Ahli parlimen DAP, Teresa Kok cuba
mempertahankan tindakan biadap dan kurang ajar yang dilakukan
melalui video sindiran sempena Tahun Baharu Cina baru-baru ini.
Menurutnya Umno sengaja ingin memutarbelitkan isu kandungan klip video yang
bertajuk ‘Onederful Malaysia’ itu kerana telah bankrap idea.
Wakil rakyat dari Seputeh itu mengatakan,
rakaman video tersebut hanyalah merupakan‘satira politik’ (lawak politik) semata-mata
kerana ia tidak merujuk kepada mana-mana pihak dan tidak menyebut sebarang nama
serta bukan bersifat hasutan.
Paling menarik dia turut mengatakan
sekiranya pihak berkuasa mengambil tindakan terhadap dirinya ia adalah
merupakan “penindasan politik”.
Video berdurasi hampir 12 minit yang
disiarkan di YouTube itu antara lain memperlihatkan barisan tetamu undangan
berkenaan mengeluarkan kenyataan menyindir beberapa perkara, termasuk sistem
pendidikan negara dan isu keganasan di Sabah.
Malah, seorang tetamu dikenali Master Yan
Yan yang ditanya mengenai Tahun Melawat Malaysia 2014 mengutuk Sabah dengan
kenyataan berikut : But then, you can travel to Sabah, where you get
to see pirates, with a bonus show of kidnapping and scenes of open fire" (anda
boleh melancong ke Sabah, di mana anda boleh melihat lanun, dengan pertunjukan
bonus penculikan dan babak tembakan).
Sindiran-sindiran lain didakwa turut
ditujukan kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dan isteri, Datin
Seri Rosmah Mansor.
Yang menariknya isu yang hampir sama ini,
pernah terjadi pada beberapa tahun yang lalu. Pada 9 Oktober 2008, dia
telah mengemukakan saman berjumlah RM30 terhadap Penolong Ketua Pengarang 1
Kumpulan Utusan, Datuk Mohd. Zaini Hassan dan Utusan Melayu (M) Bhd yang
kononnya telah menerbitkan sebuah artikel fitnah.
Artikel yang bertajuk 'Azan, Jawi,
Jais, UiTM dan 'ba-alif-ba-ya' itu dikatakan bertujuanmemperkecilkan
dirinya secara peribadi dan rasmi termasuk sebagai Ahli Parlimen, ahli Dewan
Undangan Negeri (ADUN) dan anggota Exco kerajaan negeri Selangor.
Ketika perbicaraan kes tersebut, dia yang
ditanya oleh peguam mengakui artikel tersebut langsung tidak menyebut namanya.
Tidak lama selepas itu, Teresa telah mengarahkan peguamnya untuk menarik semula
kes tersebut tanpa memberikan sebarang alasan.
Selain daripada itu, dia juga pernah
mengemukakan saman terhadap Ketua Pegawai Eksekutif Malaysian Press
Institute (MPI), Datuk Chamil Wariya kerana menulis sebuah cerpen
bertajuk “Politik Baru YBJ” yang kemudiannya diterbitkan dalam
akhbar Mingguan Malaysia pada 12 Oktober 2008.
Merasakan cerpen tersebut merujuk kepada
dirinya, anggota Exco kerajaan negeri Selangor itu segera memfailkan saman
pada 12 Disember 2008 yang berjumlah RM30 juta juga. Dia mendakwa cerpen
tersebut telah merujuk kepada dirinya dan bukan hanya sekadar kebetulan. Kes
tersebut juga akhirnya diselesaikan di luar mahkamah.
Kesimpulannya, apabila terkena batang
hidung sendiri dia bukan main marah lagi, sehingga bertindak mengemukakan saman
yang bernilai jutaan ringgit. Pada ketika itu, tidak timbul pula soal satira
politik atau hanya sekadar lawak jenaka.
Diharapkan siasatan terhadap kes ini dapat
dijalankan dengan segera agar hukuman dapat dijalankan sekiranya terbukti dia
bersalah.Semoga dengan tindakan itu, tidak ada lagi kes-kes yang menyentuh
sensitiviti dan bersifat perkauman dilakukan oleh mana-mana pihak yang tidak
bertanggungjawab
No comments:
Post a Comment