Penulis baru sahaja ‘terserempak’ dengan sebuah rakaman youtube
program 3R yang memaparkan temubual eksklusif dengan pemimpin pembangkang,
Nurul Izzah Anwar. Seperti
yang kita tahu, apabila seseorang ahli politik dijemput ke program televisyen -
biar apa pun programnya dan topik perbincangannya, ia secara automatik memberi
publisiti atau keuntungan politik kepadanya.
Apatah lagi apabila program itu merupakan temubual santai lagi
mesra dengan pengacara memuji dan menyanjungnya, maka semakin tinggilah ‘saham’
ahli politik tersebut. Dan
inilah yang berlaku dalam program 3R itu di mana pengacara menjulang dan
memuji-muji Nurul Izzah, termasuklah ibunya, Wan Azizah, sebagai tokoh yang
dipandang tinggi oleh ‘rakyat Malaysia’.
Tidak kira apa alasan penerbit program ini, objektifnya adalah
jelas iaitu untuk memberi publisiti kepada pemimpin pembangkang dan parti
pembangkang sekali gus.
Mungkin ada yang ingin berhujah bahawa tindakan TV3 adalah wajar
bagi menepati prinsip keterbukaan dan kebebasan media. Namun, inilah diingatkan bahawa TV3
adalah media arus perdana dan bertanggungjawab membawa aspirasi kerajaan. Oleh itu, TV3 tidak boleh
sewenang-wenang memberi ruang publisiti kepada pihak yang menentang
kerajaan.
Alasan kebebasan dan keterbukaan tidak boleh diterima sama
sekali kerana mana mungkin media yang menjadi lidah kerajaan mempromosi
kehebatan musuh? Contohnya,
apakah tidak salah jika TV3 mempromosi dan menonjolkan Sultan Sulu yang ingin
menceroboh negara sebagai baik, atas alasan kebebasan dan keterbukaan? Tentu saja ini tidak boleh
diterima sama sekali.
Kegagalan TV3 untuk memikul tanggungjawab sebagai media arus
perdana membuktikan sikap tidak professional, kalau pun bukan pengkhianatan,
stesyen televisyen itu.
Dengan itu, kita ingin bertanya, apakah prosedur untuk menjemput
dan meluluskan satu-satu personaliti untuk muncul dalam mana-mana program di
dalam TV3? Apakah tiada
pemantauan? Apakah seseorang Penerbit diberi kebebasan penuh untuk
menjemput siapa saja mengikut suka hatinya termasuk personaliti yang mampu
membawa kontroversi?
Setakat ini penulis tidak pasti sama ada rakaman tersebut telah
tersiar di televisyen, tetapi hakikat bahawa ia telah tersebar di youtube sudah
cukup untuk kita mempersoalkan niat dan prinsip TV3.
Tidak mungkin TV3 melakukannya atas dasar ‘naif’. Jika benar naïf dan jujur, kenapa
tidak diberi ruang terlebih dahulu kepada Datin Seri Rosmah untuk
mempertahankan dirinya di sebalik segala
fitnah pembangkang? Kenapa
mesti diberi ruang kepada anak seorang peliwat yang saban hari memburukkan
Malaysia kepada dunia luar? Apakah
pemimpin begini dianggap contoh yang baik kepada anak muda Malaysia?
Jangan lupa bahawa bapa Nurul Izzah telah pun disabitkan
kesalahan dan hanya dibebaskan atas dasar teknikal dan bukan kerana tidak
bersalah. Justeru, Nurul
Izzah adalah seorang penipu dengan mempertahankan bahawa bapanya sebagai tidak
bersalah.
Lebih dari itu, boleh dikatakakan seluruh keluarga Nurul Izzah
kerjanya adalah memburukkan dan cuba menghuru-harakan negara. Nurul Izzah sendiri telah beberapa
kali mengeluarkan kenyataan bodoh seperti menyangka pasukan Cawangan Khas hanya
bertanggungjawab mencari orang hilang serta tidak tahu menahu sejarah dan
susunatur pasukan keselamatan negara.
Walaupun berpenampilan bertudung, Nurul Izzah juga yang
meletakkan murtad sebagai hak asasi. Dan
bukan rahsia lagi bahawa Nurul Izzah turut ‘mesra’ dengan idea-idea mengenai
hak LGBT berdasarkan penglibatan partinya dan juga ‘rangkaian-rangkaian’ agen
mereka yang berselindung di bawah nama NGO bagi hak asasi.
Sebagai seorang Ahli Parlimen, Nurul Izzah telah gagal. Beliau tidak pernah dikenali kerana
jasanya di kawasannya. Malah,
beliau lebih banyak merupakan ‘masalah’ dan bukan penyelesai masalah rakyat,
sepertimana yang berlaku dalam kes rumah pangsa di Kampung Kerinchi.
Oleh itu, jika pemimpin beginilah yang dianggap contoh oleh 3R,
maka janganlah kita terkejut jika anak-anak muda hari ini tidak lagi patriotik,
bermasalah moral serta hipokrit.
No comments:
Post a Comment