkan khidmat bakti
sebagai tiangnya.
PR pada dasarnya adalah seratus peratus berbeza dari BN.
Parti DAP di dalam PR meletakkan penghapusan Hak Istimewa Melayu
sebagai tonggak utama. DAP
juga diketahui menentang Raja-raja Melayu. DAP secara terbuka menyuarakan hasrat
untuk menghapuskan klausa Islam sebagai agama rasmi negara. DAP ingin menjadikan Malaysia seperti
Singapura iaitu sebuah Republik tanpa Raja.
PKR pula secara terbuka mendokong kebebasan total ala barat. Pemimpin PKR tanpa segan silu duduk
bersama-sama pejuang murtad dan LGBT. Malah,
pemimpin tertinggi PKR sendiri menyatakan yang undang-undang Islam yang
mengharamkan homoseksual adalah lapuk. Beliau
juga terkenal dengan pendirian pluralisme iaitu menganggap semua agama adalah
sama.
Selain itu, pemimpin tertinggi PKR juga merujuk kepada Paul
Wolfowitz dan Al-Gore iaitu dua personaliti yang terlibat secara langsung dalam
penyembelihan umat Islam di negara Arab sebagai ‘sahabat’. Kedua mereka ini juga telah beberapa
kali menghulur bantuan kepada pemimpin tertinggi PKR itu dalam berbagai cara;
antaranya, memberi beliau pekerjaan sebagai Pensyarah di Amerika, berkempen
menyokongnya di barat, memberi tekanan kepada kerajaan Malaysia dan
berbagai-bagai cara lagi yang sukar untuk dibayangkan oleh seorang rakyat biasa
dari Malaysia.
Parti PAS, sebaliknya, membawa aspirasi yang langsung berbeza
dengan DAP mahupun PKR kerana ia membawa slogan Negara Islam dengan
undang-undang hudud sebagai matlamat utama. PAS berpendekatan ekstrem di mana
parti itu ingin menghapuskan segala bentuk hiburan di dalam negara termasuk
merobohkan kilang arak.
Walaubagaimanapun, itu cerita lama.
PAS hari ini sudah terlalu keliru, buntu dan tidak tahu lagi mana
hendak dituju. Pemimpinnya telah tersesat jauh membontoti DAP, sementara
penyokongnya pula termangu-mangu di belakang Anwar Ibrahim. Hari ini, PAS telah memilih untuk
bersama pejuang murtad, LGBT, Kristian dan pastinya turut menikmati wang
Yahudi. PAS sudah
tiada pendirian mahupun maruah dan harga diri kerana semuanya sudah digadai,
terbarai dalam kegilaan untuk merampas kuasa dari BN.
Hakikatnya, kewujudan PAS di dalam PR hanyalah sebagai pembekal
pengundi dan penyokong buta tuli kepada gabungan parti pembangkang itu. Justeru, apapun pendirian PAS
tidak akan membawa apa-apa makna kepada sesiapa. PAS boleh bertakbir, melalak dan
berlakon apa saja, tetapi parti itu tidak mungkin dapat menentukan hala tuju
negara sekiranya PR mengambil alih pemerintahan.
Secara ringkasnya, sekiranya PR menjadi pemerintah, maka Malaysia
akan dibentuk mengikut acuan DAP dan PKR iaitu menjadi sebuah negara republik
yang berpegang kepada pluralisme agama dan berfahaman liberal yang mana 100%
berbeza dari pemerintahan
BN.
Pendirian dan gaya pemerintahan inilah yang memastikan BN menang
dalam setiap PRU. Malangnya, BN pada hari ini, tidak lagi sekuat
dahulu.
Kedudukan BN menjadi rapuh apabila rakyat mengesyaki yang adanya
usaha untuk mengubah pendirian dan gaya pemerintahan serta cenderung menyamai
PR. Semakin perubahan
itu ketara, semakin BN menjadi lemah sehingga akhirnya mencatat keputusan
pilihanraya paling buruk dalam sejarah pada PRU-13.
Perubahan di dalam BN tidak mungkin berlaku secara
semulajadi. Ia pastinya
dibawa oleh pemikiran-pemikiran pro-PR yang kini, entah bagaimana, berada di
dalam BN. Usaha mengubah BN
menjadi PR cukup jelas apabila satu demi satu tuntutan PR dan NGO-NGO yang
didalangi mereka dituruti oleh kerajaan, sekali gus menyebabkan rakyat semakin
menolak BN.
BN dilihat ‘takut’ untuk mengambil tindakan tegas ke atas pihak
penentang kerajaan, penghasut perkauman dan juga pencabar perlembagaan yang
hampir semuanya mempunyai rangkaian terus kepada PR.
Walaupun PR dilihat semakin ‘berkuasa’ di dalam BN, namun parti
itu tidak mampu bertindak lebih jauh melepasi halangan Raja-raja.
Dari situlah kita perlu mengambil serius akan idea si Hishamuddin
Rais bahawa antara faktor utama Anwar Ibrahim ingin menjadi Menteri Besar
Selangor ialah beliau ingin ‘dekat’ kepada Sultan dan Raja-raja Melayu. Idea Hishamuddin Rais ini kemudiannya
dipetik pula oleh Lim Kit Siang di dalam blognya melalui tulisan Augustine
Anthony.
Dengan minat yang ditunjukkan DAP mengenai Raja-raja secara
tiba-tiba, maka kita sewajarnya memberi perhatian penuh kepada PRK
Kajang. Walau betapa
kecilnya kemungkinan yang Anwar mampu memberi kesan kepada Institusi Raja sekiranya
beliau menjadi Menteri Besar, kita tidak harus mengenepikannya.
Jika ini benar, ia bermakna musuh telah berada di garisan
pertahanan terakhir dan hanya menunggu masa untuk ‘check-mate’. Dengan dana Selangor yang begitu
banyak, tiada apa-apa yang mustahil lagi bagi orang yang gila kuasa seperti
Anwar Ibrahim.
Mungkin ada yang berkata bahawa imaginasi penulis terlalu jauh dan
tidak masuk akal, namun adalah lebih baik bagi kita untuk membaca segala
kemungkinan dan bersedia menghadapinya - kecualilah, jika kita benar-benar
tidak peduli atau sengaja ingin merelakannya.
Sekiranya kepimpinan BN serius untuk menentang Anwar dan ideologi
PKR-DAP maka BN perlu terlebih dahulu mengembalikan kekuatan parti. Dan satu-satunya cara untuk
mengembalikan kekuatan itu adalah dengan meletakkan Malaysia kembali di atas
paksi asalnya.
Rakyat telah menolak PR kerana rakyat tidak gemar dan tidak yakin
dengan aspirasi parti itu. Oleh
itu, BN tidak perlulah meniru-niru parti yang ditolak kerana akibatnya BN akan
turut ditolak. Ingatlah,
golongan liberal, plural, LGBT bukanlah majoriti. Begitu juga dengan golongan korporat,
konglomerat atau taikun-taikun - mereka bukannya mewakili majoriti. BN tidak perlu terikut-ikut cara PR
mengambil hati mereka ini.
Cara BN sebelum ini sudah cukup baik dan terbukti membawa hasil
yang berpanjangan kepada golongan korporat, konglomerat dan taikun-taikun
tersebut serta seluruh rakyat dan negara.
Maka yakinlah dengan diri sendiri dan berdiri megahlah atas paksi
yang dibina oleh datuk nenek moyang kita di dalam UMNO, MCA dan MIC. Tidak perlu diubah apa-apa yang tidak
rosak - hanya perlu perbaiki
No comments:
Post a Comment