Kempen awalan yang dimulakan oleh Anwar
Ibrahim di Kajang menunjukkan pembangkang menjangkakan pertembungan sengit
dengan Barisan Nasional.
Kerusi Dewan Negeri Undangan Kajang sudah
berada dalan genggaman pembangkang masuk penggal kedua tetapi mereka masih
khuatir akan kekuatan di kawasan itu.
Sepatutnya Anwar dan pembangkang merasa
selesa kerana negeri sudah mereka tawan bagi penggal kedua pula dan sokongan
terhadap beliau juga nampaknya tidak menjadi masalah terutama di kalangan
pengundi Cina.
Tetapi mengapa Anwar masih menggelabah lalu
cepat-cepat turun ke padang untuk menemui pengundi dan penyokong sejurus beliau
mengumumkan dirinya menjadi calon di Kajang.
Satu kemungkinan boleh disebabkan kemampuan
kerajaan pusat mengurus ekonomi dan pembangunan negara baik.
Ini menyukarkan Anwar dan jentera pilihan
raya pembangkang untuk meyakinkan rakyat terhadap apa yang telah disumbangkan
oleh PKR, Pas, dan Dap di Selangor.
Sepanjang dua penggal ketiga-tiga parti itu
memerintah Selangor, ekonomi negeri itu tidak menyerlah sepertimana berlaku di
bawah pentadbiran BN satu masa dahulu.
Tidak ada pengumuman program ekonomi besar
yang diumumkan malah tidak ada berita mengenai pelaburan asing yang besar di
Selangor.
Semuanya berjalan atas kejayaan yang
dicetus dan dibawa oleh BN selama lebih 50 tahun.
Contoh terbaik yang menunjukkan kegagalan
kerajaan negeri PKR-Pas-Dap ialah sikap anti kerajaan pusat sehingga membawa
kepada kesengsaraan rakyat dalam isu air.
Sedari 2009 kerajaan pusat sudah memberi
amaran bahawa negeri itu akan mengalami krisis air yang kronik jika kerajaan
negeri tidak memberi kelulusan berhubung projek Air Selangor 2.
Malangnya pembangkang melihat isu air
sebagai satu isu baik untuk dipolitikkan.
Untuk menunjukkan kuasa mereka menteri
besar Khalid Ibrahim bersikap angkuh menolak kerjasama dengan kerajaan pusat
dan akhirnya jutaan rakyat negeri Selangor dan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur
terpaksa menanggung sengsara kekurangan bekalan air.
Keadaan musim panas dan kering telah
menyebabkan paras air di beberapa empangan di Selangor sudah mencapai tahap
kritikal dan kemungkinan besar catusan air akan dikenakan.
Jika kerajaan negeri lebih bersikap terbuka
dan pro-rakyat sebagaimana yang mereka laungan sudah tentu krisis ini boleh
dielakkan dengan persediaan awal.
Satu lagi faktor yang ditakutkan oleh Anwar
ialah kejayaan perdana menteri Datuk Seri Najib Tun Razak meringankan beban
hidup rakyat.
Lebih tujuh juta rakyat berpendapatan
rendah kini dalam proses menerima pemberian wang tunai di bawah program Bantuan
Rakyat 1Malaysia (BR1M).
Pemberian BR1M selama ini diterima baik
oleh rakyat yang mana Malaysia satu-satu negara di dunia yang mewujudkan
program ini untuk rakyatnya.
Negara kaya seperti Amerika Syarikat, Cina
dan Eropah tidak mampu untuk menyaingi apa yang dilakukan oleh negara ini.
Tambah pula agihan dividen oleh Kumpulan
Wang Simpanan Pekerja tertinggi dalam sejarah sebanyak 6.35 peratus membuktikan
ekonomi Malaysia berada pada landasan yang betul dan mantap.
Ia berlaku selepas PRU13 dan ini satu lagi
bukti bahawa kerajaan tidak bermain politik memperjudikan nasib dan kebajikan
rakyat.
BR1M dan kadar dividen KWSP paling tinggi
membuktikan dasar fiskal kerajaan untuk adalah antara terbaik di dalam dunia.
Ketika kuasa ekonomi gergasi AS dan Eropah
bergelut menyelamatkan ekonomo masing-masing, Malaysia terlindung daripada mala
petaka krisis ekonomi dunia disebabkan kepimpinan negara yang cekap dan
professional.
Sekiranya perdana menteri dan anggota kabinet
tidak mampu mengemudi bahtera ekonomi negara dalam keadaan lautan ekonomi dunia
yang bergelombang, nescaya ia akan tenggelam dan hanyut ditelan badai dan
taufan.
Tetapi semua ini tidak berlaku menunjukkan
negara berada dalam tangan yang cekap dan diyakini.
No comments:
Post a Comment