Ketua Umum PKR, Anwar Ibrahim sebelum ini
sering mengatakan dia yakin akan mampu mengekalkan penguasaan PKR di Kajang
sekali gus memperoleh mandat yang besar dari pengundi. Namun di sebalik keyakinan
tersebut ternyata Anwar sebenarnya gusar dan takut sekiranya pengundi Kajang
mengambil keputusan untuk menolaknya.
Ini kerana Anwar sedar tindakannya parti
itu yang meletakkan jawatan dengan sengaja telah mengundang kemarahan rakyat
khususnya mereka yang mengundi parti itu. Tindakan itu bukan sahaja dilihat
membazirkan wang pembayar cukai, tetapi yang paling penting parti itu dilihat
telah mengkhianati amanah dan kepercayaan yang diberikan.
Maka atas sebab itu, Anwar terpaksa
berkempen awal bagi memujuk semula hati pengundi yang seakan-akan telah mula
bosan dengan drama dan sandiwara yang dipentaskan selama ini.
Menariknya, tindakan kempen awal yang
dijalankan itu telah menyebabkan rakyat semakin marah dan meluat. Ia bukan
sahaja ia meletihkan, kehadiran para jentera pakatan rakyat yang semakin
memenuhi Kajang telah menjadikan pekan kecil itu semakin sesak dan merimaskan.
Mungkin disebabkan itu, program-program
anjuran mereka semakin kurang mendapat sambutan masyarakat. Contohnya program
ceramah perdana yang dianjurkan semalam hanya mampu menghimpun sekitar 200
orang sahaja. Tambah menarik, apabila Anwar hanya bercakap sekitar 25 minit
sahaja semalam.
Pelik bukan! Mana hilangnya mereka yang
menyokong pakatan rakyat sebelum ini? Sedangkan sebelum ini, ceramah Anwar
kebiasaannya dihadiri oleh ribuan penonton.
Lihat sahaja kempen ceramah yang dilakukan
sebelum pilihan raya umum ke-13 (PRU13) yang lalu. Hampir di setiap tempat yang
dihadiri Anwar, akan menyaksikan kehadiran yang ramai sehingga ‘pecah
panggung’.
Anwar yang berucap di Kompleks
Penghulu Batu 10 Cheras, di Kajang semalam, mengatakan akan membawa masuk Tan
Sri Muhammad Muhammad Taib ke dalam pentadbiran Selangor sekiranya dia menang
di Kajang. Menurutnya bekas Menteri Besar Selangor itu mempunyai kepakaran
dalam program desa yang amat diperlukan dalam pentadbiran Selangor.
Apa yang menghairankan ialah, semua
pemimpin Umno sebelum ini dikecam hebat oleh pakatan rakyat. Namun apabila
mereka menyokong pembangkang, semua kecaman tersebut akan bertukar menjadi
kepakaran.
Kesimpulannya, Anwar semakin terdesak,
kegagalannya untuk menang di Dun Kajang atau sekurang-kurangnya menambah
bilangan majoriti undi akan menyebabkan dia mendapat malu yang besar. Ia sekali
gus membuktikan rakyat semakin muak dan sedar akan penipuan demi penipuan yang
sengaja dicipta untuk memburukkan kerajaan demi memenuhi nafsu politiknya.
Dalam
PRU13, calon PKR mendapat 19,571 undi, berbanding calon BN, Lee Ban Seng yang
mendapat 12,747 undi. Komposisi pengundi di Kajang membentuk 49% Melayu, 40%
Cina, 10% India dan 0.91% lain-lain.
Suruhanjaya
Pilihan Raya menetapkan tarikh PRK DUN Kajang pada 23 Mac dan hari penamaan
calon jatuh pada 11 Mac.
No comments:
Post a Comment