Friday, February 14, 2014

Anwar Terpaksa Mohon Bantuan ‘Raksasa’ Untuk Masuk Jepun

Portal dan para penyokong pembangkang semalam begitu ghairah memainkan isu mengenai permohonan maaf yang dibuat oleh Yayasan Keamanan Sasakawa (SPF) bagi membersihkan imej Ketua Pembangkang, Anwar Ibrahim yang tercalar sebelum ini.

Pengerusinya, Jiro Hanyu, berkata tujuan utama lawatannya semalam adalah untuk memohon maaf kepada Anwar dan akan berusaha sedaya upaya untuk memastikannya dapat memasuki Jepun pada lawatan yang akan datang.

“Sebab utama lawatan ini ialah untuk meminta maaf kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim atas pengalaman buruknya di lapangan terbang.

“Saya juga sudah menghantar surat kepada pihak kehakiman dan kementerian hal ehwal luar untuk mendapatkan penjelasan,” katanya.

Persoalannya ialah, mengapa SPF yang membuat permohonan maaf? Sedangkan Anwar sebelum ini cuba menyalahkan kerajaan Malaysia dan Wisma Putra berhubung insiden yang memalukan itu. Tidak cukup dengan itu, Anwar turut melepaskan kemarahannya dengan menyalahkan kerajaan Jepun yang disifatkan menafikan hak dan menghalangnya dari memasuki negara itu.

Maka, sekiranya dakwaan Anwar itu benar sepatutnya kerajaan Malaysia dan Jepun lah yang membuat permohonan maaf tersebut dan bukannya pihak SPF.

Mengikut laporan yang dikeluarkan, pegawai imigresen yang bertugas di Lapangan Terbang Narita sebelum ini telah meminta Anwar agar membatalkan hasrat untuk memasuki negara Jepun. Sekali gus mengarahkannya untuk segera meninggalkan negara itu dengan mengambil penerbangan pertama atau ‘dipaksa’ untuk dihantar balik.

Namun semua tuduhan yang tidak berasas itu, kembali menimpa dirinya, apabila jurucakap kedutaan Jepun di negara ini menjelaskan masalah itu berpunca dari Anwar sendiri, yang gagal untuk memohon dan mengemukakan visa perjalanan.

Malah pihak media Jepun juga turut melaporkan perkara yang sama. Dalam erti kata lain, ia disebabkan oleh salah Anwar kerana enggan untuk mematuhi arahan dan undang-undang yang telah ditetapkan oleh pihak berkuasa negara itu.

Rentetan daripada itu, masyarakat Malaysia mula mentertawakan Anwar yang jelas telah memperbodohkan dirinya sendiri. Di laman media-media sosial pula, penuh dengan watak-watak animasi Jepun seperti Doraemon, Ultraman, Kesatria Baja Hitam dan banyak lagi yang dijadikan bahan lawak jenaka ekoran insiden yang memalukan itu.

Kesimpulannya, lawatan dan permohonan maaf SPF itu hanyalah ‘sandiwara’ terbaru untuk membersihkan imej Anwar. Nampaknya Anwar terpaksa meminta bantuan ‘raksasa’ untuk membolehkannya memasuki Jepun.



No comments: