"Tidak seperti bank-bank AS, bank Malaysia teguh dan mereka tidak terlibat dalam derivatif atau pertaruhan," katanya pada sidang akhbar selepas membuat pembentangan bertajuk "Investment Strategy - Where's the Money?" di sini, hari ini.
Faber, penerbit laporan popular Gloom, Boom & Doom berkata, meskipun prospek negatif oleh Fitch Ratings ke atas Malaysia baru-baru ini, negara ini berkedudukan lebih baik berbanding negara-negara sedang pesat membangun lain.
Apabila diberikan pilihan antara ekuiti AS dan Malaysia, Faber menyatakan ia lebih berminat pada ekuiti Malaysia.
"Ekuiti Malaysia tidak menarik. Tetapi ia stabil, disokong oleh ekonomi seimbang ditambah dengan tiada risiko negatif utama," katanya. - BERNAMA
No comments:
Post a Comment