Tuesday, February 18, 2014

Kit Siang Ekstremis Pengecut: Baling Batu, Berjabat Tangan?

Entah kenapa terasa loya tekak apabila membaca blog Kit Siang pada 16 Februari lalu yang menyeru rakyat Malaysia agar “Cintai Malaysia, Selamatkan Malaysia” (Love Malaysia, Save Malaysia).  Kit Siang menyeru sedemikian kononnya untuk menentang sekumpulan kecil rakyat ‘tidak berjiwa Malaysia, yang giat menyemarakkan semangat perkauman. 
 
Biarpun seruan tersebut adalah seruan yang murni, namun, kita mempunyai masalah untuk mencernanya kerana Kit Siang itu sendiri langsung tidak berjiwa Malaysia. 
 
Kit Siang yang kita kenali adalah pencetus rusuhan kaum 13 Mei.  Sehingga kini, Kit Siang tidak pernah merasa bersalah ataupun menyesali tragedi itu, malah menafikan pula penglibatannya serta berusaha mengubah sejarah. 
 
Parti Kit Siang menolak sejarah negara ini sehingga ke tahap enggan mengiktiraf kedudukan tulisan jawi dalam sejarah negara.  Parti Kit Siang enggan menerima hakikat bahawa teras identiti negara adalah bangsa dan budaya Melayu, yang merupakan penduduk asal.  Kit Siang lebih selesa berbahasa Inggeris dan lebih gemar memperjuangkan Bahasa Mandarin.  Kit Siang inginkan perpecahan antara kaum kekal melalui sekolah-sekolah vernakular.  Kit Siang juga terus mempertikai Hak Istimewa Melayu dan agama Islam sebagai agama rasmi negara yang menjadi formula perpaduan terbaik, sekali gus, tonggak identiti Malaysia. 
 
Sifat perkauman Kit Siang semakin terserlah sejak Akta Hasutan dihapuskan di mana penyokong Kit Siang-DAP-PR begitu giat memprovokasi, mencabar dan menghina Melayu, Raja-raja Melayu dan agama Islam di laman-laman sosial mereka.   
 
Pendek kata, tiada apa-apa yang ‘Malaysia’ di dalam diri Kit Siang melainkan Cina dan Cina semata-mata.  Oleh itu, apabila Kit Siang berkata ‘cintai Malaysia’, kita terasa begitu loya. 
 
Satu perkara mengenai Kit Siang atau DAP ialah mereka gemar menggunakan ayat samar atau umum dalam memperkatakan sesuatu isu.  Sekiranya mereka ingin mengutuk Melayu, mereka akan merujuk kepada UMNO dan jika mereka ingin memperjuangkan Cina, mereka merujuk diri mereka sebagai rakyat Malaysia (Malaysians).  Dengan cara ini, mereka boleh menafikan bahawa tindakan mereka adalah rasis sekiranya diserang balas. 
 
Apa jua strategi mereka, matlamat DAP hanya satu, iaitu merampas kuasa politik Melayu. 
 
Dalam usaha itu, parti ini telah dengan sengaja menyemarakkan isu kalimah Allah. Tumpuan utama DAP adalah untuk merebut Sabah dan Sarawak yang majoriti penduduknya adalah Kristian.  Maka, saban hari isu ini dimainkan di semua media pembangkang seolah-olah ia merupakan isu hidup dan mati penganut Kristian.  Kononnya, kerajaan tidak memberi kebebasan beragama, UMNO parti rasis manakala pemimpin UMNO pula tidak menepati slogan kesederhanaan. 
 
Biarpun isu tersebut telah diputuskan oleh mahkamah, Kit Siang dan partinya mengambil sikap tidak peduli dengan undang-undang dan terus menyemarakkan keadaan dengan berbagai tuduhan terhadap kerajaan, UMNO, Melayu dan umat Islam.  Setiap kali melancarkan serangan, Kit Siang bersembunyi di sebalik nama ‘Malaysian’, dan bukan Cina - sambil mengutuk ‘UMNO’, dan bukan Melayu. 
 
Justeru, apabila orang Melayu bertindak balas dengan mensasarkan kepada DAP dan orang-orang Cina, maka Kit Siang akan menuduh UMNO sebagai rasis, orang Melayu sebagai pengganas manakala orang Islam itu ekstrem.
 
Namun, apapun label yang Kit Siang berikan kepada orang-orang Melayu, ia tidak mengubah hakikat bahawa Alvivi adalah penyokong DAP, begitu juga dengan anak-anak muda Cina yang menterbalikkan bendera Malaysia dengan bangga.  Ia juga tidak mengubah hakikat bahawa kalimah Allah tidak pernah menjadi isu sehingga pihak Kristian menuntut penggunaannya dan mencabar undang-undang. 
 
Dalam kata lain, bukan orang-orang Islam atau Melayu yang menghina Injil, Jesus atau perayaan dan agama orang-orang Cina di laman-laman sosial.  Bukan orang Islam yang menghalang orang Cina atau Kristian untuk mengamalkan agama mereka.  Bukan pemimpin Melayu Islam yang merampas tanah dan perniagaan bangsa lain. 
 
Tetapi orang bukan Islam yang menyuruh guru dan penyanyi Islam membuka tudung sekiranya ingin bekerja dengan mereka.  Orang bukan Islam yang melanggar undang-undang dan mencabar perlembagaan.  Pemimpin bukan Islam yang menindas orang Melayu Islam dengan merampas tanah dan perniagaan mereka.
 
 Justeru, pihak manakah yang ekstrem atau pengganas di sini?  Islam atau bukan Islam?
 
Jelas sekali, pihak bukan Islamlah yang sengaja ingin mencetuskan ketegangan bagi mengumpan tindak balas dari orang Islam.  Umpan tersebut akhirnya membawa hasil apabila Molotov koktail dilempar di gereja dan kepala khinzir diletakkan di masjid. 
 
Tidak dapat dipastikan angkara siapakah semua ini dan tidak mustahil ia adalah angkara pihak ketiga yang ingin melihat rusuhan kaum berlaku di negara ini. 
 
Namun, angkara siapapun ia, sedarkah kita bahawa semua ini tidak akan berlaku jika orang-orang bukan Islam yang sependapat dengan Kit Siang benar-benar menghayati identiti Malaysia serta akur kepada undang-undang dan perlembagaan. 
 
Malang sekali, Kit Siang adalah seorang yang tidak bertanggungjawab dan pengecut. Beliau hanya berani membaling batu dari belakang komputernya sambil membuat provokasi dan mencabar kerajaan melalui rangkaian dan penyokongnya, tetapi di masa yang sama, beliau menyembunyikan tangannya.  Kini, apabila keadaan semakin getir, beliau pula yang terhegeh-hegeh ingin berjabat tangan dengan BN, konon untuk ‘bekerjasama demi perpaduan dan keamanan negara’.   
 
Untuk pengetahuan Kit Siang, rakyat tidak sebodoh penyokong-penyokong DAP. Majoriti rakyat boleh membaca strategi DAP melalui blognya.  Apa yang jelas, DAP adalah sebuah parti ektremis Cina yang zalim lagi hipokrit yang sanggup menggadaikan nyawa rakyat dan kemakmuran negara demi kuasa politik Cina. 

No comments: