Friday, February 28, 2014

Saman Pil Kuda, PKR Jatuhkan Maruah Presiden Pas

Para penyokong Pas menyelar kenyataan Ketua Umum PKR, Anwar Ibrahim yang menggesa agar kes saman malu antara bekas calon PKR Bukit Besi, Mohd Shamsul Mat Amin dengan Presiden Pas, Abdul Hadi Awang diselesaikan di luar mahkamah.

Kenyataan yang dikeluarkan melalui laman Facebook ‘Kami Bersama Ulama Muda Haraki’ itu meminta agar kes saman ini diteruskan perbicaraannya di dalam mahkamah, kerana di dakwa ia telah menjatuhkan maruah Hadi selaku Presiden.

“Selesai dalam mahkamah. Kamu dah jatuhkan maruah Presiden kami. Senang-senang nak tarik perhatian penyokong PAS... KAMI DAH TAHU
PERMAINAN KAMU,” tegasnya.

Terdahulu Anwar melalui laman twitternya cuba mengambil jalan selamat untuk memujuk hati para penyokong Pas yang marah dengan tindakan itu dengan menjelaskan kononnya PKR telah meminta agar perkara tersebut diselesaikan di luar mahkamah.

Dia yang juga merupakan bakal calon untuk kerusi Dun Kajang menjelaskan, walaupun keluarga Mohd Shamsul berkeras untuk meneruskan saman tersebut namun pemimpin PKR di peringkat pusat telah memberikan nasihat kepadanya berhubung perkara tersebut.

“Pimpinan telah nasihat dulu. Keluarga berkeras. Saya telah jelaskan kepada Abdul Hadi. Kita sedang usahakan,” katanya.

Para penyokong Pas sebelum ini terkejut dengan keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Terengganu yang memerintahkan Hadi agar membayar saman RM2 juta yang dikemukakan oleh Shamsul yang juga merupakan Ketua Angkatan Muda PKR Dungun.

Saman tersebut difailkan oleh Shamsul, ekoran dari kenyataan Hadi di dalam ceramahnya di Kampung Tebakang, Alor Limbat di Marang, Terengganu ketika kempen pilihanraya umum yang lalu. Di dalam ceramah tersebut Hadi dengan lantang menjelaskan sebab mengapa parti itu tetap meletakkan calon Pas untuk bertanding di beberapa kawasan yang turut ditandingi oleh PKR.

Menurutnya, dia MEMPUNYAI MAKLUMAT ada calon daripada pakatan pembangkang yang membuat kerja haram dengan menjual pil kuda.

Menurut Mohd Badiuzzaman Mohd Nursi di halaman page berkenan, memang terdapat asas, sekiranya PKR menarik balik saman tersebut, kerana takut apabila melihat kemarahan yang ditunjukkan oleh para penyokong dan ahli Pas.

Namun menurutnya tindakan tersebut bukan dilakukan kerana Tok Guru (Hadi), tetapi kerana bimbang jentera Pas memboikot #KajangMove sekaligus menyebabkan kekalahan Anwar.

“Usaha boikot #KajangMove ada asas, sebab jentera Pas lihat PKR bukan nak jaga pun perasaan dan maruah Presiden. Tapi (hanya ingin) guna tenaga dan pengaruh Presiden Pas dalam di Kajang. Saya tak kisah kalau jentera Pas nak boikot sebab ada asas yang kuat,” katanya.


SIKAP TIDAK BERTANGGUNGJAWAB PEMBANGKANG PUNCA KRISIS AIR

Tiga tahun dahulu Kerajaan Pusat memberi amaran bahawa kawasan Lembah Kelang bakal berhadapan dengan krisis air yang teruk sekiranya Projek Penyaluran Air Mentah dari Pahang ke Selangor (PPAMPS) dan pembinaan Loji Rawatan Air Langat 2 tidak disiapkan menjelang 2014.

Malah Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn. Bhd. (Syabas), sudahpun menjangka krisis air mungkin berlaku di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, negeri Selangor dan Putrajaya berikutan penggunaan air yang meningkat sebanyak 5,314 juta liter sehari (jlh) berbanding jumlah bekalan hanya 4,646 jlh.

Malah pada 2011 purata permintaan telah mencapai 4,197 jlh manakala kapasiti pengeluaran air sedia ada berjumlah 4,326 jlh.

?Ini menjadikan jumlah keseluruhan rezab margin hanya pada kadar tiga hingga lima peratus bersamaan dengan 130 jlh yang mampu menampung 100,000 keluarga bergantung kepada penggunaan harian.

?Kadar peningkatan permintaan air yang direkodkan pada tahap 3.5 peratus setahun sepanjang enam tahun lepas bermula dari 2005 sehingga 2010, menunjukkan situasi yang membimbangkan.

Gambaran keadaan itu adalah tiga tahun lalu apabila polemik  pengambilan aset air di Selangor yang dicetuskan oleh kerajaan negeri pimpinan PKR, Pas dan Dap mula mendapat perhatian rakyat.

Kerajaan pusat berkali-kali berkata ia sanggup untuk berdialog dan berunding dengan kerajaan negeri agar isu tersebut dapat diselesaaikan dengan baik.

Namun sikap keras kepada dan angkuh yang ditunjukkan oleh menteri besar Khalid Ibrahim dan kerajaan negeri bukan sahaja telah melambatkan pembinaan projek Langat 2 malah mereka menentang setiap langkah positif yang dikemukakan oleh kerajaan pusat.

Kerajaan pusat juga mengingatkan kepada Selangor supaya jangan mempolitikkan isu air kerana yang jauh lebih penting dalam isu ini adalah kebajikan rakyat dan juga pembangunan ekonomi negeri dan negara secara keseluruhan.

Adalah kerajaan negeri pakatan PKR-Pas-Dap mendengar nasihat dan juga hujah rasional kerajaan pusat?

Tidak sama sekali kerana sebaliknya mereka mengambil pendirian anti-rakyat, anti-rasional dan juga anti-pembangunan dengan menolak kelulusan bagi projek tersebut yang dianggap begitu kritikal bagi mengelakkan krisis air.

Kini apa yang ditakuti telah datang menghantui seluruh rakyat di Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya.

Akibat penangguhan Projek Langat 2 oleh kerajaan negeri Selangor serta ditambah dengan cuaca yang kering dan musim kemarau sejak dua bulan lalu, catuan air terpaksa dilaksanakan.

Hampir seluruh Lembah Kelang kini terpaksa berhadapan dengan realiti catuan air yang perit dan menyusahkan.

Kerajaan negeri Selangor pimpanan PKR-Pas-Dap kini tida lagi boleh menuding jari mencari kesalahan kerajaan pusat kerana kini mereka terpaksa menanggung beban kesalahan dibahu mereka sendiri.

Demi politik murahan mereka sanggup mengorbankan agenda nasional, kebajikan rakyat dan juga kepentingan negara.

Apakah jenis kerajaan negeri yang dipimpin ketiga-ketiga parti ini apabila gila kuasa, pangkat dan jawatan mengatasi segala-galanya.

Pada peringkat permulaan catuan air, sejumlah 83,084 pintu rumah di Hulu Langat, Kuala Langat, Kuala Lumpur dan Petaling Jaya akan terjejas.

Ini berikutan bekalan air sering terputus dan tekanan rendah disebabkan pertambahan permintaan air yang mendadak ekoran dari cuaca panas kering dan ketiadaan hujan yang berlarutan.

Sudah tentu keadaan ini mampu dielakkan jika projek Langat 2 telah disiapkan seperti yang dicadangkan oleh kerajaan pusat sebelum ini.

Bayangkan kawasan-kawasan yang terjejas di Kuala Lumpur dan Petaling Jaya serta tempat-tempat lain termasuk kawasan perindustrian adalah nadi ekonomi bukan sahaja Lembah Kelang tetapi juga negara.

Berapa bilion ringgit kerugian terpaksa ditanggung oleh ekonomi Selangor dan negara akibat kecuaian dan keputusan dungu kerajaan negeri PKR-Pas-Dap?

Bagaimana pula unjuran perkembangan ekonomi negeri yang kini terpaksa disemak semula kerana beribu-ribu industri yang bergantung kepada bekalan air yang bersih dan mencukupi terutamanya sektor pembuatan makanan, perkhidmatan serta elekronik.

Bagaimana pula dengan berpuluh ribu pesakit di hospital yang kini berhadapan dengan risiko yang lebih dahsyat sekiranya bekalan air terputus?

Kerajaan negeri Selangor bukan sahaja wajib meminta maaf kepada rakyat seluruh negara tetapi juga mengaku mereka telah gagal mentadbir negeri tersebut dengan baik atas amanah yang telah diberikan oleh pengundi pada pilihan raya umum lalu. 

Thursday, February 27, 2014

Khalid Tandatanggan MoU, Anwar Dakwa Dia Dan Parti Tidak Dimaklumkan.

Tindakan Menteri Besar Selangor, Abdul Khalid Ibrahim yang secara tiba-tiba bersetuju untuk menandatangani Perjanjian Persefahaman (MoU) dengan Menteri Menteri Tenaga, Teknologi Hijau Dan Air, Datuk Seri Maximus Ongkili telah mengejutkan ramai pihak.

Menurut sumber, ekoran tindakan itu ada di kalangan pimpinan PKR yang mengecam Khalid disifatkan cuba bermain ‘tarik-tali’ dengan mengambil langkah populis tersebut. Paling menarik apabila ketika program sesi minum petang anjuran PKR di Kajang petang semalam, Ketua Umum parti itu, Anwar Ibrahim dilihat agak keberatan untuk mengulas tindakan tersebut.

Namun apabila diasak berulang kali, Anwar akhirnya terpaksa menjelaskan, dia dan parti langsung tidak dimaklumkan mengenainya. Malah menurut penasihat ekonomi Selangor itu lagi, dia masih mengkaji tindakan tersebut dan tidak dapat memberikan sebarang komen buat masa ini.

Terdahulu media melaporkan Khalid hadir dalam satu program menandatangani MoU dengan kerajaan Barisan Nasional yang turut disaksikan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dan Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin.

MoU tersebut bagi membolehkan kerajaan negeri mengambil alih empat syarikat konsesi air di negeri berkenaan dengan suntikan dana berjumlah RM2 bilion oleh kerajaan pusat bagi pengambil alihan saham-saham syarikat konsesi.

Antara isi kandungan perjanjian tersebut termasuklah kerajaan negeri yang dipimpin Pakatan Rakyat (PR) akan membenarkan Putrajaya meneruskan Loji Rawatan Air Langat 2. Selain itu, kerajaan negeri juga akan memberikan pampasan bernilai RM9.65 bilion kepada empat syarikat konsesi air di Selangor.

Ekoran pengambilalihan tersebut, satu konsortium air untuk menguruskan industri air di Selangor akan dibentuk di bawah seliaan Kumpulan Darul Ehsan Berhad (KDEB).
Kerajaan negeri Selangor menjangkakan pengambil alihan syarikat konsesi tersebut akan selesai dalam tempoh tiga bulan.

Sumber turut mendedahkan, tindakan Khalid yang membelakangkan Anwar dan parti itu sebagai satu usaha untuk mengambil hati rakyat Selangor sekali gus menggagalkan sebarang percubaan untuk menggulingkannya sebagai Menteri Besar.

Malah permintaan Khalid sendiri yang menawarkan diri untuk menjadi pengarah PRK Kajang dan beberapa langkah yang dilakukan sebelum ini terutamanya dalam isu air adalah bertujuan untuk membina imejnya sebagai seorang pemimpin hebat.

"Perlu di ingat, ahli PKR paling ramai adalah di Selangor... jika Khalid berjaya dalam pilihan raya kecil kali ini, ia pasti membina momentum untuk pemilihan parti nanti," kata sumber yang mengatakan di Selangor sahaja ahli PKR adalah sebanyak 130,000 orang,” menurut sumber tersebut.

Polemik isu ini di Selangor semakin meruncing apabila kerajaan negeri memutuskan untuk mencatu air ekoran paras tadahan di beberapa empangan menunjukkan tahap yang membimbangkan sehingga menimbulkan kemarahan masyarakat. Bagi mengelakkan terus menjadi mangsa cemuhan masyarakat, Khalid sebelum ini cuba menyalahkan faktor cuaca dan Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn. Bhd. (Syabas).

Namun di dalam kenyataan balas terhadap tuduhan Khalid itu, Syabas menjelaskan pihaknya telah memaklumkan kepada kerajaan negeri berhubung kemungkinan berlaku kekurangan bekalan air sejak tahun 2008 lagi.

Kesimpulannya Khalid sedar, tindakan Anwar yang ingin bertanding di Kajang adalah untuk memaksanya meletakkan jawatan sebagai menteri besar. Namun sebagai ahli politik yang sering tertidur, ternyata Khalid bukanlah sebodoh yang disangka.

Walaupun Anwar sebelum ini berulang kali membayangkan hasratnya yang ingin menjadi menteri besar, namun tindakan terbaru Khalid ini boleh menyebabkan Anwar berputih mata.


Azmin Saman Akhbar Suara Keadilan RM 2 Juta?

Mungkin kerana tidak berpuas hati dengan tindakan editorial akhbar Suara Keadilan menerbitkan artikel yang disifatkan sebagai fitnah dan sengaja ingin menjatuhkan maruahnya, Timbalan Presiden PKR, Azmin Ali dilaporkan telah mengambil tindakan undang-undang.

Menurut sebuah portal pro-pembangkang, Azmin dikatakan menyaman akhbar yang merupakan lidah rasmi parti PKR itu sebanyak RM 2 juta, kerana menerbitkan artikel yang memalukannya.

Namun usaha untuk mendapatkan pengesahan Azmin berhubung isu tersebut gagal, apabila dia tidak dapat dihubungi. Menurut sumber terdekat, ahli parlimen Gombak itu sedang berada di tanah suci bagi mengerjakan ibadah umrah.

Terdahulu, akhbar tersebut telah menyiarkan rencana yang menghentam Azmin secara terbuka. Artikel yang ditulis oleh Hishamuddin Rais itu telah disiarkan oleh akhbar tersebut pada keluaran 160, bertarikh 11 Februari 2014 di muka surat 22.

Pada tarikh yang sama, artikel tersebut turut disiarkan oleh portal Malaysiakini yang juga merupakan media tidak rasmi kepada pembangkang.

Hishamudin di dalam artikel yang bertajuk ‘Khalid dan Azmin’ itu antara lainnya melabelkan Azmin sebagai pemimpin PKR yang mempunyai unsur dan ideologi Umno sehingga menyebabkan dia kurang disenangi oleh pimpinan parti termasuklah dari Pas dan DAP.

“Hanya PAS dan DAP sahaja yang dapat menjawab kenapa mereka merasa tidak yakin terhadap si Azmin… Dalam masa yang sama Azmin Ali yang tidak diyakini ini berpangkat Timbalan Presiden PKR.

“Mungkin PAS dan DAP juga menyedari dan terpengaruh apabila mengetahui bahawa sosok yang bernama Azmin Ali ini tidak diminati ramai dalam PKR sendiri. Azmin Ali disurahkan sebagai pemilik DNA - United Malays National Organisation. Azmin disurahkan sebagai sedang membawa budaya gerombolan ‘lanun Melayu’ ke dalam badan politik PKR”, dakwanya.

Hishamudin yang merupakan antara penyokong kuat Anwar itu turut mengatakan, disebabkan Azmin membawa DNA barah, dia adalah antara punca berlakunya masalah di Selangor dan PKNS sehingga MEMAKSA campur tangan Anwar.

“Dalam masa yang sama kisah Azmin dan duit ini masuk akal juga. Untuk pengundi di Gombak atau di Seri Setia – mereka tertanya-tanya kenapa si Azmin ini gila-gila sangat nak jadi MB Selangor? Kenapa begitu gian hendak jadi MB?

“Tidak cukupkan menjadi Adun dan YB Parlimen Gombak? Kalau ingin membantu rakyat, kalau mahu menolong warga miskin apakah perlu menjadi MB? Soalan-soalan ini telah berdengung di semua kepala yang berfikir. Macam ada Cukong di sebalik Gombak.

“Mari kita lihat perangai Azmin semenjak selesai PRU13 dahulu. Apabila rakyat bangun membantah penipuan PRU13 – Si Azmin Ali ini baling sepana. Azmin memberi ingatan agar orang ramai TIDAK dibawa ke jalan raya. Twiter Azmin yang mempertikaikan langkah turun ke jalan raya untuk membantah penipuan PRU13. Isi Twiter si Azmin ini jelas bersifat ‘sabotaj’. Ini ciri dan watak DNA United Malays National Organisation” dakwa Hishamudin lagi.

Di dalam perkembangan yang sama, Setiausaha Agung PKR, Saifuddin Nasution Ismail berkata, jawatankuasa khas yang diketuai Ketua Penerangannya, Dr Muhammad Nur Manuty telah ditubuhkan bagi menyiasat perkara tersebut.

"Perkara itu dibangkitkan dalam mesyuarat MPP (Majlis Pimpinan Pusat) yang diadakan di Kajang baru-baru ini. Keputusan MPP ialah menubuhkan sebuah jawatankuasa yang terdiri daripada lima orang untuk kemudiannya berjumpa dengan kumpulan Suara Keadilan bagi mengumpulkan maklumat, latar belakang dan mendengar pandangan mereka," katanya.

Jelas Saiduddin, PKR hanya akan bertindak selepas mendapatkan fakta lengkap terhadap siasatan yang sedang dijalankan itu.

"Kalau nanti mereka menemui maklumat seperti surat guaman dan sebagainya ke atas Suara Keadilan, jawatan kuasa itu akan bawa saranan kepada pimpinan pusat. Buat masa ini belum terima. Saya dengar begitu (saman Suara Keadilan)...hanya diberitahu melalui SMS," katanya lagi.

Kesimpulannya sekiranya isu ini benar, tindakan Azmin ini mungkin sebagai reaksi terhadap cubaan beberapa individu di dalam parti yang cuba membunuh karier politiknya menjelang pemilihan parti itu yang bermula bermula 25 April ini.

  

Institut Wasatiyyah Anjur Seminar Antarabangsa, Pupuk Kefahaman Rakyat

Dalam memastikan masyarakat memahami pendekatan Wasatiyyah yang diperkenalkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Abd Razak, satu seminar antarabangsa akan dianjurkan oleh Institut Wasatiyyah Malaysia (IWM).

Penasihat Agama kepada Perdana Menteri, Tan Sri Abdullah Md Zin berkata seminar yang bertajuk ‘Penghayatan Wasatiyyah dalam Kerangka Maqasid Syariah’ itu akan dirasmikan oleh Perdana Menteri dan bakal berlangsung selama 3 hari di Menara Felda bermula dari 8 April 2014.

Menurut Abdullah seminar tersebut akan turut dihadiri oleh para intelektual muslim dari Timur Tenggah bagi membentangkan kertas kerja antaranya Mantan Menteri Wakaf Mesir, Prof Dr Muhammad Abdul Fadhil; Pengarah Pusat Wasatiyyah Islam dan Pembaharuan Al-Qaradhawi Qatar, Prof Dr Muhammad Khalifah Hassan Ahmad Khalifah; Ketua Hakim Syarie Jordan, Prof Dr Ahmad Hulaiyil; Timbalan Menteri Kementerian Wakaf Dan Hal Ehwal Islam Kuwait, Dr Adil Abdullah Al-Fallah dan Timbalan Rektor Universiti Islam Madinah Arab Saudi, Prof Dr Mahmod Abdul Rahman Qadah.

Beberapa tokoh dan ilmuwan dari dalam negara turut akan dijemput sebagai moderator dan membentangkan kertas kerja antaranya Pengarah Perancangan Strategik Pejabat Perdana Menteri, Datuk Haji Shahlan Ismail; Mantan Mufti Wilayah Persekutuan, Datuk Wan Zahidi Wan Teh; Ketua Dewan Ulama ISMA, Dr Aznan Hassan; Pensyarah Universiti Islam Antarabangsa, Prof Dato Dr Abdul Monir Yaacob; Presiden Persatuan Peguam Muslim Malaysia, Dato Hj Zainul Abu Bakar; Pengerusi Yayasan Nassar, Tuan Haji Nasharudin Mat Isa dan ramai lagi.

Abdullah turut berkata seminar tahunan yang akan diadakan itu nanti antara lainnya bertujuan mengukuhkan kefahaman masyarakat tentang kepentingan maqasid syariah sebagai asas penyelesaian permasalahan umat.

“Ia juga untuk menyokong dan menyemarakkan kefahaman Wasatiyyah dalam pelbagai bidang bagi memberi sumbangan terhadap pembangunan negara serta memperkasakan Malaysia sebagai peneraju pendekatan Wasatiyyah di peringkat serantau dan antarabangsa” katanya.

Menurut Abdullah, beliau mengharapkan seminar antarabangsa yang bakal dianjurkan itu bakal menjadi pemangkin kepada usaha untuk melebarkan kefahaman dan pendekatan wasatiyyah kepada masyarakat.

Selain Felda sebagai penaja utama, seminar yang dianjurkan itu juga turut mendapat kerjasama beberapa NGO seperti Sekretariat Islam Nusantara (Sutera), Persatuan Generasi Bestari (G-Best), dan portal MyKMU.net.


BR1M, DIVIDEN KWSP BUKTI KEJAYAAN PROGRAM TRANFORMASI

Kempen awalan yang dimulakan oleh Anwar Ibrahim di Kajang menunjukkan pembangkang menjangkakan pertembungan sengit dengan Barisan Nasional.

Kerusi Dewan Negeri Undangan Kajang sudah berada dalan genggaman pembangkang masuk penggal kedua tetapi mereka masih khuatir akan kekuatan di kawasan itu.

Sepatutnya Anwar dan pembangkang merasa selesa kerana negeri sudah mereka tawan bagi penggal kedua pula dan sokongan terhadap beliau juga nampaknya tidak menjadi masalah terutama di kalangan pengundi Cina.

Tetapi mengapa Anwar masih menggelabah lalu cepat-cepat turun ke padang untuk menemui pengundi dan penyokong sejurus beliau mengumumkan dirinya menjadi calon di Kajang.

Satu kemungkinan boleh disebabkan kemampuan kerajaan pusat mengurus ekonomi dan pembangunan negara baik.

Ini menyukarkan Anwar dan jentera pilihan raya pembangkang untuk meyakinkan rakyat terhadap apa yang telah disumbangkan oleh PKR, Pas, dan Dap di Selangor.

Sepanjang dua penggal ketiga-tiga parti itu memerintah Selangor, ekonomi negeri itu tidak menyerlah sepertimana berlaku di bawah pentadbiran BN satu masa dahulu.

Tidak ada pengumuman program ekonomi besar yang diumumkan malah tidak ada berita mengenai pelaburan asing yang besar di Selangor.

Semuanya berjalan atas kejayaan yang dicetus dan dibawa oleh BN selama lebih 50 tahun.

Contoh terbaik yang menunjukkan kegagalan kerajaan negeri PKR-Pas-Dap ialah sikap anti kerajaan pusat sehingga membawa kepada kesengsaraan rakyat dalam isu air.

Sedari 2009 kerajaan pusat sudah memberi amaran bahawa negeri itu akan mengalami krisis air yang kronik jika kerajaan negeri tidak memberi kelulusan berhubung projek Air Selangor 2.

Malangnya pembangkang melihat isu air sebagai satu isu baik untuk dipolitikkan.

Untuk menunjukkan kuasa mereka menteri besar Khalid Ibrahim bersikap angkuh menolak kerjasama dengan kerajaan pusat dan akhirnya jutaan rakyat negeri Selangor dan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur terpaksa menanggung sengsara kekurangan bekalan air.

Keadaan musim panas dan kering telah menyebabkan paras air di beberapa empangan di Selangor sudah mencapai tahap kritikal dan kemungkinan besar catusan air akan dikenakan.

Jika kerajaan negeri lebih bersikap terbuka dan pro-rakyat sebagaimana yang mereka laungan sudah tentu krisis ini boleh dielakkan dengan persediaan awal.

Satu lagi faktor yang ditakutkan oleh Anwar ialah kejayaan perdana menteri Datuk Seri Najib Tun Razak meringankan beban hidup rakyat.

Lebih tujuh juta rakyat berpendapatan rendah kini dalam proses menerima pemberian wang tunai di bawah program Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M).

Pemberian BR1M selama ini diterima baik oleh rakyat yang mana Malaysia satu-satu negara di dunia yang mewujudkan program ini untuk rakyatnya.

Negara kaya seperti Amerika Syarikat, Cina dan Eropah tidak mampu untuk menyaingi apa yang dilakukan oleh negara ini.

Tambah pula agihan dividen oleh Kumpulan Wang Simpanan Pekerja tertinggi dalam sejarah sebanyak 6.35 peratus membuktikan ekonomi Malaysia berada pada landasan yang betul dan mantap.

Ia berlaku selepas PRU13 dan ini satu lagi bukti bahawa kerajaan tidak bermain politik memperjudikan nasib dan kebajikan rakyat.

BR1M dan kadar dividen KWSP paling tinggi membuktikan dasar fiskal kerajaan untuk adalah antara terbaik di dalam dunia.

Ketika kuasa ekonomi gergasi AS dan Eropah bergelut menyelamatkan ekonomo masing-masing, Malaysia terlindung daripada mala petaka krisis ekonomi dunia disebabkan kepimpinan negara yang cekap dan professional.

Sekiranya perdana menteri dan anggota kabinet tidak mampu mengemudi bahtera ekonomi negara dalam keadaan lautan ekonomi dunia yang bergelombang, nescaya ia akan tenggelam dan hanyut ditelan badai dan taufan.

Tetapi semua ini tidak berlaku menunjukkan negara berada dalam tangan yang cekap dan diyakini.


MKPN Tidak Menepati Semangat Rekonsiliasi Nasional

Majlis Konsultansi Perpaduan Nasional (MKPN) yang dipertanggungjawabkan untuk mencari pendekatan terbaik bagi menyatupadukan rakyat Malaysia nampaknya telah menjadi platform untuk menyebarkan fahaman liberal di negara ini.  Kesimpulan ini dibuat berdasarkan sikap dan pandangan MKPN seringkali berat sebelah dalam menangani isu-isu berbangkit yang melibatkan kaum dan agama. 

Pendirian songsang MKPN paling jelas terbukti dalam Dialog Perpaduan,  yang diadakan pada 22 Februari 2014, di DBP Kuala Lumpur yang mana YB Tan Sri Joseph Kurup, Menteri Di Jabatan Perdana Menteri mencadangkan agar kategori ‘bangsa’ dihapuskan dalam borang-borang rasmi.  

Antara yang dibangkitkan oleh para peserta yang rata-ratanya dari ASLI, COMANGO, KRYSS, KOMAS, Jemaat Ahmadiyah Sabah, QADIANI yang mana sebahagiannya turut menganggotai COMANGO, ialah berkenaan penerimaan terhadap golongan songsang, menolak hak mana-mana kaum untuk mengaku sebagai penduduk asal, hak untuk murtad dan juga saranan untuk mengiktiraf ajaran Syiah. 

Secara dasarnya, saranan-saranan yang dikemukakan membawa kepada mesej:  “UMNO membawa politik perkauman” dan “PERKASA adalah rasis dan ekstremis.” 

Pelik sekali, kerana kedua pihak inilah yang sering menyeru perpaduan melalui sistem satu sekolah untuk semua manakala pihak penentang merekalah yang sering mendesak ke arah perpecahan total melalui sistem pendidikan.

Tahap pemikiran MKPN sebenarnya tiada beza dengan dengan ustaz dan pak lebai PAS yang jumud.  Jika pak lebai PAS gemar memperlekeh orang yang tidak sependapat dengan mereka sebagai kafir, sesat dan jahil, maka MKPN pula gemar menuduh orang yang tidak sependapat dengan mereka sebagai kolot, bodoh dan rasis. 

Sikap MKPN yang bongkak dengan pemikiran yang sempit dan sehala serta suka menghukum, mengherdik dan menghina orang yang bertentangan pendapat dengan mereka, tidak langsung membantu kerajaan untuk menyatupadukan rakyat. Sikap berat sebelah MKPN pula memperlihatkan unsur-unsur ‘anti-Melayu-Islam’ serta mengesahkan pendirian liberalis para penerajunya.   

Amatlah malang jika kerajaan melihat suara MKPN sebagai suara rakyat Malaysia kerana majoriti rakyat Malaysia tidak mempunyai pandangan dan pendirian yang sama dengan MKPN. 

MKPN hanya mewakili segelintir kecil kumpulan yang sempit pandangan serta tidak mampu menghargai atau memahami intipati budaya dan agama satu-satu bangsa.  Tanpa kesedaran intelek mengenai budaya dan agama, maka MKPN sebenarnya tidak layak ditugaskan untuk menyatupadukan rakyat. 

Perlu diingatkan bahawa perpaduan rakyat perlu berlandaskan identiti atau jati-diri yang kuat supaya masyarakat mampu berjalan di atas landasan yang sama, untuk menuju ke destinasi yang sama. 

Rancangan Rekonsiliasi Nasional yang diumumkan Perdana Menteri semalam, menjauhkan lagi MKPN dari imej, impian mahupun realiti Malaysia dan rakyatnya. 

Dalam pengumumannya mengenai rancangan ini, Perdana Menteri menyeru rakyat agar kembali kepada sikap hormat-menghormati dan tolak-ansur.  Memetik kata-kata beliau, "Datuk nenek kita memahami semua ini dan mengamalkan budaya ini selama berdekad-dekad, namun kita pula nampaknya semakin melupakannya hari ini”.

Justeru, kita ingin bertanya MKPN, apakah pihak MKPN mampu mengambil pendekatan tolak ansur melalui hak bumiputera ditukar dengan hak untuk sekolah vernakular? 
Mampukah pihak MKPN menyeru semua pihak menghormati agama dan budaya orang-orang Melayu? 

Mahukah MKPN membawa semangat datuk nenek moyang kita yang berpegang kuat kepada formula yang digarap dalam Kontrak Sosial? 

Mahukah MKPN menerima hakikat dan fakta mengenai penduduk asal serta proses asimilasi pendatang di sesebuah negara?   

Kenapakah Malaysia tidak boleh membentuk identiti sendiri tanpa meniru dan menciplak acuan dan cara hidup barat? 

Dan, mampukah MKPN berfikir secara mendalam mengenai perkara yang ‘berat’ dan ilmiah serta melepasi sempadan fizikal dan material iaitu budaya, sejarah, agama dan proses pembentukan jati diri dalam pembinaan bangsa dan negara?   

Kita pasti, MKPN tidak mampu berfikir sejauh itu kerana bagi para peneraju MKPN, ‘barat’ adalah tempat yang paling jauh dan paling tinggi serta paling hebat yang wujud dalam dunia ini.  Oleh itu, segala ilmu adalah terhenti di barat, iaitu titik maksima bagi akal mereka.    

Justeru, inilah ditegaskan bahawa MKPN telah gagal dalam memahami tugas, jauh sekali menjalankan tugasnya untuk menyatupadukan rakyat.  Malah terbukti kini, MKPN bertindak sebagai sebahagian dari agen yang mengasak rakyat untuk bersikap biadap dan prejudis sesama sendiri. 

MKPN tidak akan mampu membawa rakyat ke mana-mana dengan asyik memaksa dan cuba ‘menyeret’ rakyat agar mengikut gaya dan cara hidup dan pemikiran segelintir liberalis. 

Sebagai penyokong demokrasi tegar, MKPN seharusnya tahu bahawa majoriti yang menentukan hala tuju sesebuah negara demokrasi, bukan minoriti, dan tentu sekali bukan segelintir manusia dari kaum Luth A.S. 

Jika MKPN ingin terus membawa sikap dan pendekatan yang sama, maka adalah lebih baik ia dibubarkan saja.  Biarkan para penerajunya bergerak atas platform NGO pejuang liberalis dan penentang Islam/Melayu secara nyata.  


Hadi Kena Saman, Pas TETAP Sokong Anwar dan PKR

Ramai di kalangan penyokong dan ahli Pas, jelas terkejut dengan keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Terengganu yang memerintahkan Presiden Pas, Abdul Hadi Awang agar membayar saman RM2 juta yang dikemukakan oleh bekas calon PKR, Dun Bukit Besi, Mohd Shamsul Mat Amin.

Namun apa yang paling memeranjatkan apabila, Ketua Umum PKR, Anwar Ibrahim langsung tidak memberikan apa-apa kenyataan berhubung isu tersebut. Mungkin kerana takut kehilangan sokongan khususnya dari kalangan ahli dan pengundi Pas, Anwar cuba mengambil pendekatan lepas tangan.

Persoalannya apakah ini yang dinamakan sebagai permuafakatan di dalam pakatan rakyat (PR)?

Abdul Hadi dalam ceramahnya di Kampung Tebakang, Alor Limbat di Marang, Terengganu ketika kempen pilihanraya umum yang lalu berkata dengan lantang, kononnya dia MEMPUNYAI MAKLUMAT ada calon daripada pakatan pembangkang yang membuat kerja haram iaitu menjual pil kuda dan mempunyai fahaman bertentangan apabila meletakkan gambar pejuang revolusi komunis di markas parti mereka.

Dia dipetik berkata, parti Pas tidak boleh menerima perkara sebegitu dan tindakan parti tersebut meletakkan tiga calonnya di kawasan ditandingi PKR diambil agar syaitan-syaitan tidak boleh masuk dalam pakatan pembangkang.

Ekoran kenyataan tersebut Shamsul yang juga merupakan Ketua Angkatan Muda PKR Dungun selaku plaintif memfailkan saman terhadap Hadi yang di dakwa telah memfitnahnya. Dia yang masih merupakan ahli PKR mendakwa tindakan saman itu diambil bagi membersihkan namanya yang sebelum ini dikaitkan dengan penjualan pil kuda.

Apa yang menghairankan ialah, Anwar selaku Ketua Umum, PKR merangkap Ketua Pembangkang yang mewakili semua parti gabungan di dalam PR, langsung tidak memberikan sebarang kenyataan berhubung perkara tersebut.

Memandangkan dia akan bertanding di kerusi Dun Kajang, Anwar mungkin cuba bermain ‘politik selamat’ untuk tidak campur tangan di dalam kemelut yang sedang melanda itu bagi mengelakkan perpecahan undi di kalangan ahli dan penyokong Pas.

Ini kerana sekiranya dia mengambil pendekatan menyokong Hadi, sudah pasti ia akan mendatangkan kemarahan di kalangan penyokong dan ahli PKR yang tidak berpuas hati dengan penghinaan yang dilemparkan oleh Presiden Pas itu. Tambahan pula sokongan Anwar (sekiranya ada), secara tidak langsung akan dilihat sebagai mengiakan semua tuduhan Hadi itu.

Dari sudut Pas pula, keengganan Anwar menyokong Hadi jelas membuktikan sikap sebenar Ketua Pembangkang itu yang hanya mementingkan diri sendiri. Jadi benarlah tanggapan yang mengatakan Hadi dan Pas hanya dijadikan sebagai kuda tunggangan demi memastikan kelangsungan politik peribadi Anwar.

Kesimpulannya, ahli dan penyokong Pas seharusnya sedar dan jujur membuat penilaian sendiri. Apakah perjuangan Pas di dalam pakatan rakyat untuk kepentingan rakyat atau perjuangan untuk Anwar?

Sokongan berterusan yang diberikan kepada Anwar di Kajang, hanya akan membuktikan bahawa Pas sememangnya parti picisan yang hanya dijadikan alat untuk kepentingan Anwar dan DAP.

Walaupun Hadi dan parti itu dihina dan di perlekehkan, Pas TATAP menyokong PKR, DAP dan makhluk anugerah tuhan bernama Anwar Ibrahim.


Wednesday, February 26, 2014

21 DALIL KENAPA ANWAR IBRAHIM TAK LAYAK JADI MB SELANGOR

 1. Di bawah undang-undang Tubuh Kerajaan Selangor 1959, Perkara 52 (2)(a) dan Perkara 53 kuasa melantik MB adalah atas budi bicara DYMM Sultan Selangor. Adakah Anwar direstui oleh Sultan Selangor..?

2. Secara tradisinya perlantikan MB Selangor adalah dari kalangan mereka yang lahir di Selangor.. Dah sahih Anwar lahir di Pulau Pinang.

3. Seseorang yang hendak dilantik sebagai MB Selangor mesti seseorang yang tiada rekod jenayah.. Seseorang yang bergelar Dato' pun akan ditarik balik darjah Dato' Selangor jika ada kes di mahkamah. Inikan pula dalam kes DSAI yang telah sabit dihukum penjara 6 tahun.

4. Imej DSAI peringkat antarabangsa yang berhubung rapat dengan pro zionis  terutamanya dengan Kumpulan Yahudi Jerman iaitu Konrad Adenauer Foundation (KAF). 

5. Keretakan dalam Pakatan Pembangkang sendiri yang mana terdapat dikalangan pimpinan Dap, Pas dan PKR sendiri yang tidak setuju keputusan anwar untuk bertanding di PRK Kajang dan menyingkirkan Khalid sebagai MB Selangor.. Masih ramai Adun-Adun Dap,Pkr dan Pas mahukan Tan Sri Khalid kekal sebagai MB.

6. Majoriti NGO-NGO Melayu Islam tempatan di Selangor menolak dan membantah beberapa pendirian Anwar dalam soal survival Melayu dan Islam di Selangor. Anwar lebih mirip kepada fahaman liberalisme dan pluralisme agama KHUSUSnya dalam pendiriannya menyokong penggunaan kalimah Allah oleh gereja yang ditentang hebat oleh NGO-NGO Islam seperti ACCIN dan  PEMBELA termasuk rakan-rakan lamanya dalam ABIM.

7. Anwar secara terbuka telah menyokong  keselamatan Israel yang disiarkan dalam The Wall Street Journal ( WSJ) bertarikh 26 Januari 2012 dengan melafazkan kata sokongan kepada segala usaha untuk menjaga keselamatan negara Israel dengan berhasrat untuk membuka hubungan diplomatik bersama Israel. Ini bercanggah dengan dasar luar negara yang tidak mengiktraf kewujudan negara Israel..

8. Anwar telah dikenali umum oleh bekas2 rakan karibnya dalam ABIM termasuk oleh Allahyarham Dr Uthman ElMuhammady sebagai seorang yang berfahaman pluralisme agama yang menganggap semua agama di dunia ini sama saja matlamatnya untuk kebaikan dan akan ke syurga. Tak layak jadi MB Selangor kerana MB mesti seseorang yang kuat berpegang kepada Ahlus Sunnah Wal Jamaah..Pluralisme Agama terkeluar dari agama Islam.

9. Anwar telah menunjukkan sikap takabbur apabila mengesahkan dalam wawancara dengan Australia Network's Newsline (Jim Middleton) yang disiarkan 7 Feb 2014 bahawa beliau sedang dalam perbincangan dengan Tan Sri Khalid untuk menggantikan sebagai MB Selangor yang baru. Sedangkan pada 29 Januari Pas selangor menolak secara terbuka perlantikan Anwar sebagai MB Selangor yg baru...

10. Diperingkat serantau Anwar telah menjalin hubungan rapat dengan Jaringan Islam Liberal (JIL) yang dah diketahui umum mendapat bantuan dana daripada musuh2 Islam bagi menyebarkan fahaman pluralisme, Liberalisme dan sekularisme di Indonesia.

11. Anwar disebut2 untuk merencanakan menjadikan Malaysia sebagai sebuah negara republik. Beliau sebelum ini merupakan pengasas dan bekas presiden Foundation for the future (FFF) YG terlibat secara proaktif memulakan 'Arab Spring' di negara2 timur tengah yang menyaksikan kejatuhan kerajaan2 di sana.

12. Cara perletakan jawatan ADUN Kajang dari PKR adalah tidak bermaruah dah bermoral.. Dah menang besar majoditi 6824 undi tapi menyalahgunakan proses demokrasi untuk kepentingan Anwar yang gagal jadi PM pada PRU 13.. Disyaki ada unsur rasuah dan sogokan oleh Anwar kepada ADUN Kajang untuk mengosongkan kerusi berkenaan.

13. Anwar masih lagi dalam proses menghadapi kes rayuan Peguam Negara terhadap kes liwat kedua Mohd Saiful Bukhari.. Jika dalam rayuan nanti Anwar didapati bersalah maka kedudukan Anwar sebagai ADUN Kajang dan juga MB Selangor akan bermasalah dan menjadi konflik baru kepimpinan negeri di selangor.. Lebih selamat jika Sultan Selangor tidak melantik Anwar sebagai MB dari awal lagi.

14. Terdapat tidak kurang 12 kes-kes lain di mahkamah Sivil, sama ada yg sedang berjalan, telah diputuskan atau telah ditarik balik yang melibatkan saman jutaan ringgit oleh atau terhadap Anwar sendiri. Adakah rakyat selangor mau melihat MB selangor lepas ni kerjanya hanya naik turun mahkamah.

15. Anwar pernah menipu rakyat tentang provokasi murahannya utk ambil alih Perdana Menteri Malaysia pada 16 Sep 2008 dgn memberi tempoh 2 minggu kpd Dato Seri Abdullah Ahmad Badawi dengan mendakwa ada 31 ahli Parlimen BN yang akan melompat ke Pakatan Pembangkang. Ternyata omong kosong. 

16. Anwar seorang pemimpin yang tiada nilai integriti dengan sering memutarbelitkan pendirian beliau dan juga org lain dalam pelbagai isu. Beliau sudah hilang integriti dan tidak layak memimpin khasnya untuk dilantik sbg MB Selangor.

17. Anwar sering diserang secara peribadi yang membongkar perlakuan buruk akhlaknya oleh bekas teman-teman rapat beliau. Namun beliau membisu dan tidak berani mengheret dan menyaman malu ke mahkamah atas fitnah. Jika ada yang disaman ke mahkamah seperti dr chandra muzaffar maka Anwar tarik semula saman tersebut kerana tak berani berhadapan dgn kenyataan-kenyataan benar jika dibicarakan di mahkamah.

18. Fahaman pro republikan yg menjadi aspirasi perjuangan Anwar ke Putrajaya dgn mencanangkan kuasa rakyat akan mengakibatkan semua agenda Islam, Melayu dan Mendaulatkan Institusi Raja-Raja Melayu terus terpinggir. Akhirnya Institusi Raja akan diruntuhkan.

19. Anwar sering menggunakan kaedah-kaedah yg tidak beretika iaitu matlamat menghalalkan cara untuk mencapai sesuatu cita-citanya. 

- Tahun 1999 mendakwa terdapat konspirasi terancang untuk membunuhnya dengan racun arsenic dan suntikan virus HIV dalam penjara..

- Tahun 2001 berlakon sakit tulang belakang hingga terpaksa berkerusi roda dan memakai pendakap leher.

- Tahun 2004 mendapatkan rawatan sakit belakang di Hospital Munich, Jerman dalam keadaan berjalan sendiri dan memakai pendakap leher.

- Tahun 2008 mendapatkan perlindungan di kedutaan Turki dengan alasan ada pihak mahu membunuhnya sedangkan beliau lari daripada soal siasat polis dalam kes saiful.

-2008 mendakwa 31 MP BN sedia untuk keluar BN Menyertai pakatan pembangkang.

-2009 mendakwa Prof Dr Yusof al Qardhawi menyokongnya dalam kes tuduhan liwat oleh Saiful.

20. Kebanyakan kawan2 karib beliau serta pegawai-pegawai yang pernah rapat dengan beliau telah bermufaraqah dengan beliau. Antaranya Dato Dr Sidiq Baba, Hj Ismail Mina, Dr Halili Rahmat, Anuar Shaari bekas su sulitnya, Dato Zulkifli Nordin bekas peguambelanya, Dr Chandra Muzafar, Ezam Mohd Nor bekas Supolnya dan ramai lagi.

21. Anwar juga sering terlibat dlm majlis-majlis dan perhimpunan-perhimpunan yang melanggar perundangan negara seperti BERSIH, Seksualiti Merdeka, Blackout 505..

Kesemua fakta dan 21 DALIL ini membuktikan bahawa Anwar tidak layak dipilih sebagai ADUN KAJANG dan MB SELANGOR.