Keadaan
pakatan pembangkang sekarang berkecamuk pasca Pilihan Raya Umum ke-13 kerana
perbalahan antara Pas, PKR dan Dap semakin ketara.
Ini
timbul kerana walaupun pembangkang mampu mengurangkan lagi kerusi Parlimen
Barisan Nasional, pergolakan berlaku nerana sifat tamak dan haloba antara
ketiga-tiga parti.
Sementara
BN menerima cabaran dan keputusan rakyat dengan tenang dan mengatur langkah
untuk memperbaiki semua kelemahan, pakatan pembangkang pula semakin bongkak dan
hilang arah.
Kemenangan
besar mereka seolah-olah tidak membawa apa-apa makna kepada penyokong kerana
pemimpin-pemimpin pembangkang lebih gemar berpolitik dan berpolemik daripada
mengubal dasar serta program yang benar-benar memberi manfaat kepada rakyat di
negeri di bawah pentadbiran mereka.
Dari
masa sebelum, semasa dan selepas PRU13, tugas utama mereka nampakna hanya untuk tersu menyerang
dan memfitnah kerajaan.
Kekecewaan
Anwar Ibrahim tidak mampu menjadi perdana menteri begitu terserlah dalam sikap
yang diambil oleh parti-parti pembangkang.
Bertambah
parah pula, masing-masing juga mempunyai dalaman serius yang harus ditangani
segera.
Dap
umpamanya bergelut dengan mada depan dan hidup mati parti itu berhubung isu
penyelewengan dalam pemilihan Jawatankuasa Eksekutif Pusat parti itu.
Pelbagai
alasan diberikan kepada pihak Jabatan Pendaftaran Peertubuhan (ROS) untuk
mengelakkan parti itu dikenakan tindakan undang-undang namun semakin lama
krisis tersebut berpanjangan semakin bertambah serius pula jadinya.
Keadaan
dap kini macam mengorek lubang untuk menutup lubang yang dikorek sebelumnya
tetapi semakin banyak lubang dikorek semakin besar pula lubang baru yang baru
digali.
Nasib
dap tidak ada penyelesaian walaupun pemilihan baru di adakan semua pada
Disember depan kerana masalah adakah mengenai penipuan dalam proses pemilihan
bukannya dari segi teknikal.
Di
Selangor pula, pergelutan kuasa antara kem Azmin Ali dan Menteri Besar Khalid
Ibrahim tidak kesudahan.
Usaha
untuk mengenepikan dua wanita yang berkuasa disekeliling Khalid, Faekah Husin
dan Arfaeza Aziz nampaknya tidak mendatangkan hasil.
Walaupun
Saifuddin Nasution dilantik Anwar sebagai pegawai politik di pejabat menteri
besar, masalah tidak juga selesai.
Saifuddin
semacam melukut ditepi gantang sementara Faekah khabarnya bertambah berkuasa.
Apatah
lagi tindakan Khalid mengadakan mesyuarat exco di Bangkok baru-baru ini
menimbulkan persoalan pembaziran kewangan negeri.
PKR
memutuskan dalam mesyuarat biro politiknya untuk mengadakan dialog dengan BN
dalam isu tatakelola tetapi parti itu seharusnya melihat dan menyelesaikan isu
salahguna kuasa oleh menteri besar di Selangor terlebih dahulu.
Pas
pula berada di dalam dilema mengenai isu tahlul siyasi yang menyebabkan
wujudnya dua kem pendapat dalam parti itu menjelang muktamarnya ke 59 November
depan.
Perbalahan
antara kumpulan ulama dan kumpulan yang mengikut rentak politik Anwar yang
dikenali sebagai Anwarinas atau Erdogan semakain jelas.
Ada
ura-ura di belakang tabir untuk menghapuskan elemen-elemen Anwarinas daripada
Pas pada pemilihan akan datang.
Golongan
ulama melihat kumpulan Erdogan sudah lari daripada landasan perjuangan parti
kerana lebih condong untuk membawa pengaruh Anwar yang liberal dan tidak
mementingkan perjuangan Islam.
Demi
kelangsungan Pas sebagai sebuah wadah perjuangan Islam, golongan Anwarinas
harus disingkir sebelum keadaan dalaman parti bertambah parah.
Apapun
hakikatnya, pakatan pembangkang bukanlah berada di dalam suasana yang aman atau
kuat sebagaimana yang digembar-gemburkan kepada rakyat.
Krisis
yang dihadapi oleh Pas, PKR dan Dap adalah amat serius yang bakal mengugat dan
meleraikan ikatan dalam kerjasama rapuh mereka selama ini.
Sebanyak
mana pun mereka mengatakan pakatan pembangkang mendakwa mereka bersatu hati,
realitinya mereka hanya menipu diri sendiri termasuk penyokong dan rakyat yang
terpengaruh dengan sandiwara pada PRU13 lalu.
No comments:
Post a Comment